LIQA FIKRI PEMUDA BERSAMA PRESIDEN PAS

Photo: Wajib hadir!

0 comments:

USRAH RAKYAT

BAGAIMANA MENDENGAR RADIO HIJAU.FM?
a. Melalui website www.hijau.fm kemudian tekan butang Play.
b. Melalui blog www.berita.hijau.fm kemudian tekan butang Play.

Untuk mobile phone:
Melalui aplikasi TuneIn pada link berikut :
 http://tunein.com/radio/Hijaufm-s196609/

'Like' FACEBOOK kami di: www.facebook.com/hijau.fm
TWITTER: https://twitter.com/hijaufm

Hijau.FM - Hijau Harapan Rakyat RAHMAT UNTUK SEMUA

0 comments:

KEMPEN & EDAR RISALAH : MALAYSIA TOLAK KONSERT LIAR

Photo: Malaysia Tolak Konsert Liar

Lajnah Dakwah PAS Pusat akan turun mengedar risalah dan kempen (dakwah) "Tiada lagi Konsert Liar di Malaysia" 

Tarikh : 26 Mac 2014
Hari : Rabu 
Masa : 9.00 malam
Tempat : Beberapa lokasi utama KL 

Para sukarelawan dakwah atau #TeamDakwah disaran agar dapat turun bersama kami insyaallah.

Pakaian : Baju Putih 
Tempat Berkumpul : Depan Kompleks Sogo jam 9.00 malam

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Sila like page Malaysia Tolak Konsert Liar sebagai sokongan anda kepada kami warga Malaysia yang tidak mahu terperangkap di lembah dosa dan noda. Jangan biarkan Tahun Melawat Malaysia 2014 mengundang murka Allah swt.

 www.facebook.com/MalaysiaTolakKonsertLiar

0 comments:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mendidik budak-budak, kementerian lain merosakkan budak-budak pula, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad.

Merujuk kepada penganjuran Festival Future Music Asia (FFMA) di Stadium Nasional Bukit Jalil 14 Mac lalu, Idris berkata, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan seolah-olah 'merosakkan' moral generasi muda dengan meluluskan konsert bebas dadah dan alkohol.

"Dasar-dasar kerajaan bercanggah antara satu sama lain. Kementerian Pendidikan suruh mendidik budak-budak, Kementerian Pelancongan anjur konsert yang merosakkan budak-budak.

"Macam mana pokok nak subur, sebelah tangan taruh baja sebelah kiri taruh racun. Yang jadi masalah ialah guru dan mak bapa.

"Kementerian pula salahkan cikgu kononnya gagal mendidik pelajar padahal kementerian lain tak usaha nak bendung masalah moral dan akhlak generasi muda," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga hairan dengan sikap kerajaan yang dengan mudah meluluskan permit konsert sedemikian yang akhirnya mengakibatkan kematian enam anak muda, empat daripadanya Melayu.

"Mengapa mudahnya kerajaan meluluskan permit untuk konsert begini dalam pada banyak program-program ilmiah, ceramah agama disekat.

"Kerajaan sedang menyuburkan budaya barat yang lebih banyak mendatangkan kesan negatif berbanding positif selain bercanggah dengan nilai-nilai ketimuran," katanya yang juga Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Pusat.

Menyentuh mengenai penggunaan dadah, beliau berkata masalah dadah berkat rapat dengan amalan rasuah dalam negara.

"Sebelum basmi penggunaan dadah, kena basmi rasuah. Ibu segala kejahatan adalah rasuah. Dadah boleh masuk ke dalam negara walaupun agensi-agensi yang ada cukup hebat berpunca daripada amalan rasuah yang membolehkan negara dibolosi dengan dadah," katanya.

Sementara itu, beliau menyeru anak muda sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam agar menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka.

"Saya nasihatkan kepada yang bukan Islam, kamu kasihan pada mak ayah kamu. Mak ayah pelihara kamu dari kecil sampai besar kalau kamu buat perkara tida baik mak ayah kamu yang tanggung malu. Sepatutnya bila dewasa kamu yang akan pelihara mereka.

"Kepada yang beragama Islam, yang akan mendoakan mak ayah bila mereka mati kamu sendiri. Umur semakin tua sepatutnya masa muda bersedia untuk masa tua," nasihatnya.

0 comments:

KONSERT, BUDAYA HEDONISME DAN PERLECEHKAN JATI DIRI

Langit menjadi saksi sejarah betapa hodohnya perlakuan ratusan ribu anak-anak muda yang menjadi khalayak pesta Woodstock di penghujung dekad 1960-an.

Langit menjadi saksi sejarah betapa hodohnya perlakuan ratusan ribu anak-anak muda yang menjadi khalayak pesta Woodstock di penghujung dekad 1960-an, sehinggalah beberapa kali pesta pora Woodstock ini berlangsung. Irama Rock mula mengambil tempat dalam hati anak-anak muda Eropah akibat bantahan mereka kepada Perang Amerika di Vietnam. Penjajahan kuasa kapitalisme dunia, Amerika Syarikat menimbulkan bantahan awam dan protes bersemarak dalam pelbagai bentuk termasuk genre muzik. Jalur ideologi sosialis dengan pakaian budaya Bohemian sedang melanda anak muda, bahkan yang sedang menggalang gelaran mahasiswa sekalipun. Lagu-lagu rock, juga Raggae yang bertemakan kedamaian, anti perang, anti kerajaan, juga satira politik mula menjadi siulan anak muda.
Kumpulan rock seperti the WHO, Santana, Deep Purple, Eagles, Led Zeppelin, pemain gitar tersohor Jimmy Hendrix mula menjadi menjadi hero barisan hadapan dunia anak muda ranggi menyuarakan aspirasi protes dan juga berekspresi sebagai generasi baru yang mula meninggalkan cara berfikir orang lama. Begitu juga dengan irama Raggae yang menonjolkan Bob Marley dengan lagu -lagu protes yang lebih merakyat.

Kehadiran musik genre Rock, raggae dan blues ini bukan sekadar lagu namun mengheret kepada cara hidup Bohemian yang bebas dan akhirnya juga akrab dengan dadah dan kehidupan bebas tak bertunjang agama. Konsert Woodstock, seolah ijtimak antarabangsa menghimpun pencandu muzik adalah gambaran kebejatan jiwa anak muda. Penggunaan dadah, pergaduhan sehingga membawa kematian kepada peserta-peserta konsert, akhirnya menimbul perdebatan kepada masyarakat rasional bahawa budaya konsert ini tidak memberikan manfaat kepada pembinaan generasi anak muda.

Konsert-konsert genre rock terus menggegarkan belahan dunia Eropah di Madison Square, Berlin, Praque, Rock Palace, Lolapalooza dan pelbagai lagi medan anak muda dipanah sihir untuk berhimpun seterusnya mewabakkan penagihan dadah dan seks bebas di Barat. Lebih jauh, dengan munculnya Black Metal dan Thrash Metal, budaya konsert semakin liar, bahkan dengan lirik-lirik lagu yang memuja dunia mistik, dengan ritual yang sesat.

Malangnya, kebejatan budaya konsert ini juga menular ke negara- negara umat Islam seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya sehingga membius anak muda dengan pelbagai penyakit sosial yang lain pula. Di tanah air kita, sekitar pertengahan dekad 1980-an fenomena konsert Rock mula menggila dengan konsert 'Battle Of The Bands', munculnya kumpulan-kumpulan Rock seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tak sedikit pula era itu Pemuda PAS turun membantah dan akhirnya beberapa negeri seperti Terengganu terpaksa akur dengan bantahan tegas daripada Pemuda PAS yang menentang budaya hedonisme yang melunturkan jati diri muslim anak muda. Walaupun tindakan itu tidak popular pada mata pengundi dan masyarakat liberal pragmatis, namun itulah sumbangan untuk menyelamatkan akhlak generasi muda negara ini.

Konsert-konsert artis antarabangsa juga dibantah dengan serius oleh Pemuda PAS, seperti konsert Scorpions dan Metallica, sehingga penganjur antarabangsa mengambil jalan selamat dengan mengadakan konsert rock antarabanga di Pulau Sentosa Singapura. Fenomena konsert liar juga terjadi di negara Indonesia sehingga membawa kepada kematian pengunjung, bahkan kejadian membakar stadium seperti yang berlaku dalam konsert Metallica beberapa tahun lepas di Jakarta.

Kini, bahana konsert bukan sahaja menutaskan budaya pergaulan bebas yang memualkan , malah dengan kemunculan konsert muzik techno yang mesra pil dadah serta seks rambang makin menyebabkan anak muda terpelanting jauh daripada adab dan norma beragama. Tiada untungnya budaya konsert ini jika dihujjahkan oleh pak menteri untuk menumpuk wang pada kantung negara. Akhlak, budaya, juga paling penting agama jauh, lebih berharga untuk kita bandingkan dengan nilai wang.

Kerajaan dan masyarakat sivil negara ini wajib menghalang budaya konsert yang meratah jatidiri anak muda, negara ini sudah terlalu tenat dengan pelbagai penyakit sosial. Peningkatan kes jenayah, penyalahgunaan najis dadah, kelahiran anak luar nikah, mewabak 'sensate culture' dan pelbagai sampah sosial juga adalah manifestasi gagal urus negara oleh regim negara ini. Kita menuai apa yang kita tanam, generasi Rabbani tidak lahir daripada nuansa budaya yang bobrok, maka hentikan segera kegilaan ini.

(Penulis ialah Setiausaha Lujnah Dakwah PAS Pusat)

0 comments:

KEGEMBIRAAN DI SEBALIK KEDUKAAN TRAGEDI MH370

Photo: ‎Kegembiraan di sebalik Kedukaan Tragedi MH370 

Malaysia dirundung kedukaan dengan pengumuman tragedi yang menimpa pesawat MH370. Seramai 239 penumpang dan anak kapal pada adat manusiawinya berpindah ke alam seterusnya menemui PenciptaNya. 
Selaku umat Islam kita dikehendaki mengamalkan ayat 155 surah Al Baqarah .
 “Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 
اِنَّا ِللهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
"Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."
Kepada ahli keluarga mangsa mintalah kebaikan di sisi Allah di sebalik apa yang berlaku berdasarkan arahan Nabimu di dalam Sahih Muslim iaitu:
اللَّهمَّ أجِرني في مُصيبَتي واخلُفني خيرًا مِنها
"Ya Allah, berilah pahala padaku menerusi musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik”

Berita gembira kepada kaum keluarga mangsa yang beragama Islam, kerana mereka telah terpilih menerima janji Rasulullah sebagai salah seorang yang mendapat ganjaran mati syahid akhirat.
Ini berdasarkan hadis di dalam Shahih Ibnu Hibban.
الشهادة سبع سوى القتل في سبيل الله : والغريق شهيد ،…، وصاحب الحريق شهيد ….
“Ada tujuh lagi golongan yang syahid selain daripada terbunuh di dalam perang sabilillah, antaranya mereka yang mati lemas,.. dan mereka yang mati dalam kebakaran…”

Kematian mereka merupakan kematian terindah, walaupun tragis dan boleh menimbulkan trauma jika dibayangkan saat kematian tersebut namun rahmat Allah lebih besar untuk mereka yang kini sedang aman seumpama di dalam dakapan ibu sambil menunggu tiupan sangkakala kedua yang akan membangunkan semua manusia untuk ke padang mahsyar menghadapi Hari Perhitungan.

Pemergian mereka juga diiringi dengan jutaan doa dan pengharapan yang terbaik buat mereka. Pelbagai bacaan Al-Quran mengiringi mereka, semuanya ini memberikan satu gambaran awal kemuliaan mereka. Tragedi yang menimpa mereka menyebabkan ummah bersatu dengan imam yang satu dengan doa yang satu.

Yang tinggal ialah kita yang masih tidak tahu destinasi manakah berakhirnya denyutan nyawa kita, bagaimanakah tercabutnya nyawa kita? Adakah dengan rentapan malaikat maut..di saat sedang terkinja-kinja dengan kelalaian yang diaktifkan lagi dengan dadah?

Yang tinggal ialah kita yang perlu mengikut segala acuan Allah dan RasulNya bagi memastikan kematian kita juga kematian terindah.., kematian terpilih….

USTAZ AZHAR BIN YAHYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan‎

Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan

0 comments:

SEMINAR PENGUKUHAN AQIDAH : PERBEZAAN MAZHAB MENURUT PERSPEKTIF AHLI SUNNAH

1 comments:

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN UNTUK MH370

0 comments:

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA JEREBU

0 comments:

SEMAK SEBELUM SEBAK MAKLUMAT/ HEBAHAN

  • Sesuatu hebahan / maklumat yang menjadi vital di laman sosial seperti Facebook, Whatapp dan SMS boleh tersebar dengan pantas. 

  • Walaubagaimanapun, hebahan / maklumat itu boleh menjadi FITNAH sekiranya ianya TIDAK BENAR dan  MENGELIRUKAN
PASTIKAN ANDA SEMAK SEBELUM SEBAR SEGALA MAKLUMAT YANG 
ANDA DAPAT

0 comments:

In politics, nothing happens by accident...

0 comments:

Pengkisahan Tokoh PAS - Dr Zulkifli Muhammad

Tahukah anda bahawa ada pimpinan PAS yang pernah ditarbiyyah secara langsung oleh tokoh Ikhwanul Muslimin seperti Hassan Al Banna, Syed Qutb dan lain-lain? Tokoh ini pernah disebut oleh pimpinan Ikhwan sebagai seorang yang mampu menggoncangkan Dunia Nusantara dengan perjuangannya menentang penjajahan Barat.

Ikuti pengkisahan tentang tokoh PAS Dr Zulkifli Muhammad berdasarkan buku Menerjang Badai tulisan Dr Riduan Md Nor pada hari Jumaat 7 Mac 2014 Jam 1030 Malam.

Lawati www.hijau.fm.

BAGAIMANA MENDENGAR RADIO HIJAU.FM?
a. Melalui website www.hijau.fm kemudian tekan butang Play.
b. Melalui blog www.berita.hijau.fm kemudian tekan butang Play.

Untuk mobile phone:
Melalui aplikasi TuneIn pada link berikut http://tunein.com/radio/Hijaufm-s196609/

Untuk DOWNLOAD Tune In:
http://tunein.com/mobile/ kemudian pilih jenis phone & install.

Selesai install boleh open dan search stesen Hijau.fm

'Like' FACEBOOK kami di: www.facebook.com/hijau.fm
TWITTER: https://twitter.com/hijaufm

Hijau.FM - Hijau Harapan Rakyat RAHMAT UNTUK SEMUA

0 comments:

MULAKAN DENGAN "BISMILLAH"

0 comments:

LIQA' FIKRI PEMUDA PAS MALAYSIA

Photo: Liqa Fikri Pemuda PAS Malaysia

0 comments:

PELANCARAN GERAKAN SUARA ORANG KAMPUNG (MEMBELA PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN)

Photo: Jangan ketinggalan!

0 comments:

PELANCARAN JENTERA PAS PRK N25 KAJANG

HARI : SELASA

TARIKH : 4 / 3/ 2014

MASA : 8.00 Malam

TEMPAT : TAPAK PASAR MALAM, TAMAN DESA JENARIS, KAJANG

PENCERAMAH :

1.  YB. DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG 

2.  YB. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

3.  YB. LIM KIT SIANG 

4.  YB. DR. HATTA RAMLI 

ATURCARA :

8.00 Malam - Ketibaan Para Peserta 

8.38 Malam - Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana

9.30 Malam - CERAMAH PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA PAS PRK N.25 KAJANG  

Oleh :

1.  YB. DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG 

2.  YB. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
3.  YB. LIM KIT SIANG 

4.  YB. DR. HATTA RAMLI 

11.30 Malam - Penutup 

12.00 Malam - Bersurai  

0 comments: