Wacana Pengukuhan Aqidah Siri 2 (WPA 2)


Wacana Pengukuhan Aqidah Siri 2 (WPA 2) dijangka lebih menarik apabila kita menampilkan seorang tokoh dari Pasentran Darus Salam Gontor Indonesia yang juga merupakan Pimpinan Umum Majlis Intelektual dan Ulamak Muda Indonesia membentang Kertas Kerja yang bertajuk Ancaman Pluralisme Terhadap Pemikiran dan Aqidah Ummah.  

WPA 2 akan dilangsungkan pada 19 April 2014 ini bermula jam 6.00 petang di Dewan Fadzil Noor KUIZM Taman Melewar Gombak KL sejurus berakhirnya program "Ijtimak ALIMAT Kebangsaan" di tempat yang sama. Ianya terbuka kepada semua dengan penyertaan percuma. Namun sumbangan semua pihak ke arah menjayakan siri WPA ini sangat di alu - alukan.

Kertas kerja akan dijual di kaunter - kaunter pendaftaran antara jam 6.00 pm - 6.30 pm sahaja.

Tema : Aqidah Sejahtera Memacu Perjuangan.

Tarikh : 19 April 2014
Hari : Sabtu
Masa 6.00 pm - 11.45 pm
Tempat : Dewan Fadhil Noor KUIZM Taman Melewar.

Aturcara WPA 2 : 

6.00 pm : Pendaftaran
6.30 pm : Al Ma'thurat 
6.45 - 7.20 pm : Tazkirah

Oleh : Yb Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
(AJK PAS Pusat dan MP Pasir Mas)

7.25 pm : Solat Maghrib

7.40 - 8.30 pm : Kuliah Maghrib

Tajuk : Aqidah Sejahtera Memacu Perjuangan.

Oleh : Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man .
(Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi LDPP)

Pengerusi Kuliah : Ust Zulfikar
Timbalan Pengerusi 3 LDPP
_______________ 

8.30 pm : Solat Isyak dan makan
_______________
9.00 - 10.00 pm : Kertas 1

Tajuk : Bahaya Fahaman Sekularisme dan Alirannya

Oleh : Ust Zulkifli Ismail
Ketua DUPN Melaka

9.35 pm : soal jawab

Pengerusi K1 : Dr. Riduan Mohamad Nor
Setiausaha LDPP
________________
10.00 - 11.30 pm : Kertas 2

Tajuk : Ancaman Pluralisme Terhadap Pemikiran dan Aqidah Ummah

Oleh : Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi
( Pimpinan Umum Majlis Intelektual dan Ulamak Muda Indonesia ) 

11.00 pm : soal jawab

Pengerusi K2 : Ustazah Nuridah bt Salleh
Timbalan Pengerusi 2 LDPP
_______________

11.30 pm : Ucapan Penutup

Oleh : Yb. Dato' Dr Khairudin Aman Razali At Takiri.
( MP Kuala Nerus dan Ketua Penerangan DUPP )

11.59 pm : bersurai

Nasrudin bin Hassan
~ Pengarah WPA 2 ~
Timbalan Pengerusi 2
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

0 comments: