PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI SEPTEMBER 2014 KINI DIBUKA



web_lg_kuizm



KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD (kuizm)


panorama

PENGENALAN
Penubuhan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) ditunggu-tunggu oleh banyak pihak termasuk ibubapa dan pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu.  Penubuhan kolej seumpama ini akan membuka peluang seluas-luasnya kepada anak-anak kita bagi menimba ilmu bertunjangkan al-Quran dan al-Hadis. Penubuhan KUIZM akan membuktikan kemampuan PAS untuk mengendalikan kolej pengajian yang bertaraf universiti.
visimisiSebagai salah satu kekuatan PAS dalam bidang pengajian Islam dan sebagaimana umum mengetahui kekuatan jamaah PAS dalam bidang pengajian Islam, sudah tiba masanya untuk menjelmakan kemampuan ini dengan penubuhan KUIZM. Penubuhan KUIZM akan melahirkan para graduan yang berilmu, beriman dan bertakwa yang boleh diketengah sebagai pemimpin Islam akan datang.
KUIZM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang diurus oleh Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) di bawah tanggungjawab Lembaga Khas Penubuhan Institut Pengajian Tinggi Swasta (LKPIPTS) bersama kesepaduan tenaga akademik terdiri daripada bekas-bekas pensyarah IPTA yang berpengalaman luas dalam bidang yang berkaitan.

PENGAMBILAN PELAJAR BARU BAGI SESI SEPTEMBER 2014 
* Khas untuk lepasan SPM  atau SMU atau Sahadah Tahfiz 30 Juzuk

PROGRAM YANG DITAWARKAN :  
1. Diploma Muamalat & Kewangan Islam 
2. Diploma Dakwah & Komunikasi 



Berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di : 
1. Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden, Fatah, Palembang
2. Universiti Of Science & Technology (UST), Yaman
3. Jama'ah Al- Quran Wal Ulum Al- Islamiyah, Yaman

Dapatkan borang pendaftaran di Pejabat KUIZM atau hubungi nombor  yang tertera untuk maklumat lanjut :
1. Yazid (011-29118995)
2. Rauf (013-3007442)
3. Hafiz (014- 5221840)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH 25 OGOS 2014 


MOHON SEGERA



web_lg_kuizm


JOM MASUK KUIZM







0 comments: