HIMPUNAN BANTAH GST & KENAIKKAN HARGA BARANG
Program Doktor dan Anda
Program Doktor dan Anda di Hijau.fm setiap Isnin dan Khamis jam 9.30 pagi ulangan jam 2.30 petang
Seminggu bersama hudud: Seminar Pelaksanaan Jenayah Syariah
Tarikh: 14-20 April 2014
Masa : 8.00 mlm - 9.30 mlm
Tempat: Surau Hj Hassan Shukri KUIZM, Taman Melewar
Anjuran Maqtar dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
SEMINGGU BERSAMA HUDUD : Seminar Pelaksanaan Jenayah Syariah
1. Program ini dianjurkan oleh Majlis Tafaqquh & Tarbiyah (MAQTAR) dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan serta Jabatan Muamalat & Kewangan Islam, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).
2. Seminar ini diadakan pada 14 April 2014 sehingga 20 April 2014, setiap pukul 08.00 malam sehingga 09.30 malam bertempat di Surau Haji Hassan Shukri, KUIZM Taman Melewar. Untuk makluman semua, program ini juga akan bersiaran langsung melalui radio Hijau.FM dan TV Maqtar.
3. Seminar ini diadakan bertujuan memberikan kefahaman yang sebenar tentang pelaksanaan jenayah syariah. Ia juga bertujuan bagi memperkasakan lagi dakwah dan penerangan perihal Islam. Ini kerana masih terdapat segelintir golongan yang cuba menimbulkan kekeliruan dan keraguan terhadap kebenaran syariah Islam.
4. Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak termasuk pimpinan Parti Politik, NGO, Mahasiswa dan kepada semua rakyat termasuklah Non-Muslim agar kita bersama menghadirkan diri ke dalam seminar ini. Ini juga adalah untuk kita lebih memahami bagaimana pelaksanaan syariah yang sebenarnya dapat dilaksanakan. Lebih menarik apabila seminar kali ini akan dikupas oleh tokoh akademik dalam dan luar parti yang mendalami bidang perundangan Islam. Mereka akan membincangkan pelaksanaan syariah dari pelbagai aspek, bukan sahaja fokus perbincangan pelaksanaan syariah di Malaysia sahaja, bahkan akan mengkaji bagaimana kejayaan pelaksanaan syariah pada zaman Nabi Muhammad SAW boleh diaplikasikan pada masa kini. Bagaimana kejayaan Brunei Darussalam dan perkembangan pelaksanaan syariah di Kelantan Darul Naim boleh dijadikan sebagai role-model.
5. Makluman khas kepada semua, program ini adalah program yang boleh disertai semua golongan dan penyertaannya adalah terbuka, tiada bayaran pendaftaran yang dikenakan. Kertas kerja pembentangan dalam bentuk buku akan disediakan dan boleh didapatkan di lokasi program. Terima Kasih.
Pelaksanaan Jenayah Syariah, Rahmat Untuk Semua
USTAZ AZHAR YAHYA
- Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
- Timbalan Pengerusi Ulamak Pelapis DUPP
Wacana Pengukuhan Aqidah Siri 2 (WPA 2)
Wacana Pengukuhan Aqidah Siri 2 (WPA 2) dijangka lebih menarik apabila kita menampilkan seorang tokoh dari Pasentran Darus Salam Gontor Indonesia yang juga merupakan Pimpinan Umum Majlis Intelektual dan Ulamak Muda Indonesia membentang Kertas Kerja yang bertajuk Ancaman Pluralisme Terhadap Pemikiran dan Aqidah Ummah.
WPA 2 akan dilangsungkan pada 19 April 2014 ini bermula jam 6.00 petang di Dewan Fadzil Noor KUIZM Taman Melewar Gombak KL sejurus berakhirnya program "Ijtimak ALIMAT Kebangsaan" di tempat yang sama. Ianya terbuka kepada semua dengan penyertaan percuma. Namun sumbangan semua pihak ke arah menjayakan siri WPA ini sangat di alu - alukan.
Kertas kerja akan dijual di kaunter - kaunter pendaftaran antara jam 6.00 pm - 6.30 pm sahaja.
Tema : Aqidah Sejahtera Memacu Perjuangan.
Tarikh : 19 April 2014
Hari : Sabtu
Masa 6.00 pm - 11.45 pm
Tempat : Dewan Fadhil Noor KUIZM Taman Melewar.
Aturcara WPA 2 :
6.00 pm : Pendaftaran
6.30 pm : Al Ma'thurat
6.45 - 7.20 pm : Tazkirah
Oleh : Yb Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
(AJK PAS Pusat dan MP Pasir Mas)
7.25 pm : Solat Maghrib
7.40 - 8.30 pm : Kuliah Maghrib
Tajuk : Aqidah Sejahtera Memacu Perjuangan.
Oleh : Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man .
(Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi LDPP)
Pengerusi Kuliah : Ust Zulfikar
Timbalan Pengerusi 3 LDPP
_______________
8.30 pm : Solat Isyak dan makan
_______________
9.00 - 10.00 pm : Kertas 1
Tajuk : Bahaya Fahaman Sekularisme dan Alirannya
Oleh : Ust Zulkifli Ismail
Ketua DUPN Melaka
9.35 pm : soal jawab
Pengerusi K1 : Dr. Riduan Mohamad Nor
Setiausaha LDPP
________________
10.00 - 11.30 pm : Kertas 2
Tajuk : Ancaman Pluralisme Terhadap Pemikiran dan Aqidah Ummah
Oleh : Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi
( Pimpinan Umum Majlis Intelektual dan Ulamak Muda Indonesia )
11.00 pm : soal jawab
Pengerusi K2 : Ustazah Nuridah bt Salleh
Timbalan Pengerusi 2 LDPP
_______________
11.30 pm : Ucapan Penutup
Oleh : Yb. Dato' Dr Khairudin Aman Razali At Takiri.
( MP Kuala Nerus dan Ketua Penerangan DUPP )
11.59 pm : bersurai
Nasrudin bin Hassan
~ Pengarah WPA 2 ~
Timbalan Pengerusi 2
Lajnah Dakwah PAS Pusat.
SYEIKH DR YUSOF AL-QARDAWI : PENGERUSI KESATUAN ULAMAK SEDUNIA
KRONOLOGI PERISTIWA MEMALI

Malam ini....Hanya di Hijau.fm
KRONOLOGI PERISTIWA MEMALI Jumaat 1030 malam di dalam slot Seruan Perjuangan di hijau.fm.
Sinopopsis:
Peristiwa memali yang telah hampir 30 tahun berlaku kini hangat kembali apabila bekas TPM Musa Hitam membuat kenyataan bahawa bekas PM Mahathir Mohamad sebenarnya berada di KL ketika insiden itu berlaku.
Apakah peristiwa Memali itu sebenarnya?
Ikuti pengkisahan kronologi Memali pada malam ini jam 1030 malam di hijau.fm.
Sebarkan kepada saudara mara yang mungkin belum lahir dan tidak tahu apa2 langsung dengan insiden yang meragut nyawa rakyat marhaen yang tidak berdosa akibat keangkuhan regim Barisan Nasional.
************************************
Bagaimana mendengar hijau.fm?
a. Melalui website www.hijau.fm kemudian tekan butang Play.
b. Melalui blog www.berita.hijau.fm kemudian tekan butang Play.
c. Melalui Tune In: http://tunein.com/radio/Hijaufm-s196609/
Untuk mobile phone:
Melalui aplikasi TuneIn
Untuk DOWNLOAD Tune In:
http://tunein.com/mobile/ kemudian pilih jenis phone & install. Selesai install boleh open dan search stesen Hijau.fm
'Like' FACEBOOK kami di:
www.facebook.com/hijau.fm
TWITTER:
https://twitter.com/hijaufm
Facebook Group: https://www.facebook.com/groups/hijau.fm
Hijau.fm- Hijau Harapan Rakyat..
SUBURKAN CINTA ALLAH DAN RASUL DALAM SEGENAP KEHIDUPAN
SUBURKAN CINTA ALLAH DAN RASUL DALAM SEGENAP KEHIDUPAN
(1 April 2014)
Program Majlis Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul anjuran pihak berkuasa menjadi fenomena terkini umat Islam di negara ini. Memang begitulah seharusnya umat Islam diseru, didakwah dan diajak agar kembali kepada penghayatan Islam, dengan pelbagai medium dan pendekatan terkini termauk melalui konsert, qasidah, nasyid, ceramah, forum dan lain-lain lagi.
Tidak ada umat Islam yang menentang penganjuran program berselawat kerana penganjurannya bermotif baik dan dengan kaedah yang baik. Remaja mendapat suatu alternatif baharu untuk pengisian jiwa mereka dengan program seperti ini, berbanding dengan konsert maksiat di ibu kota beberapa minggu yang lalu yang dianjurkan sehingga mengorbankan enam orang remaja akibat dadah dan arak. Saya benar-benar berharap program Malam Cinta Allah dan Rasul mendapat tempat di hati remaja, bertujuan menenggelamkan api maksiat yang kian membara di negara ini, dek kerana terlalu banyaknya program mungkar yang dianjurkan.
Majlis ini membuktikan bahawa negara ini mampu bebas dari maksiat, andai penganjur dan kerajaan berusaha bersungguh-sungguh. Kemungkaran tidak akan mendapat tempat, jika kerajaan berfikir mengisi jiwa remaja dengan kegiatan yang mendidik dan bermanfaat. Sudah sampai masanya kerajaan serius menghentikan konsert yang merosakkan dan melalaikan seperti Future Music tempohari dan lain-lain lagi digantikan dengan aktiviti yang mendidik dan berguna untuk masyarakat.
Dalam hal ini, kerajaan perlu jujur dan ikhlas iaitu menganjurkan program yang baik seperti ini dan dalam masa yang sama tidak pula menganjurkan sebarang program berbentuk maksiat. Ketegasan kerajaan membuktikan kita benar-benar menghayati kecintaan kepada Allah dan Rasul SAW ataupun sekadar menjadi golongan hipokrit yang berpura-pura mencintai Allah dan Rasulullah SAW dan bersekongkol dengan mereka yang menentang Islam. Hakikatnya, umat Islam juga perlu dididik agar menjalankan amar ma’aruf nahi mungkar dengan menolak konsert maksiat, aktiviti bercanggah dengan agama, perbuatan jenayah, sehingga kepada menolak hukum Islam, kezaliman penguasa, ketidak adilan, pemborosan, rasuah dan lain-lain lagi.
Selain itu, kesempurnaan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah SAW adalah dengan mengikuti perintah Allah dan segala sunnah Nabi Muhammad SAW. Tidak mungkin umat yang mengaku mencintai Rasulullah SAW sanggup membiarkan Nabi Muhammad diperlekeh dan diperendah oleh segelintir pihak, seperti menolak hadis dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Perjuangan menegakkan Islam dalam segenap kehidupan adalah sunnah Nabi Muhammad SAW yang terbesar dan menjadi amalan baginda sehingga diikuti oleh para sahabat baginda.
DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments: