Tadabur Al- Quran Juz 27: Surah At-Tur 21- 27




TADABBUR JUZ 27 

BERTEMUKAH KITA NANTI DI SYURGA?

GAMBARAN AHLI KELUARGA YANG BERIMAN DI SYURGA KELAK


(وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ) 
 [Surat At-Tur : 21]
Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.


(وَأَمْدَدْنَاهُمْ بِفَاكِهَةٍ وَلَحْمٍ مِمَّا يَشْتَهُونَ)  

[Surat At-Tur : 22]
Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.


(يَتَنَازَعُونَ فِيهَا كَأْسًا لَا لَغْوٌ فِيهَا وَلَا تَأْثِيمٌ)  

[Surat At-Tur : 23]
Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa.


(وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَهُمْ كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَكْنُونٌ) 

 [Surat At-Tur : 24]
Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.


(وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ)  

[Surat At-Tur : 25]
Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.


(قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ)  

[Surat At-Tur : 26]
Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami  selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),


(فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ)  

[Surat At-Tur : 27]
"Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka.



Kesimpulannya;

-  Hubungan kekeluargaan atas dasar keimanan dan dihiasi dengan amalan ketaatan akan berpanjangan ke syurga.

-  Ibubapa bertanggungjawab memdidik anak-anak dan ahli keluarga ke jalan yang diridhai Allah dan memastikan mereka tidak terjebak dengan amalan yg dimurkainya.

-  Keimanan dan ketaatan adalah ikatan berterusan di dunia dan akhirat.

-  Kemaksiatan dan keingkaran kepada perintah Allah akan memutuskan hubungan kekeluargaan di akhirat kelak.

-  Buktikan cinta kasih kpd ahli keluarga dengan bimbingan Al-Qur'an dan Sunnah.


Lajnah Tarbiyah Dan Pengkaderan PAS Pusat 

1 comments:

20 Negara Paling Aman Di Dunia


http://omakkau.blogspot.com/

Setiap tahun sejak 2007, Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) menjadi kayu pengukur keamanan sesebuah negara berdasarkan ciri dalaman dan luaran negara berkenaan.
Walaupun dunia hari ini dilihat semakin kejam, menurut GPI terdapat 20 negara yang disenaraikan paling aman di dunia.

1. Denmark

Denmark mengungguli senarai memandangkan ia tempat paling selamat untuk didiami.

Walaupun ibu negara Denmark, Copenhagen pernah ditakluk Nazi pada Perang Dunia Kedua, mereka tidak melawan.

Ini disebabkan rakyat Denmark lebih memberi fokus kepada ekonomi daripada terbabit dalam pelbagai konflik bersenjata.

Rakyatnya sangat ramah, terbuka dan gemar membantu.

Mereka yang pernah berkunjung ke Denmark pasti merasai perkara yang sama.


2. Norway

Mungkin ramai yang tidak menyangka Norway akan tersenarai berikutan kes pembunuhan besar-besaran dilakukan Anders Behring Breivik yang mencemarkan nama negara itu.

Namun menurut GPI, Norway adalah satu daripada negara paling aman, peramah dan selamat didiami.

Dengan tahap pembangunan modal insan yang tinggi, keselamatan menjadi keutamaan negara berkenaan.


3. Singapura

Sebagai sebuah negara kecil yang aktif dalam komuniti antarabangsa, Singapura tidak pernah memandang remeh soal keselamatan.

Sejak pembentukan republik itu pada 1965, Singapura memberi fokus untuk meningkatkan kerjasama dengan negara serantau melalui pembinaan hubungan sosial, keamanan, ekonomi dan diplomatik dengan semua negara.

Justeru tidak hairanlah ia tersenarai dalam 20 negara paling aman di dunia.


4. Slovenia

Sebuah negara Eropah yang indah, Slovenia turut tersenarai sebagai negara paling aman.

Negara itu menjadi penyumbang terendah kepada dana keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia juga mempunyai jumlah anggota polis dan pasukan keselamatan yang sedikit, kadar jenayah dalam masyarakat yang rendah dan konflik dalaman terancang yang rendah.

Selain itu, tunjuk perasaan ganas serta peperangan juga sangat jarang berlaku.


5. Sweden

Ia antara negara Scandinavia yang indah dan terletak jauh ke utara Eropah.

Walaupun terkenal sebagai negara pengeksport senjata terbesar di Eropah, kadar jenayah yang berlaku di negara itu sangat rendah jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat (AS).


6. Iceland

Dasarnya yang tidak mahu masuk campur dalam sebarang konflik utama dunia menjadikan Iceland tersenarai sebagai negara paling aman.

Ia jarang atau mungkin tidak pernah menjadi tajuk utama akhbar kecuali ketika runtuhan tebing ais di negara itu beberapa tahun lalu.

Negara itu mengekalkan persekitaran semulajadinya yang menakjubkan.

Pelancong dari seluruh dunia datang ke Iceland untuk melihat sendiri glasier besar dan gunung berapi di negara itu.


7. Belgium

Terletak di tengah Eropah, Belgium mempunyai tarikan tersendiri dengan lokasi menarik untuk dilawati.

Ibu negaranya, Brussels menjadi ibu pejabat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Mereka yang melancong ke negara itu dapat melihat bandar zaman pertengahan yang tesergam indah, istana yang megah dan keindahan alam semulajadi yang mengasyikkan.

Walaupun kerajaannya pernah mengalami krisis pada 2008 hingga 2011, kadar kes pembunuhan dan penjaranya masih rendah.


8. Republik Czech

Republik Czech­ mencapai ke­mer­dekaannya dari Blok Soviet pada 1989 berikutan Revolusi Velvet dan pemisahannya dengan Slovakia.

Selepas Czechoslovakia berpecah, Republik Czech memberi lebih fokus kepada pembangunan ekonomi kapitalis yang mapan dan membentuk persekitaran yang stabil untuk pelaburan.

Negara itu juga disenaraikan sebagai sebuah negara dengan “Pembangunan Modal Insan yang Sangat Tinggi” oleh Indeks Pembangunan Modal Insan (HDI) pada 2009.

Terkenal dengan ibu negaranya, Prague yang menakjubkan serta alam semulajadi yang mendamaikan, Republik Czech menjadi antara tumpuan pelancong seluruh dunia.


9. Switzerland

Menurut IEP, Switzerland mengekalkan corak pentadbiran yang kukuh dan budaya politik terbuka di negaranya.

Ketidakstabilan politik pada kadar yang rendah memberikan gambaran jelas kualiti kerajaan negara itu.

Ia juga tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia dengan kadar jenayah ganas yang rendah.

Walaupun Switzerland sering mengambil pen­dekatan neutral dalam isu negara, antarabangsa dan politik dunia, ia tetap mengekalkan hubungan diplomatik yang erat dengan pelbagai negara di seluruh dunia.


10. Japan

Sebagai sebuah negara dengan budaya yang menakjubkan, Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia.

Sejak Perang Dunia Kedua, Jepun mencorak suasana negara yang sangat aman, dengan konflik dalaman dan kadar jenayah yang rendah.

Ia adalah sebuah negara yang aman dan mempunyai keindahan mempersona untuk dilawati.


11. Ireland

Terkenal dengan pelbagai tempat bersejarah, dataran hijau yang mengagumkan serta rakyatnya yang peramah, tidak hairanlah jika ia disenaraikan sebagai antara negara paling aman di dunia.

Secara keseluruhannya, Ireland sebuah negara yang hebat dengan pelbagai tarikan pelancongan.


12. Finland

Finland dianggap sebagai antara negara paling aman dan jarang menghadapi sebarang konflik.

Ia masih lagi mengekalkan khidmat awam dan tentera mandatori buat generasi muda.
Pembabitannya dalam peperangan hanyalah melalui penyertaannya dalam pasukan tentera pengaman PBB.

Finland sangat menitikberatkan pendidikan dalam segala aspek dan sistem pendidikannya adalah yang kelima terbaik di dunia.



13. New Zealand

Negara ini sering tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia sejak 2007.

Dengan peratusan populasi di penjara yang rendah, kemampuan ke­tenteraan terhad, hu­bungan rapat denga Australia serta layanan yang baik, New Zealand adalah sebuah negara yang hebat untuk didiami.

Ia mempunyai keindahan dan keanehan tersendiri yang menjadikannya unik dan tidak tergambar dengan kata-kata sehinggalah anda merasainya sendiri.


14. Kanada

Kanada berada pada standard kehidupan rakyatnya yang tersendiri.

Walaupun dengan populasi hanya kira-kira 33 juta penduduk, ia adalah negara kedua terbesar di dunia.

Bandar yang bersih dan cantik, pemandangan mengagumkan serta warganya yang sangat peramah, Kanada adalah kediaman yang tepat buat mereka yang gemarkan suasana ketenangan.


15. Austria

Terletak di Eropah Te­ngah, Austria tersenarai sebagai negara paling aman di dunia berikutan pendiriannya berhubung isu politik antarabangsa.

Sejak pemisahan Empayar Austria-Hungary, Perang Dunia Pertama dan Kedua, negara itu memilih untuk lebih mengutamakan kehidupan yang damai dan tenang.

Ramai yang melabel ia sebagai negara yang hebat dengan resort terkenal di banjaran Alps serta pusat kebudayaan menakjubkan seperti Vienna.


16. Bhutan

GPI 2013 turut me­nyaksikan Bhutan tersenarai sebagai antara negara paling aman di muka bumi.

Ini berikutan peratusan yang tidak berubah berhubung konflik tempatan dan antarabangsa sejak 6 tahun lalu dengan markah yang diperoleh 1.6 daripada 5.1.

Laporan berkenaan menggunakan 22 penanda aras untuk mengukur keamanan dalaman termasuk jumlah anggota polis setiap 100,000 rakyat dan kadar jenayah.

Rakyat Bhutan disifatkan sebagai komuniti yang cintakan keamanan dan mempunyai budaya yang tertib.

Ditambah lagi dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati, Bhutan sememangnya destinasi pelancongan pilihan ramai.


17. Australia

Australia adalah sebuah negara yang aman dan indah serta menawarkan kepelbagaian budaya, pantai yang cantik, alam semulajadi yang memukau dan rakyatnya yang peramah.

Namun terdapat juga nilai tambah yang jarang didapati di negara lain.

Warga negara ini mempunyai sentuhan humor yang bakal membuatkan anda tidak kering gusi sepanjang berada di Australia.

Walaupun keluasan negaranya sama dengan Amerika Syarikat, populasi penduduknya hanya kira-kira 20 juta orang.

Negara ini juga mempunyai kadar jenayah yang rendah, sistem politik yang stabil, standard kesihatan yang tinggi serta jaringan jalan raya yang baik.

Justeru, penyenaraiannya sebagai antara 20 negara paling aman di dunia tidak boleh disanggah lagi.


18. Portugal

Mungkin anda terkejut melihat Portugal turut tersenarai bukan?

Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) selama kira-kira 26 tahun ini juga adalah negara ke-43 penyumbang ekonomi terbesar dunia.

Dengan pemandangan menarik dan kadar jenayah yang rendah, ia sebuah negara yang selamat untuk diduduki.


19. Qatar

Menurut GPI, Qatar adalah negara paling aman di Timur Tengah dan antara yang paling aman di dunia.

Insiden keganasan sangat jarang berlaku di Qatar berbanding negara berasaskan industri lain.

Ia adalah antara negara paling fleksibel dan liberal di Timur Tengah.

Negara itu kini melalui fasa perubahan di bawah Visi Nasional 2030 untuk mencapai status ekonomi pelbagai, mampan dan maju.


20. Mauritius

Dengan status negara paling aman di Afrika yang diberikan GPI pada 2013, Mauritius menampilkan kelainan tersendiri dari sudut ekonomi, pembangunan dan masyarakat.

Ia sekaligus menjadikan negara itu sebagai platform kukuh untuk pengurusan kekayaan dan hartanah.

Dapat hidup disebuah negara paling aman di dunia menjadi impian setiap manusia dan memberi pelbagai kelebihan buat rakyatnya.

Ia menjadi satu ke­banggaan dan kemegahan jatidiri sebagai rakyat di sebuah negara yang stabil serta terhindar daripada konflik yang mampu menggugat keamanan dan keselamatan.

0 comments:

Hadis- Hadis & Mutiara Kata-Kata











0 comments:

Kenyataan Media Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) DPPM

1) JUHAM menerima aduan daripada petugas pilihanraya PAS di UPU Bendang Pa'yong, Pengkalan Kubor tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan passport Malaysia.

2) Peguam-peguam JUHAM yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan dan menyoal-siasat pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta passport beliau. Pengundi tersebut asalnya diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa'yong. Namun setelah menyedari kehadiran peguam JUHAM, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi tersebut.

3) Keraguan semakin memuncak apabila ketika disoal peguam JUHAM, pengundi tersebut langsung tidak tahu berapa nombor Kad pengenalan beliau, berapa umur beliau dan di mana alamat beliau di Pengkalan Kubor.

4) Malah yang lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama Dun tempat beliau mengundi undi ini dan apakah nama tempat UPU beliau mengundi.

5) Namun, pengundi tersebut mengaku bahawa beliau memangkah calon Barisal Nasional.

6) Berdasarkan rekod di dalam passport beliau, beliau kerap berulang-alik ke Thailand. Apabila ditanya, beliau mengesahkan keluarga beliau menetap di Thailand dan kali pertama beliau mengundi adalah ketika pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini.

7) Justeru JUHAM menyeru kepada semua petugas-petugas pilihanraya untuk lebih berwaspada dan cakna dengan individu-individu yang mencurigakan. Sekiranya wujud individu yang mencurigakan, petugas-petugas diminta untuk segera melaporkan kepada peguam JUHAM yang bertugas.



Noorazmir Zakaria
PENGARAH JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA

0 comments:

Suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) N01 Pengkalan Kubor

 










0 comments:

PRK Pengkalan Kubor Menangkan Calon PAS

Photo

Photo: Selamat Mengundi

Photo: Bersamo PAKATE pakoh BULE..Alih Rasa Ubah Selera....



0 comments:

KATA-KATA MUTIARA TUAN GURU PRESIDEN PAS

Photo

Photo: Redha Allah atau redha manusia?





0 comments:

PROGRAM MUKTAMAR TAHUNAN PAS











0 comments:

Presiden Ada Kuasa Pemutus - Majlis Syura Ulamak



Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang membuat keputusan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, mereka berkata ia merujuk kepada berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Majlis Syura Ulamak juga memutuskan bahawa adalah menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26 (9) (m).

Dengan merujuk kepada Perlembagan PAS, Fasal 8 (1) (a), yang memberikan kuasa kepada Majlis Syura Ulamak untuk menjelas, menghurai dan menafsirkan Perlembagaan PAS, maka mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada Ahad, 7 September 2014, membuat keputusan bahawa:


1) Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.


Ketua yang dimaksudkan di dalam fasal tersebut mestilah difahami seperti mana disebutkan di dalam Hadis Nabi اسمعو واطيعوا ولو تأمر عليكم عبد حبشي


"Hendaklah kalian dengar dan taat, meskipun yang menjadi ketua di kalangan kalian seorang hamba berbangsa Habsyi."



2) Bahawa menjadi kewajipan Ahli  Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26 (9) (m).


Majlis Syura Ulamak menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS, agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh merugikan perjuangan Islam.

0 comments:


RISALAH LAJNAH PENERANGAN
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

SIRI 1

Permurnian JAMAAH dan Muhasabah AHLI PAS.


Mutakhir ini dilihat PAS sedikit bergolak dalamannya. Ahli Pas rata-rata bijak berbicara, berhujjah, berpolitik dan bertelingkah sesama sendiri mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu yang menyebabkannya sebegitu.

Maka risalah ini sebagai satu usaha mengembalikan kejernihan apabila kita mengenalpasti apakah punca penyakit ini sekaligus dapat merawatnya.


Disini Disenaraikan 20 Perkara Itu Untuk Dikoreksi Oleh Semua Kita Ahli PAS.



1. AHLI PAS duduk dalam jamaah Islam tapi tidak berjamaah dalam solat. Sedangkan kepimpinan dan jamaah dididik daripada solat berjamaah dan diperolehi keberkatan dengan solat. Falsafah yang bermakna daripada solat berjamaah sebenarnya mendidik dan membentuk jiwa orang Islam dan pejuang yang mantap. Dalam sejarah pernah dikhabarkan bahawa dalam satu peperangan, musuh pernah menyerah kalah kerana melihat tentera Islam solat berjamaah.



2. AHLI PAS tidak menghadiri majlis ilmu di surau dan masjid. Walau ada yang mengatakan bahawa kuliah surau dan masjid tidak diajar ilmu haraki, namun ilmu turath dan ilmu Islam fardu ain wajib dihadami oleh ahli. Contoh, kalau disoal kepada ahli Pas secara rawak tentang asas hukum feqah solat, nescaya pasti ada yang tidak mampu menjawabnya. Tapi kalau ditanya tentang hal politik laju saja jawabnya. Faqih dalam agama ada ciri baiknya diri seseorang. Sabda Nabi s.a.w., daripada Saidina Umar Al Khattab, 



".. من يُردِ اللهُ به خيرًا يُفهِّمْه وفي لفظٍ : يُفقِّهْه وفي لفظٍ من يُردِ اللهُ يهْدِه يُفقِّهْه في الدِّينِ


"..barangsiapa yang diinginkan Allah dia menjadi orang yang baik, diberi kefahaman dalam agamanya.."


3. AHLI PAS tidak berdampingan dengan ulamak. Mereka kebanyakannya berdamping dengan orang yang jahil dan mendengar pandangan daripada juhala' dalam meneliti sesuatu perkara dan isu. Bukankah ulamak adalah pewaris Nabi s.a.w. Apabila begitu jadinya, maka mereka telah termasuk golongan yang diingatkan Nabi s.a.w.



"... فإذا لم يبقَ عالمٌ اتَّخذ النّ
َاسُ رءوسًا جُهَّالًا فسُئلوا بغيرِ علمٍ فضلُّوا وأضلُّوا..."


"..Apabila tiada lagi orang alim, manusia mengambil pemimpin jahil sebagai rujukan, lalu mereka ditanya, hal mereka jahil, maka mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain.."

Tuntutan ini bukan kerana individu dan batang tubuh ulamak, tetapi kerana kefahaman dan ilmu agama yang diamanahkan Allah sw.t. ada pada mereka. FirmanNya, surah Fathir
28,


إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ 

"..Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.."


4. AHLI PAS kurang membaca al Quran malah memahami al Quran dan mengamalkannya amatlah jauh sekali. Ada beranggapan bahawa memahami al Quran tugas ustaz dan ulamak, ini sikap negatif yang tidak sepatutnya ada pada pejuang Islam. Pejuang Islam sandarannya adalah Al Quran dan Hadis. Kalau ini dijauhi, keberkatan perjuangan dan pejuang itu akan lenyap. Lihatlah ikrar pejuang Islam yang sering diungkap,


القران هو دستورنا
Al Quran itu dustur dan rujukan kami


5. AHLI PAS menjauhi solat subuh dan isyak berjamaah. Sedangkan Nabi s.a.w. mengancam kepada kita bahawa mereka yang terlalu berat solat subuh dan isyak berjamaah seperti golongan munafik.


قَالَ رَسُـولُ اللهِ (ص)
﴿ إِنَّ أَثْقَلَ صَلاَةٍ عَلىَ الْمُنَافِقِينَ صَلاَةُ الْعِشَاءِ وَصَلاَةُ الْفَجْرِ،

Dari sahabat Abu Hurairah r.hu dia berkata, bahwasanya Rasulullah saw telah bersabda,
“Sesungguhnya shalat yang paling berat bagi orang munafik, adalah shalat isya’ dan subuh [berjamaah]."


6. AHLI PAS tidak mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Sedangkan pejuang Islam ialah mereka yang mencintai Nabi s.a.w. sebagai contoh teladan. Mencintai Nabi s.a.w. adalah dengan mencintai sunnahnya. 


Sabda Nabi s.a.w.


عليكم بسنَّتي وسنَّةِ الخلفاءِ الراشدينَ المهديِّينَ بعدي ، عضُّوا عليها بالنَّواجذِ


Hendaklah kamu ikut Sunnahku dan Sunnah Khulafa' yang diberi bijaksana dan diberi petunjuk sesudahku. Gigitlah dengan geraham.(berpegang dengan erat)
Terutamanya pada zaman fitnah, pejuang Islam yakni Ahli Pas merekalah yang terkedepan dan sepatutnya yang menghidupkan dan mempertahankan Sunnah Nabi s.a.w. 



7. AHLI PAS banyak melepak. Bukannya salah untuk memasyarakatkan diri dengan masyarakat dan orang ramai seperti berada di warung, kedai mamak dan restoran. Adakalanya kelihatan Ahli Pas masih berada di tempat sebegini sekalipun datangnya waktu solat dan kedengaran azan. Membuang masa itu bukan daripada sifat pejuang Islam. Pejuang Islam sentiasa mengisi masa mereka dengan perkara mulia dan faedah.



Firman Allah, Surah Al Asr
ِ

 وَالْعَصْرِ

"..Demi Masa!.."



Oleh :
Alfaqir Ila Robbihi
Ust Muhd Najhan Abd Halim
Setiausaha Lajnah Penerangan DUPP
6 Sept 2014 / 11 Zulkaedah 1435h. Gombak.

0 comments:

DU'AT: MENDEPANI CABARAN PERANG SIBER

Photo: [Live Now] 
Nadwah Pemerkasaan Du'at (NEKAD)

Dengarkan melalui:
1) www.hijau.fm
2) Aplikasi android Hijau.FM
3) Aplikasi Tune In: http://tun.in/se8fb



Oleh : Nasrudin Hassan at-Tantawi


لله الحمد رب السماوات و الأرض رب العالمين رب الذي يقول : قل هذه سبيلي أدعو إلى الله على بصيرة أنا و من اتبعني و سبحان الله و ما أنا من المشركين [1] و الصلاة و السلام على محمد المبعوث هدى و رحمة للعالمين و على آله و صحبه و من سار على دربه و تمسك بسنته إلى يوم الدين . 

Premis 1 :

Istilah “Perang Siber” di dalam kertas kerja ini tidak dirujuk kepada makna Cyber Warfare yang melibatkan pembabitan dan tindakan oleh sesebuah negara-bangsa atau organisasi antarabangsa untuk menyerang atau cubaan untuk memusnahkan jaringan komputer dan maklumat negara lain melalui virus komputer atau serangan denial-of-service. Di abad ke-21 ini, berbanding menggunakan peluru dan bom, pertempuran dalam konfrontasi ini adalah menggunakan bits dan bytes. Persenjataan digital (digital weaponary) ini telah memberi kesan yang sangat besar kepada dunia sebenar.


Premis 2 :

Istilah “Perang Siber” di dalam kertas kerja ini dirujuk kepada fonomena perkembangan pesat penggunaan media baru sebagai medium for sharing information. Media baru yang dimaksudkan mencakup kemunculan digital, komputer, atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai ‘media baru’ adalah digital, seringkali memiliki ciri-ciri yang dapat dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Beberapa contoh adalah seperti internet, website, blog, facebook, komputer, multimedia, permainan komputer, CD-ROMS, dan DVD. Media baru bukanlah television, filem, majalah, buku atau publikasi berasaskan kertas.


Premis 3 :

Kajian telah mendedahkan bahawa kini terdapat lebih 500 juta pengguna facebook dan 100 juta pengguna twitter di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, direkodkan terdapat 12 juta pengguna facebook. Menurut Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah, secara keseluruhannya, 92% rakyat Malaysia menggunakan media baru dan lebih meyakininya berbanding media arus perdana dalam memperoleh atau mengesahkan sesuatu maklumat dan berita.


Premis 4 :

Du’at atau para pendakwah pula ialah individu yang bertanggungjawab menyampaikan dan menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat. Terpapar pada dirinya nilai-nilai istiqamah, kezuhudan, keteguhan berpegang dengan petunjuk al-Quran dan as-Sunnah serta kecerdasan akal dan kebijaksanaan dalam tindakan berdakwah. Kehidupannya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada orang lain. Selain itu, dia menggabungkan diri dengan gerakan Islam kerana memahami akan tuntutannya dan menyedari akan keberkesanannya. Gerakan Islam yang dimaksudkan adalah amal Islami berterusan yang bersifat massa (baca : merakyat), berkumpulan dan tersusun demi mengembalikan hak agama Islam untuk memimpin masyarakat dan mengarah seluruh kehidupan.

أدع إلى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتي هي أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله و هو أعلم بالمهتدين

Serulah ( dakwahlah ) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan peringatan yang baik dan berdebatlah dengan baik ( mencari kebenaran ). Sesungguhnya tuhanmu , Dialah yang Maha Mengetahui siapa yang menyeleweng ( sesat ) dari jalanNya dan Dialah yang Maha Mengetahui siapa mendapat petunjuk .

Surah an Nahl . Ayat : 125


MUQADDIMAH

Ad  Daei ILallah.

Ad Dae’I Ilallah adalah sebuah institusi penting buat ummah . Berfungsi untuk memberi pedoman dan menunjuk jalan ke arah mardhatillah . Menyambung risalah an nubuwwah dalam memimpin , membimbing dan menyelamatkan ummah dari kegelapan jahiliyyah kuno atau moden .

¥  Sementelah dilihat dewasa kini , ummah sedang berhadapan dengan ancaman berbisa dari musuh – musuhnya yang memangsakan aqidah , fikrah dan syakhsiyyah tanpa simpati . Lebih malang apabila sebahagian besar dari mereka terperangkap dalam kejahilan yang tebal dan kelalaian yang melampau .

¥  Dunia dan ummah memerlukan dae’i ( pendakwah ) yang ikhlas dan gigih meredah segala rintangan , malah membelah segala halangan demi menyelamatkan mereka agar tidak musnah dan binasa lantaran pengaruh nafsu yang menguasai dan kejahilan yang melingkari .

¥  Kehadhiran dae’i bukan sebagai badan sukarela atau kebajikan yang melaksanakan tugas secara volunteer tetapi ia adalah suatu yang bersifat ijbaari ( wajib laksana ) justeru ia adalah perintah Allah swt ke atas setiap individu muslim .


Alam Siber

Media baru sangat berpengaruh dalam mencorak pemikiran dan pergerakan manusia moden hari ini. Hakikatnya, seluruh dunia begitu terkesan dengan peranan media baru terutama di dalam menggerakkan golongan middle class untuk merobohkan tembok penguasaan kelas atasan atau pemerintah di dalam menentukan politik dan hala tuju sesebuah negara. Ia juga telah menamatkan dominasi media cetak dan media elektronik arus perdana sebagai alat penyebaran legitimating ideology (ideologi pengabsahan) sesebuah kerajaan.

Kewujudan dan perkembangan media baru mutakhir ini telah membuka peluang kepada dissenting voices (suara pembantahan) dalam masyarakat untuk mengkedepankan sisi pandang alternatif bagi menandingi sesebuah kepercayaan yang lain. Idea-idea alternatif mengenai hubungan kaum, pembinaan negara, Islam dan demokrasi banyak didapati di laman-laman web dan portal berita internet dan disebarkan secara meluas dan cepat melalui medium seperti facebook, twitter dan whatsapp. Fakta - mungkin juga ”fitnah” - dipersembahkan di dunia siber untuk menyokong sudut-sudut pandangan yang saling berbeza atau berlawanan antara satu sama lain.

Islam telah meletak sikap terhadap semua bahan yang dipersembahkan kepada masyarakat, bagaimana ia harus ditangani.

Sabda Rasulullah saw :

مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيءٌ وَ مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَ وِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيءٌ


Barangsiapa yang “ menunjuk jalan ” didalam Islam dengan kebaikan maka baginya pahalanya ( sendiri ) dan pahala orang yang beramal dengan kebaikan itu selepasnya tanpa mengurangkan pahala mereka sedikitpun dan barang siapa yang “ menunjuk jalan ” didalam Islam dengan kejahatan , ia menanggung dosanya ( sendiri ) dan dosa orang yang beramal dengan kejahatan itu selepasnya tanpa mengurangkan dosa mereka sedikitpun .

فأخرجه مسلم من رواية عبد الرحمن بن هلال عن جرير بن عبد الله البجلي

Sebagaimana media baru telah menjadi senjata ampuh yang mencabar dan mengancam kerajaan dan anti-establishment, ia juga turut mengundang isu yang sama terhadap gerakan Islam yang berada di tengah-tengah medan pertarungan merebut teraju kepimpinan manusia.

Kertas ini ditulis secara sepintas untuk melihat bagaimanakah peranan dan cabaran media baru terhadap para du’at dan langkah-langkah yang perlu diambil demi memastikan media baru bertindak sebagai senjata yang menghunus untuk mereka, bukan ke atas mereka.


CABARAN MEDIA BARU

Berikut adalah beberapa cabaran yang bersifat ancaman yang akan memberikan kesan buruk dan negatif terhadap misi dan momentum gerakan dakwah di persada masyarakat. Ia juga turut memalit pandangan negatif terhadap para du’at :

1. Lahirnya kelompok muslim yang merajakan kefahaman liberal dan kebebasan hidup mengikut perspektif barat. Ia adalah kesan daripada sekurang-kurangnya dua faktor :

1.2. Rasa bosan dan ingin bebas daripada budaya politik mengongkong pemerintah.

1.3. Rasa kagum dan terima kasih terhadap dunia barat yang mempromosikan hak dan kebebasan hidup melalui media baru.

2. Lahirnya kelompok Muslim yang secara bebas, terbuka dan tidak terkawal di dalam mengkritik, bahkan mempersendakan perkara-perkara pokok dan suci di dalam agama. Fenomena kotor ini begitu mempengaruhi tahap sensitiviti umat Islam yang semakin rendah, terutama di kalangan golongan muda dan pertengahan yang begitu terpengaruh dengan budaya baru canangan media baru tersebut.

3. Menambahkan kekeliruan masyarakat non-Muslim terhadap agama Islam dan para pejuangnya, terutama pengenalan mereka terhadap agama Islam yang disalah ertikan. Ini juga disebabkan oleh dua faktor utama;

3.1. Mereka lebih rapat kepada Muslim berfahaman liberal yang salah.

3.2. Mereka lebih terdedah kepada maklumat mengenai Islam daripada sumber yang salah.

4. Hilangnya populariti terhadap media baru dan alternatif Islam disebabkan paparan dan hasilan ‘kurang menyengat’ oleh pengamal media baru muslim. Fenomena ini begitu dilihat apabila portal berita faham liberal jauh mendahului saingannya dari portal berita bersifat Islamik.

5. Pattern ‘sentiasa terkebelakang’ atau tidak up-to-date yang sinonim dengan umat Islam pastinya menambah burukkan lagi persepsi massa terhadap keupayaan Islam untuk memimpin.

6. Hilangnya minat, pengaruh dan sokongan golongan muda terhadap gerakan dakwah dan programnya disebabkan minat mendalam mereka terhadap media baru yang begitu dikuasai kumpulan bukan Islamik. Ini dapat dikesan melalui kurangnya populariti ikon dan qudwah islami di mata golongan muda hari ini.

7. Budaya akhlak yang agak liar dan buruk yang mewarnai amalan interaksi di dalam media baru akibat pengaruh budaya kebebasan bersuara acuan barat melaluinya. Budaya tidak berakhlak mulia ini akhirnya telah menimbulkan polemik, caci maki dan fitnah yang boleh memporak perandakan institusi pemikiran masyarakat Islam.

8. Kebocoran maklumat dan kerahsiaan dalaman gerakan dakwah yang begitu mudah, cepat dan meluas. Walaupun fenomena ini melampaui tidak hanya ke atas gerakan Islam sahaja, bahkan kepada seluruh pertubuhan dan kerajaan (contohnya fenomena Wikileaks), tetapi ia telah memberi kesan yang besar kepada keutuhan gerakan dakwah yang mementingkan etika dan adab kerahsiaan dalam jamaah.

9. Kegagalan para du’at kumpulan dakwah untuk mengelak diri atau mengawal diri daripada mendedahkan perselisihan antara satu sama lain melalui media baru, samada ia bersifat perselisihan individu di dalam kumpulan sama ataupun di antara kumpulan yang berlainan. Jika sebelum ini perselisihan dalaman hanya pecah di dalam dan mudah diuruskan, tetapi kini ia dilihat agak sukar akibat ‘kegatalan’ pengamal media baru untuk sentiasa mendahului di dalam penyampaian berita dan maklumat sensasi.

Cabaran-cabaran yang bersifat ancaman dari media baru sebagaimana di atas menunjukkan betapa besarnya peranan media baru dan hubungannya di dalam memastikan momentum gerakan dakwah dan jaringan pendakwah dalam menguasai massa dan seterusnya mencapai misi menerajui kepimpinan negara.

Justeru, adalah menjadi tuntutan yang begitu mendesak ke atas gerakan dakwah dan para du’at untuk menutupi segala kekurangan dan kelemahan yang dikesan akibat kelahiran media baru, seterusnya menjadikannya pula sebagai senjata ampuh bagi gerakan Islam di dalam meraih pengaruh dan sokongan masyarakat terhadap mereka.


GERAKAN DAKWAH DAN PERANAN MEDIA BARU

Berikut adalah beberapa cadangan yang menjadi cabaran positif untuk gerakan Islam yang perlu dinilai, seterusnya dilaksanakan demi memanfaatkan kemudahan teknologi media baru demi kebaikan dan kekuatan gerakan dakwah.

1. Melahirkan atau memanfaatkan tenaga mahir daripada kalangan aktivis dakwah atau para du’at yang berupaya mengurus dan mencipta sesuatu melalui media baru yang mampu menarik masyarakat untuk mendekati dan memahami Islam, seterusnya mendapat sokongan mereka.

2. Mewujudkan beberapa tapak di laman sesawang yang sempurna dan menarik untuk kunjungan ramai para pengguna media baru, terutama generasi muda di dalam mendapatkan maklumat tepat, terkini, alternatif, interaktif dan menarik. Ini pastinya menuntut komitmen dan sumber kewangan yang besar, tetapi itu sepatutnya tidak boleh menjadi halangan yang besar kepada sebuah gerakan yang masih ketinggalan di dalam bidang penting ini dan mempunyai matlamat yang besar untuk mendaulatkan Islam.

3. Mengendalikan facebook atau twitter bersifat portal berita yang sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat menarik dalam genre dipelbagaikan. Juga, kempen-kempen yang berterusan untuk menarik jumlah ‘fans’ yang mencecah ratusan ribu. [ Lajnah Dakwah setiap negeri mesti mewujudkan Laman Web Dakwah Negeri masing - masing ]

4. Sentiasa mampu menyediakan jawaban yang segera daripada sudut pandang Islam terhadap segala isu msyarakat dan negara yang sentiasa dinantikan. Maka media baru akan menjadi instrument dakwah yang cukup berkesan.

5. Tenaga du’at sepenuh masa yang khusus untuk menumpukan sepenuh masanya untuk mengendalikan projek media baru.  [ Lajnah Dakwah Negeri mesti menyediakan Squad Admin bagi memantau dan menjawab segala isu berbangkit di  laman web tersebut secara interaktif ]

6. Menyebarkan maklumat program dan aktiviti lapangan dakwah secara berterusan dan menarik. Diantara aktiviti yang perlu ditonjolkan adalah yang bersifat Dakwah Kontemporary, kebajikan dan hiburan Islam, selain aktiviti dan pendirian politik Islam. Perhatian lebih harus diberikan agar :

6.1. Du’at sentiasa menonjolkan akhlak Islam yang konsisten di dalam penyebaran maklumat dengan menjauhi penyebaran fitnah, penghinaan terhadap individu, humor melampau dan sebagainya. 

6.2. Du’at sentiasa menyebarkan akhlak Islam dan berpesan agar pengguna media baru terdidik dengan budaya Islam yang mementingkan akhlak yang cemerlang.

Dengan melaksanakan tuntutan di atas ke arah penggunaan media baru secara berkesan oleh para pendakwah, segala ancaman dan serangan ke atas Islam akan dapat diatasi dengan lebih baik dan terkawal. Ia menjadi cabaran besar ke atas aktivis gerakan Islam untuk menyempurnakan kewajiban tersebut yang menuntut pengorbanan harta, tenaga dan pemikiran.


PESANAN UNTUK DU’AT

Para du’at harus memberikan perhatian dan keprihatinan tertinggi kepada beberapa aspek berikut dalam mendepani cabaran media baru sebagai medium for sharing information yang semakin pesat menarik minat penggunan pelbagai kategori pada hari ini agar dakwah yang terpasar dalam lapangan gergasi dunia maya benar-benar dapat memberi manfaat kepada pembaca dan menarik minat masyarakat kepada Islam.

1. Berlapang dada untuk membuat pembetulan dan perubahan ke atas pandangan yang telah dikemukakan sekiranya kemudiannya didapati pandangan itu bersalahan dengan perkara  yang sebenar. Jika perlu, permohonan maaf perlu disampaikan atas kesilapan yang telah dilakukan.

2. Mengambil sesuatu maklumat itu dari sumber yang sahih bagi mengelakkan kepalsuan tersebar. Lebih baik jika maklumat yang disebarkan itu disertakan bersekali dengan sumber yang dirujuk bagi memudahkan orang lain menyemak semula apa yang telah disebarkan.

3. Membuat proses tarjih dan tashih terlebih dahulu sebelum sesuatu maklumat itu disebarkan bagi memastikan maklumat yang tersebar itu adalah benar dan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Surah Al Hujurat : Ayat 6

4. Maklumat yang disebarkan itu mestilah sesuai laras bahasa dan kandungannya dengan penerimaan golongan sasaran supaya mereka tidak terbeban dengan suatu hal yang tidak mampu mereka fahami dengan baik dan bagi mengelakkan fitnah terhadap Islam itu sendiri.


PENUTUP

Peranan besar media baru di dalam mencorak pemikiran masyarakat haruslah dilihat secara positif oleh gerakan dakwah. Kita terpaksa mendepani kemajuan sains dan teknologi maklumat secara lebih berani dan bersedia. Di hujungnya, kita berharap untuk melihat media baru akan menjadi senjata utama memartabatkan perjuangan gerakan dakwah untuk mengembalikan hak Islam sebagai agama rasmi dari langit untuk menyusun kehidupan manusia, khalifah Allah di bumi ini.

Faktor penting dalam dunia siber hari ini ialah kepantasan maklumat merentasi masa berbanding zaman silam. Penghantaran maklumat tempoh lalu menggunakan perutusan berkuda, postmen, surat, telegram, pekeliling, pesanan dan sebagainya yang memakan masa terlalu lama untuk sampai kepada sasaran.

Peredaran masa masa seiring perkembangan teknologi pada hari ini menjadikan kita orang beriman mengalami kerugian jika gagal menghambat masa yang pantas bergerak dengan kegagalam menguasai teknologi untuk menyemarakkan Iman dan menyebarkan kebenaran.

Firman Allah swt :

وَالْعَصْرِ
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang yang beriman, beramal soleh, berpesan - pesan dengan kebenaran dan berpwsan - pesan dengan kesabaran.

Surah Al Asr : Ayat 1 - 3

Wallahua’lam.

0 comments: