NOTA UCAPAN TUAN GURU HAJI ABDUL HADI SEMPENA NAQBAH PALESTIN 2014


1) Memulakan ucapan dengan ayat 82 surah al-Māidah dan hadis "Lātazālu thoifatun min ummati..."

2) Sikap kita terhadap negara haram Israel bukan kerana bermusuh atas dasar Assobiyyah terhadap bangsa Yahudi. Kerana kita membawa risalah Nabi Muhammad yang membawa Rahmat kepada seluruh alam.

3) Apa yang berlaku pada hari ini adalah kesinambungan daripada perang Ahzab yang menunjukkan kebencian Yahudi kepada umat Islam.

4) Sehingga tertubuhnya negara Haram Israel hasil daripada semangat Zionisme. Yang mana perancangan mereka untuk menubuhkan Negara Israel Kubra (Dari Nil sehingga Furāt). Kononnya ingin mengembalikan empayar Nabi Sulaiman 'alaihissalam.

5) Akan tetapi, agenda ini ditentang oleh Yahudi Ortodoks. Kerana mereka mengetahui agenda ini merupakan suatu pembohongan. Namun dilangsungkan juga oleh golongan Zionis.

6) Walaupun kelompok Zionis ini adalah dikalangan Yahudi yang dilayan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah setelah mereka diburu oleh kristian selepas kejatuhan Islam di Andalus. Kerana dasar Antarabangsa Islam perlu memberi pelindungan kepada orang yang dizalimi walaupun musyrikin. (Dasar ini menjadi dasar yang diguna pakai oleh PBB dan piagam Geneva pada hari ini)

7) Namun Zionis dan Barat amat tidak mengenang jasa besar negara Islam kepada mereka. Sehingga mereka bekerjasama yang membawa kepada penubuhan negara haram Israel.

8) Benteng umat Islam dipecahkan melalui Sekularisme dan ta'sub perkauman kebangsaan sehingga membawa kepada penaklukan bumi Palestin.

9) Sultan Abdul Hamid II telah mengerakkan agenda 'Al-Jāmi'atul Islam' untuk menyatukan kembali umat Islam. Antara perancangan yang dibuat adalah agenda membina jalan keretapi dari Turki ke Mekah dan Madinah.

10) Tetapi malangnya umat Islam diserang dengan semangat 'Asobiyyah. Yang menyebabkan berlaku pertembungan antara 'asobiyyah Arab dan Turki yang menggagalkan projek penyatuan ini.
11) Selpas dijatuhkan Khilafah Turki Uthmaniyah, mereka menggerakkan dua agenda iaitu perjanjian Belfour dan Saiks Biko untuk menjayakan perancangan Zionisme ini.

12) Yakinlah dengan janji Nabi bahawa Palestin akan dipertahankan. Antara tokoh-tokoh yang menentang penubuhan negara Haram Israel Abdul Qadir al-Husseiniy, Izuddin Al-Qassam, Hasan Al-Banna, Mustafa Siba'ie dan ramai lagi tokoh-tokoh yang membangkitkan semangat jihad membebaskan Palestin.

13) Pernah suatu ketika sekitar tahun 1960-19970 an dicorakkan perjuangan membebaskan Palestin dengan wajah Nasionalisme Arab. Mengenepikan wajah Islam sehingga perjuangan mereka dibantu oleh Soviet Union dan China.

14) Tetapi perancangan mereka gagal sekitar tahun 1967 kerana perjuangan atas nama kebangsaan Arab bukannya Islam.

15) Era baru sekarang, HAMAS atas nama Islam menjadi pejuang utama dalam jihad membebaskan Palestin. Percayalah, hanya dengan nama Islam Allah akan memberi kemenangan kepada kita.


Dicatat oleh:
Ibn Hassim
Cairo, Egypt
17 Mei 2014

0 comments: