KULIAH TERAWIH SEBULAN BERSAMA HUDUD - KE ARAH MELAKSANAKAN HUKUM JENAYAH ISLAM



Photo: -----MAJLIS TAFAQQUH & TARBIYAH (MAQTAR)-----

SEBULAN BERSAMA HUDUD : Ke Arah Melaksanakan Hukum Jenayah Islam

Kuliah Teraweh Sepanjang Bulan Ramadhan
Surau Haji Hassan Shukri, KUIZM Taman Melewar

Ustaz Azhar Yahya
28 JUN 2014 | 30 SYABAN 1435
“Pelaksanaan Syariah Suatu Tuntutan Akidah"

FORUM KHAS !!!
Moderator : Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim
Panel 1      : Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Panel 2      : Ustaz Abdul Malik Abdul Karim
29 JUN 2014 | 01 RAMADHAN 1435
“Janji-Janji Allah & Rasul Mengenai Kerahmatan Dalam Pelaksanaan Jenayah Syariah"

Dr Atiullah Othman
30 JUN 2014 | 02 RAMADHAN 1435
“Sejarah Pelaksanaan Syariat Di Zaman Rasulullah, Zaman Keemasan Islam & Nusantara"

Ustaz Mohd Ali Jamil
01 JULAI 2014 | 03 RAMADHAN 1435
"Ciri-Ciri Keistimewaan Undang-Undang Jenayah Syariah"

Ustaz Kamaruzaman Abdullah (Wakil KUDQI)
02 JULAI 2014 | 04 RAMADHAN 1435
“Pengalaman Pelaksanaan Jenayah Syariah di Sudan, Nigeria & Pakistan. Adakah Suatu Kegagalan?"

Dr Shahbudin Ngah (Wakil KUIZM)
03 JULAI 2014 | 05 RAMADHAN 1435
“Pelaksanaan Jenayah Syariah Masa Kini : Brunei, Acheh & Arab Saudi"

Ustaz Hazwan Shah Niezam (Wakil KIDU)
04 JULAI 2014 | 06 RAMADHAN 1435
“Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah Kelantan & Terengganu : Suatu Harapan & Realiti"

Ustaz Ulwan Hassim
05 JULAI 2014 | 07 RAMADHAN 1435
“Halangan-Halangan Dalam Pelaksanaan Jenayah Syariah Kelantan”

Saudara Kamaruzaman Mohamad
06 JULAI 2014 | 08 RAMADHAN 1435
“Konsep Keampunan Dan Penjagaan Aib Pesalah”

Ustaz Mohd Noor Hussin
07 JULAI 2014 | 09 RAMADHAN 1435
“Rogol : Penyelesaian Terbaik Dari Langit"

Ustaz Kamal Nazmi Nik Din
08 JULAI 2014 | 10 RAMADHAN 1435
“Zina : Pencegahan Terbaik Daripada Langit”

Ustaz Harme Aman Razali At-Takiri
09 JULAI 2014 | 11 RAMADHAN 1435
“Mencuri & Merompak : Antidot Dari Langit Dalam Penyelesaiannya"

Ustaz Ahmad Muzani
10 JULAI 2014 | 12 RAMADHAN 1435
“Murtad : Antara Ketegasan Syarak & Keraian Hak-Hak Beragama”

Ustaz Azhar Yahya
11 JULAI 2014 | 13 RAMADHAN 1435
“Qazaf : Sanggupkah Kita DiSajikan Kes Liwat Anwar Hingga Siri Ke 40?”

Dr Ahmad Nazri Mansor
12 JULAI 2014 | 14 RAMADHAN 1435
“Pemerintahan Islam Tidak Wajar Hapuskan Arak Dalam Negaranya!”

Ustaz Muhammad Fadhil Hasanuddin
13 JULAI 2014 | 15 RAMADHAN 1435
“Pelaksanaan Hukum Ilahi vs Konvensional”

YB Ustaz Idris Ahmad
14 JULAI 2014 | 16 RAMADHAN 1435
“Hukuman Sebat : Syariat vs Konvensional, Suatu Hikmah Sebaliknya”

Dr Muhammad Fathi Yusof
15 JULAI 2014 | 17 RAMADHAN 1435
“Hikmah Islam Tidak Utamakan Penjara Sebagai Hukuman”

Ustaz Husni Zaim
16 JULAI 2014 | 18 RAMADHAN 1435
“Kedudukan Non-Muslim Dalam Jenayah Syariah”

Ustaz Imran Al-Malizy
17 JULAI 2014 | 19 RAMADHAN 1435
“Kehebatan Sistem Pembuktian dan Pensabitan Dalam Jenayah Syariah”

CERAMAH KHAS OLEH PIMPINAN PAS PUSAT
18 JULAI 2014 | 20 RAMADHAN 1435
"Nuzul Quran & Badar Al-Kubra"

Ustaz Adhlan Mokhtaruddin
19 JULAI 2014 | 21 RAMADHAN 1435
“Takzir Sebagai Instrumen Kecantikan Undang-Undang Ilahi”

YB Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi
20 JULAI 2014 | 22 RAMADHAN 1435
“Kejamkah Potong Tangan dan Kaki? Realiti Sebenar Rahmat Ilahi”

Ustaz Abdul Muizz Muhammad
21 JULAI 2014 | 23 RAMADHAN 1435
“Fikrah Haddamah : Dalam Menyanggah Pelaksanaan Jenayah Syariah”

Ustaz Mohd Najhan Abdul Halim
22 JULAI 2014 | 24 RAMADHAN 1435
“Barbarikkah Potong Tangan, Kaki? Hukuman Potong Tangan Dalam Islam”

FORUM KHAS !!
Moderator : Saudara Mohd Fadhil Zulkifli 
Panel 1       : Ustaz Zulkifli Ismail
Panel 2       : Ustaz Norazli Toliban
Panel 3       : Saudara Eikhwan Ali
23 JULAI 2014 | 25 RAMADHAN 1435
"Kalimah Allah, Pasca Keputusan Mahkamah Rayuan : Implikasi Explisit & Implisit"

Majlis Penutup Ihya' Ramadhan MAQTAR
24 JULAI 2014 | 25 RAMADHAN 1435
- Majlis Khatam Quran
- Penyampaian Sumbangan Petugas MAQTAR
- Penyampaian Sumbangan Anak Yatim
- Penyampaian Sumbangan Faqir & Miskin
- Dan Lain-Lain Aktiviti

 SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!



1 comments:

RAMADHAN TIBA....RAMADHAN TIBA....

Photo: Majlis Pelancaran Bulan Ramadhan Bulan Tarbiyah

Tarikh : 29 Jun 2014/1 Ramadhan 1435H
Masa : 9.00malam
Lokasi : Kuizm
Anjuran :
1.Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
2.Dewan Pemud PAS Wilayah Persekutuan
3.Dewan Pemuda PAS Selangor
4.MAQTAR

Aturcara :

10.00pagi : Kuliah Dhuha khas bersama Ustaz Khalil Abdul Hadi (Timbalan Ketua Pemuda Pas) 
Lokasi : Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia.

3.00petang : Ziarah Kebajikan sekitar gombak.

5.00petang : Edaran Kurma di Bazaar Ramadhan Greenwood.

7.30malam : Ifthar dan Solat Maghrib

8.30malam : Solat Isyak dan Terawikh 

10.30malam : Forum Khas 
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ustaz Abdul Malik Karim
Ustaz Syarhan Humaizi

Janji janji Allah dan Rasul mengenai kerahmatan dalam pelaksanaan jenayah syariah.

11.30malam : Bersurai.

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.



0 comments:

Kalau Perintah Negara Mesti Adil

0 comments:

ALMARHUM USTAZ ABU BAKAR CHIK: DIA MURABBI, PEMIMPIN, TEMAN YANG BAIK




Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor         

             Pagi yang indah ini , aku terasa longlai tak bermaya dengan berita yang menyentap tangkai hati, kepulangan ke alam abadi sosok pejuang kental dari negeri Tok Ku Paloh, almarhum Ustaz Dato Abu Bakar Chik. Terbayang lebih dua dekad menjadi anak didiknya semenjak zaman kampus, memasuki Dewan Pemuda, saya sempat dua kali menghadiri mesyuarat pemuda Pusat ketika beliau memimpin Dewan itu, seterusnya bersama almarhum dalam Pas Pusat. Berusrah bersama almarhum semenjak zaman 'anak muda kail sejengkal' saya sehingga melepaskan zaman pemuda yang serba indah. Terbayang renungan matanya yang tajam dan kesungguhan almarhum bila berbicara, dakapan tubuhnya setiap kali bersua termasuk arahan demi arahan untuk memastikan jamaah ini tidak kontang daripada amal tarbawi.



        Tokoh ini bukan kepalang iltizamnya dengan perjuangan Islam semenjak zaman remaja, menjadi nukleus awal ABIM di Terengganu dalam dekad 70an bersama Dr Abu Bakar Abdullah, Hj Husien Ismail, Cikgu Sapinah Jusoh, dan lain-lain anak muda berjiwa Islam yang sedang dibius semangaat kebangkitan Islam. Beliau dan teman-temannya telah menubuhkan Institut Berakan, sebuah sekolah tajnid yang menawarkan pendidikan kepada anak-anak remaja di pinggir bandar Kuala Terengganu. Pusat kaderisasi dakwah itu akhirnya dirobohkan oleh regim BN pada tahun 1991. Beliau dan teman-temannya dengan pantas mendirikan semula wadah pendidikan ummah ini, kini kompleks MTT Tok Jiring yang bersebelahan dengan kediamannya adalah salah satu mercu tanda pendidikan Islam di Terengganu.


        Almarhum menjadi pemimpin PMUKM semasa mencicip ilmu di kampus Bangi itu, bergraduat dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Pengajian Islam. Pernah juga bermukim ilmu di Universiti Islam di Sudan dalam bidang Bahasa Arab (1995-1996) dan juga sebuah Universiti di Amerika Syarikat dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1987 sehingga 1988kegigihannya menuntut ilmu tidak pernah berhenti, termasuk mengarang banyak kertas kerja pembinaan jamaah dan juga buku-buku untuk mencerahkan ahli tentang tasawwur perjuangan Islam.


        Beliau menyertai PAS dalam tahun 1981, seterusnya bertanding dalam PRU 1982 dan memenangi DUN Jeram. Ikon anak muda Malaysia ini, yang juga ketua Pemuda Pas Terengganu itu ditahan di khemah politik ISA, mendekam di Kamunting selama dua tahun pada tahun 1984. Sekali lagi namanya mencuat untuk ditahan dalam operasi Lalang pada tahun 1987. Almarhum menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang ke 13, mengasaskan banyak institusi semasa membahterai pemuda termasuk Jabatan Pelajar, PASTI, JKS, SRIP dan pelbagai lagi.


        Ustaz menang kali kedua dalam PRU tahun 1999 di DUN Batu Rakit, seterusnya dilantik sebagai Exco Kerajaan  Terengganu dan memegang Potfolio Pertanian. Beliau tak kering idea, bak sumur jernih yang sentiasa mengalir, mendamaikan sukma. Saya teringat almarhum menemankan saya makan tengahari usai,program Seminar Gejala Sosial di MTT Tok Jiring, anjuran Itqanul Muluk, sebuah badan pemikir yang almarhum sendiri asaskan. Lontaran idea beliau untuk menjadikan parti Islam sebagai wadah intelektual ummah,membaca unjuran strategik perjuangan Islam di negara ini seolah-olah beliau masih memimpin Dewan Pemuda Pusat. Usia 64 tahun bukanlah alasan untuk bermalasan dan memberikan alasan, itulah kekanda saya, ustaz ABC. Saya tertampar malu jika berada bersamanya, dalam apa jua kondisi, tak mampu menandingi semangat juang yang tersepuh puluhan tahun.


        Ustaz Abu Bakar Chik adalah antara pengasas Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bersama Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Harun Taib, Ustaz Awang Nasruddin Abj Bakar, Ustaz Hussein Awang dan menjadi sebuah sekolah kader terbesar PAS. Beliau juga terlibat mengasaskan Darul Taqwa kuala Nerus, sekolah rendah Islam di bawah Dewan Ulama Terengganu. Kecintaan almarhum kepada dunia pendidikan menyebabkan jamaah memberikan amanah beberapa penggal kepadanya untuk mempengerusikan Lujnah Pendidikan PAS Pusat.


          Almarhum begitu sinonim dengan demonstrasi kebangkitan rakyat,  bermandi tembakan air kimia FRU dan disiram gas pemedih mata, beliau tak lelah menyemangati anak -anak muda, bahkan program terakhirnya ialah bersama ARC, sebelum menghembuskan nafas terakhir iaitu bersama anak muda Islam di Selangor. Generasi pemuda PAS di era beliau ialah yang paling cemerlang , menjuarai isu ummah, menjadi pendesak yang berkesan, mencetak kader-kader dakwah PAS dalam dan luar negara, membina jaringan sivil sebagai jambatan PAS dengan masyarakat serta meletakkan pendidikan sebagai tunjang utama gerakan.


         Terlalu banyak yang perlu saya coretkan untuk sosok pejuang yang merupakan murabbi, kekanda, teman baik saya ini, namun saya mengejar masa untuk menziarahi jenazah almarhum di Terengganu. Sejujurnya , Dato Abu Bakar adalah sumber inspirasi yang tak pernah malap, sehingga kami generasi pemuda Islam dekad 90an, menggelarkannya secara diam "alfatihah",kerana almarhum pantang berkumpul lebih tiga orang, akan terus membuka majlis dengan ummul kitab. Maknanya kami akan terus bermesyuarat untuk merancang pelbagai program jamaah Islam tercinta ini. Alfatihah buat maestro perjuangan , kami akan terus menyambung legasi perjuangan Islam ini sehingga nafas terakhir.

0 comments: