Tarikh: 14-20 April 2014
Masa : 8.00 mlm - 9.30 mlm
Tempat: Surau Hj Hassan Shukri KUIZM, Taman Melewar
Anjuran Maqtar dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
SEMINGGU BERSAMA HUDUD : Seminar Pelaksanaan Jenayah Syariah
1. Program ini dianjurkan oleh Majlis Tafaqquh & Tarbiyah (MAQTAR) dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan serta Jabatan Muamalat & Kewangan Islam, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).
2. Seminar ini diadakan pada 14 April 2014 sehingga 20 April 2014, setiap pukul 08.00 malam sehingga 09.30 malam bertempat di Surau Haji Hassan Shukri, KUIZM Taman Melewar. Untuk makluman semua, program ini juga akan bersiaran langsung melalui radio Hijau.FM dan TV Maqtar.
3. Seminar ini diadakan bertujuan memberikan kefahaman yang sebenar tentang pelaksanaan jenayah syariah. Ia juga bertujuan bagi memperkasakan lagi dakwah dan penerangan perihal Islam. Ini kerana masih terdapat segelintir golongan yang cuba menimbulkan kekeliruan dan keraguan terhadap kebenaran syariah Islam.
4. Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak termasuk pimpinan Parti Politik, NGO, Mahasiswa dan kepada semua rakyat termasuklah Non-Muslim agar kita bersama menghadirkan diri ke dalam seminar ini. Ini juga adalah untuk kita lebih memahami bagaimana pelaksanaan syariah yang sebenarnya dapat dilaksanakan. Lebih menarik apabila seminar kali ini akan dikupas oleh tokoh akademik dalam dan luar parti yang mendalami bidang perundangan Islam. Mereka akan membincangkan pelaksanaan syariah dari pelbagai aspek, bukan sahaja fokus perbincangan pelaksanaan syariah di Malaysia sahaja, bahkan akan mengkaji bagaimana kejayaan pelaksanaan syariah pada zaman Nabi Muhammad SAW boleh diaplikasikan pada masa kini. Bagaimana kejayaan Brunei Darussalam dan perkembangan pelaksanaan syariah di Kelantan Darul Naim boleh dijadikan sebagai role-model.
5. Makluman khas kepada semua, program ini adalah program yang boleh disertai semua golongan dan penyertaannya adalah terbuka, tiada bayaran pendaftaran yang dikenakan. Kertas kerja pembentangan dalam bentuk buku akan disediakan dan boleh didapatkan di lokasi program. Terima Kasih.
Pelaksanaan Jenayah Syariah, Rahmat Untuk Semua
USTAZ AZHAR YAHYA
- Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
- Timbalan Pengerusi Ulamak Pelapis DUPP
0 comments: