Sister In Islam (SIS) Biadab Cabar Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR: Kebiadaban Sister In Islam (SIS) mencabar fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atas pengharamannya kerana berpegang kepada liberalisme dan pluralisme agama adalah bukti bahawa kumpulan tersebut menggerakkan agenda pemesongan ke atas ajaran Islam di negara ini.

"Malah, tindakan SIS itu mencabar institusi Raja Melayu yang menjadi payung naungan Islam di negara ini serta Perlembagaan Negara yang telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan," tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Katanya, ia sekaligus juga membuktikan SIS mengetuai gerakan untuk menyebarkan ajaran atas nama Islam secara terpesong tanpa menjejak kepada sumber hukum yang nyata yakni al-Quran, al-Hadith, ijmak ulama dan qias.

Justeru, ujarnya Pemuda PAS menyokong dan berdiri teguh bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dalam keputusan itu dan merasa kesal atas keengganan SIS untuk akur dengan keputusan tersebut seterusnya bertaubat dan bermuzakarah dengan pihak berwajib bagi membetulkan kesilapan.

Menurutnya, tindakan SIS mencabar fatwa itu ke mahkamah hanya meluaskan sengketa dan degil untuk menjebak masyarakat awam kepada aliran songsang yang dinamakan dengan Islam.

"Inilah satu bentuk pelampau agama yang mesti ditangani pihak kerajaan agar ia tidak membarah dalam masyarakat," katanya lagi.

Beliau menambah, kerajaan boleh mencontohi tindakan tegas Majlis Ulama Indonesia yang memfatwakan haram kepada Jaringan Islam Liberal yang membawa pengaruh sama seperti SIS di Malaysia.

PAS dalam isu itu, ujarnya berpendirian tegas menolak liberalisme dan pluralisme sebagaimana Muktamar Tahunan PAS 2009 meluluskan usul PAS Kawasan Shah Alam yang meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan SIS.

Justru, kata beliau Pemuda PAS menasihati masyarakat awam agar berwaspada dengan agenda pihak-pihak tersebut yang sewenang-wenang mentafsir dan membentuk amalan bertentangan dari ajaran Islam.

"Sentiasalah merujuk para alim ulama dalam perkara ini kerana kita tidak hanya akan hidup di dunia, tetapi akan diperhitungkan di akhirat untuk ketetepan hidup kekal sama ada di syurga atau neraka," ujarnya. - HARAKAHDAILY 31/10/2014

1 comments:

Program Nadwah Pemerkasaan Duad (NEKAD) 3.0


NADWAH PEMERKASAAN DU'AT (NEKAD) 3.0
DAIE: MENDEPANI SERANGAN PEMIKIRAN



SABTU
1 NOVEMBER 2014
9.00 PAGI - 5.00 PETANG
MADRASAH ZUBAIDIYAH, MERBOK, KEDAH DARUL AMAL



TETAMU YANG HADIR
:
YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG (PRESIDEN PAS)

DATO MAHFUZ OMAR (KETUA PENERANGAN PAS PUSAT/ PESURUHJAYA PAS KEDAH)

YB DR KHAIRUDDIN AMAN RAZALI (KETUA PENERANGAN DUPP)

DR ROSNI ADAM (AJK LAJNAH DAKWAH PAS PUSAT)

DR ZUHDI MARZUKI (PENGARAH OPERASI JABATAN PENYELIDIKAN PAS PUSAT)

USTAZ ZULKIFLI ISMAIL (KETUA DEWAN ULAMAK PAS MELAKA)

USTAZ AHMAD YAHYA (SETIAUSAHA DEWAN ULAMAK PAS KEDAH)

USTAZ ZAMRI ZAINUDDIN (PERSONALITI TV3 DAN TV AL-HIJRAH) 

0 comments:

Rebat PTPTN: Bantu Atau Cekik Poket Anak Muda?



ANIS NAZRI | .


KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kebimbangan dengan tawaran rebat dan diskaun kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sama ada ia benar-benar telus atau sebaliknya.


Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, menegaskan dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan hari ini, pemberian rebat ataupun diskaun itu dilihat tidak membantu anak muda yang meminjam dengan PTPTN.


Ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, hari ini, Nik Abduh membayangkan dengan keadaan subsidi minyak ditarik, kadar inflasi yang semakin meningkat serta kos sara hidup yang tinggi, rebat tersebut dibimbangi hanya terus menekan poket anak muda.


"Adakah tawaran rebat itu dilihat sesuatu yang telus untuk membantu anak muda atau ia sekadar untuk terus mencekik poket anak muda? 


"Keadaan ekonomi semakin menekan dengan subsidi minyak ditarik, kos sara hidup meningkat, rebat ini tidak membantu mereka," kata beliau yang juga AJK PAS Pusat.


Sehubungan itu, Nik Abduh mencadangkan agar kerajaan menghapuskan bayaran kos pentadbiran dan pengurusan PTPTN bagi memudahkan anak-anak muda melangsaikan hutang mereka.


Beliau turut mencadangkan agar tempoh pembayaran pinjaman PTPTN itu dipanjangkan, serta diberikan diskaun yang sama bagi memberi lebih ruang kepada peminjam.


"Tidak rugi jika kita panjangkan tempoh bayaran kerana Al-Quran juga menyebut agar kita memanjangkan tempoh hutang seseorang jika dia berada dalam kesempitan.


"Apabila hidupnya kembali lapang, maka barulah dituntut hutang tersebut," jelas Nik Abduh. - HARAKAHDAILY 29/10/2014

0 comments:

Transkrip Soal Jawab Presiden PAS Dengan Peguam Plaintif

KUALA LUMPUR: Dalam PRU13 yang lalu terdapat beberapa pertindihan kerusi antara sesama parti Pakatan Rakyat dan pembangkang. Antara PKR dengan PSM di Dun Semenyih, DAP dengan PSM di Dun Jelapang, dan juga pertindihan calon-calon PAS dengan PKR di beberapa kerusi termasuk di Terengganu. 


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam salah satu ceramahnya telah meberikan penjelasan kenapa berlaku pertembungan calon tersebut. Penjelasan dalam ceramah tersebut telah dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan dan kemudiannya pihak PKR mengambil tindakan menyaman Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi.


Yang berikut transkrip soal jawab antara Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perbicaraan di mahkamah tinggi Kuala Terengganu semalam, Selasa 28 Oktober, dengan peguam plaintif yang dipetik daripada Buletin Online


S1: Sila nyatakan jawatan Datuk Seri (Abdul Hadi Awang) sekarang?
Saya (Abdul Hadi) sekarang adalah seorang Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu iaitu Adun Rhu Rendang. Saya juga merupakan Presien kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Ahli Majlis Presiden Pakatan Rakyat.


S2: Boleh Datuk Seri jelaskan kenapa hadir ke mahkamah pada hari ini?
Saya hadir ke mahkamah pada hari ini untuk memberikan keterangan bagi menafikan segala dakwaan dan saman fitnah yang dikaitkan pihak plaintif terhadap saya.


S3: Tadi Datuk Seri ada menyatakan sebagai Ahli Majlis PR (Pakatan Rakyat). Boleh jelaskan apakah fungsi ahli majlis PR itu?
Fungsi Ahli Majlis PR ialah untuk menyelaras perkara-perkara politik dan strategi bersama parti-parti kompenan PR.


S4: Sehari selepas hari penamaan calon PRU ke-13, adakah Datuk Seri terlibat dengan sebarang ceramah politik?
Ya, ada terlibat di beberapa tempat ceramah. Pertama, saya dijemput untuk memberikan ceramah sempena PRU13 selepas penamaan ialah di Kampung Tebakang. Dun Alor Limbat juga berada di dalam Parlimen Marang, tempat saya bertanding dalam pilihan raya tersebut sebagai mewakili calon Parlimen Marang.


S5: Boleh Datuk Seri jelaskan siapa lagi yang memberikan ceramah di situ?
Saya berceramah bersama dengan Ustaz Ariffin Deraman yang juga calon Dun Alor Limbat, Ustaz Muda Abdullah yang menggantikan Datuk Mustafa Ali.


S6: Lebih kurang berapa lama Datuk Seri berceramah?
Saya memberikan ceramah lebih kurang 30 minit sahaja kerana selepas itu ada beberapa tempat lagi yang perlu saya pergi.


S7: Boleh Datuk Seri jelaskan secara ringkas kandungan ceramah itu?
Secara umumnya kandungan ceramah saya menyentuh mengenai isu-isu pilihan raya, manifesto Pakatan Rakyat khususnya di negeri Terengganu dan isu pilihan calon.


S8: Apakah yang Datuk Seri maksudkan dengan isu pilihan calon sebagaimana yang Datuk Seri nyatakan tadi?
Terdapat beberapa kerusi Dun di beberapa negeri di Malaysia berlaku pertindihan kerusi antara sesama parti Pakatan Rakyat dan pembangkang. Contohnya, antara PKR dengan PSM di Dun Semenyih, DAP dengan PSM di Dun Jelapang, termsuk juga pertindihan calon PAS dengan PKR di beberapa kerusi di negeri ini. Dengan ini dijadikan isu oleh parti lawan (BN) yang menguasai media. Hal tersebut memerlukan penjelasan kepada saya selaku ketua parti.


S9: Mengapa penjelasan dibuat di Kampung Tebakang dan bukan di tempat lain?
Pertama, kerana ia merupakan ceramah pertama saya selepas penamaan calon, yakni saya dijemput untuk memberikan ceramah. Apabila saya dijemput untuk berceramah maka, saya akan sebut perkara yang sama di situ. Keduanya, ceramah itu dihadiri oleh pihak media.


S10: Sila beritahu mahkamah di manakah kerusi yang berlakunya pertindihan antara calon PAS dengan PKR?
Dun Panti di Johor, Dun Kota Damansara di Selangor, Dun Sungai Aceh di Pulau Pinang. Manakala, di Terengganu di Dun Seberang Takir, Dun Kota Putra dan Dun Bukit Besi.


S11: Adakah persoalan kandungan ceramah tersebut Datuk Seri ada merujuk kepada plaintif?
Tidak. Malah, saya tidak sebut nama sesiapa pun atau nama-nama tempat dan kerusi yang berlaku pertindihan tersebut. Nama calon pun saya tidak sebut.


S12: Adakah Datuk Seri mengenali plaintif sebelum plaintif memfailkan samannya kini kepada Datuk Seri?
Tidak. Saya tidak kenal dan tidak tahu langsung nama dia dan seingat saya, saya tidak pernah berjumpa dengan dia.


S13: Adakah Datuk Seri mempunyai sebarang permusuhan atau pertikaian dengan plaintif?
Dalam keadaan saya tidak kenal dia, tidak munasabah untuk saya mempunyai permusuhan atau pertikaian dengan plaintif.


S14: Adakah Datuk Seri mempunyai niat jahat terhadap plaintif semasa memberikan ceramah tersebut?
Tidak sama sekali. Saya tidak kenal dia (plaintif).


S15: Selain Kampung Tebakang di Alor Limbat. Adakah Datuk Seri memberikan ceramah yang khusus di tempat lain?
Hanya di Alor Limbat sahaja.


S16: Pada Ahli Majlis Presiden PR. Adakah ia juga memberi tanggungjawab kepada Datuk Seri untuk mempastikan bahawa setiap calon yang mewakili dalam parti-parti PR merupakan calon-calon yang berintegriti dan tidak dipertikaikan?
Ya.


S17: Adakah ini bermakna Datuk Seri selaku Presiden PAS berhak menentukan calon daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat?
Tidak. Kerana (integriti) ini ditentukan oleh parti masing-masing. Kami daripada Ahli Majlis Pakatan Rakyat hanya bertanggungjawab menjelaskan kriteria umum yang mesti dimiliki oleh calon Pakatan Rakyat.


S18: Berhubung dengan tindakan saman yang dikaitkan dengan Datuk Seri. Adakah Datuk Seri menerima sebarang surat tuntutan daripada pihak lain yang berkaitan dengan ceramah Datuk Seri sampaikan di Kampung Tebakang tersebut?
Ada daripada Encik Badrul Hisham Syaharin pada 8 Ogos 2014.


S19: Siapa yang menghantar surat tuntutan tersebut kepada Datuk Seri bagi pihak Encik Badrul Hisham?
Surat tuntutan itu dihantar oleh peguam Tetuan Vasudevan A & Co.


S20: Boleh Datuk Seri maklumkan kepada mahkamah siapa Encik Badrul Hisham ini?
Beliau adalah calon daripada PKR bagi Dun N21 Sungai Aceh Pulau Pinang pada Pilihan Raya Rmum ke-13.


S21: Apa yang terpenting daripada kandungan surat tuntutan tersebut?
Beliau mendakwa ucapan saya mengenai pil kuda di Kampung Tebakang merujuk kepada beliau.


S22: Adakah benar seperti yang didakwa oleh kandungan surat itu?
Tidak benar seperti yang saya katakan sebelum ini ucapan saya itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. - HARAKAHDAILY 29/10/2014


0 comments:

Kg Chubadak: Tragedi Muharam 1436 Hilang Kemanusiaan



PAS Wilayah Persekutuan berasa dukacita, sedih, pilu serta terkejut dan memandang serius kejadian perobohan rumah pasangan warga Malaysia berbangsa Melayu di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur pada hari semalam, 4hb Muharram 1436 bersamaan 28hb Oktober 2014. 


Apatah lagi apabila kami dimaklumkan bahawa rumah tersebut adalah milik pasangan warga emas yang sudah menetap di situ sekitar 45 tahun lamanya.



Apa yang lebih mengejutkan kami juga ialah, operasi perobohan itu dilaksanakan tanpa notis awal. Apatah lagi menurut laporan yang kami terima, sehingga kini pihak pemaju masih gagal melunaskan bayaran pampasan kepada pasangan warga emas tersebut. Mereka datang dan terus roboh!

Ianya merupakan satu kemalangan dan tragedi  kepada isu kemanusian dan kebajikan rakyat Malaysia. Apatah lagi mereka yang menjadi mangsa kezaliman tersebut adalah terdiri daripada golongan yang lemah dan tidak berdaya. Apa yang mereka miliki hanya semangat dan lidah untuk mengungkapkan kata-kata mempertahankan hak mereka. "Tolong jangan roboh rumah kami".  Ungkapan pendek tapi sayang adakah ianya sampai kepada perdengaran Perdana Menteri kita yang terkenal dengan ungkapan 'Rakyat didahulukan'?





Kami PAS Wilayah Persekutuan yakin rintihan itu pasti Allah s.w.t akan mendengarnya. Sekiranya isu Kampung Chubadak pun kerajaan gagal untuk mencari penyelesaian yang baik, apatah lagi rakyat Malaysia boleh harapkan daripada kerajaan ini?


Tanah sekangkang kera yang didiami pasangan warga emas yang berjasa kepada Kota Kuala Lumpur pun diambil dengan sedimikian rupa, inikan pula tanah milik rizab Melayu yang dikatakan agak terancam di tempat-tempat yang lain?


Walaupun pelbagai alasan diberikan oleh pihak DBKL kepada pemilik rumah tersebut, adakah nilai kemanusiaan juga kita tidak boleh bertolak ansur? 


Pasangan warga emas yang terdiri daripada 12 ahli keluarga tersebut bukanlah asing kepada kita, mereka berbangsa Melayu dan apa yang lebih penting daripada seorang Melayu iaitu mereka adalah manusia beragama Islam dan banyak berjasa kepada bumi kota raya ini. Tetapi inikah balasannya!


Rasulullah s.a.w bersabda: 

ثلاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَاباتٌ لهُنَّ ، لا شَكَّ فيهِنَّ : دَعْوَةُ المَظْلومِ ، و دَعْوَةُ المُسافِرِ ، و دَعْوَةُ الوالدينِ على ولدِهِما
الراوي: أبو هريرة المحدث: المصدر: صحيح الأدب المفرد - الصفحة أو الرقم: 24
خلاصة حكم المحدث: حسن
Maksudnya: Tiga doa yang akan dimustajabkan oleh Allah s.w.t. tanpa ada keraguan baginya: Pertama, doa orang yang dizalimi. Kedua, doa orang yang bermusafir dan yang ketiga, doa kedua-dua ibu bapa ke atas anak mereka.HARAKAHDAILY 29/10/2014



Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

0 comments:

Perbicaraan Kes Saman Presiden PAS Ditangguh 23 November Depan


HARAKAHDAILY | .



KUALA TERENGGANU: Perbicaraan kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangguhkan kepada 23 November depan.



Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah saksi defendan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Aiffin Deraman memberi keterangan.




Sebelum itu, Tuan Guru Abdul Hadi dan Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, Azan Ismail turut memberi keterangan.




Saksi pihak palintif iaitu wartawan dari akhbar Kosmo dimaklumkan tidak hadir bagi perbicaraan hari ini.




Bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.




Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.




Presiden PAS yang diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co.

HARAKAHDAILY 28/10/2014

0 comments:

Kes Saman Presiden: Semoga Allah Permudah Urusan



Published on Tuesday, 28 October 2014 08:51
Written by Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Para pengunjung facebook Pemuda PAS Malaysia, pagi ini berharap semoga Allah memudahkan segala urusan berhubung kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini.

Amri Bakar mengharapkan yang terbaik kepada Tuan Guru Abdul Hadi, mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan dan dibebaskan dari belenggu khianat.

Abu Fayyadh pula mengharapkan agar kemenangan diberikan kepada pihak Tuan Guru Abdul Hadi, semoga sinar kebenaran kembali bersinar cemerlang.

"Alhamdulillah, mudahan dipermudahkanNya urusan perjalanan tuan-tuan semua ke Terengganu. Insya'allah, Amin ya Rabb'," tulis Muhammad Izzuddin Mohd Tahir sebagai respons kepada foto di atas yang dimuatkan dalam facebook Pemuda PAS Malaysia.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang turut hadir bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) malam tadi.

"Tabarakallah..Terus Membangun Bersama Islam," tulisnya. - HARAKAHDAILY 28/10/2014

0 comments:

Kes Nizar Didakwa Fitnah Najib Disebut Semula Hari Ini



Published on Tuesday, 28 October 2014 09:22
Written by Harakahdaily

IPOH: Sebutan semula kes AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa memfitnah Datuk Seri Najib Razak didengar di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Mahkamah pada 29 September lepas menetapkan hari ini untuk sebutan semula kes berkenaan bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengadakan prarundingan perbicaraan di luar mahkamah.

Mohammad Nizar, 57, yang beralamat di Sungai Rokam dituduh memfitnah Perdana Menteri itu kepada orang ramai dalam ucapannya di Taman Desa Pakatan antara jam 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.


Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.


Adun Changkat Jering itu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, seseorang Adun boleh hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan di mahkamah dengan penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000. - HARAKAHDAILY 28/10/2014

0 comments:

Arah Perjuangan Islam Ialah Islam




1. Islam adalah ad-deen yang diwahyukan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia dan sekalian makhluk. Justeru itu Islam dibina atas prinsip dan ketetapan yang telah dimuktamadkan melalui wahyu dan sunnah NabiNya s.a.w. Ilmu Islam pula telah dilangsungkan secara terkawal disiplin dan manhajnya oleh para ilmuan Islam secara riwayah dan dirayah di sepanjang zaman.


2. Lantaran itu, Jamaah kita meletakkan sumber rujuk tertinggi ialah Al Quran, As Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qias yang Muktabar. Kembalilah kepada 4 sumber ini dalam melestari perjuangan suci ini. Jangan biarkan kita terhuyung hayang dalam mencari arah tuju dan terkinja-kinja dalam mencari pedoman gerak kerja amal Islami di bumi tercinta.






3. Apabila Erdogan menang di Turki, maka semua mahu meniru cara Erdogan, apabila PKS menang di Indonesia, maka mereka mahu PAS jadi PKS, apabila Ghonnusi menang di Tunisia, maka mereka tukar haluan ke arah Ghonnusi pula dan apabila Jokowi menang di Indonesia maka mereka cepat beralih untuk memakai feqh Jokowi pula. Ini bukan cara Islam tapi ini cara gerakan pragmatisme.


Ingat bagaimana petunjuk Rabbul Izzati:


فَإِنْ آمَنُوا بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوا وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan kekal dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami mengabdikan diri". (Surah Al Baqarah: ayat 137 - 138)



Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

0 comments:

Program Bedah Buku : Inside Story Buku Kejatuhan Kerajan PAS Kedah, PAS Selangor Dan PAS Kawasan Pandan Tidak Terlibat- Iskandar Abdul Samad




Saya ingin menegaskan bahawa program BEDAH :INSIDE STORY BUKU KEJATUHAN KERAJAAN PAS KEDAH di Ampang tiada kena mengena dengan PAS Selangor atau PAS Kawasan Pandan.


Kami di Selangor baru sahaja selesai melalui krisis Menteri Besar dan sekarang ini memandang ke hadapan berusaha untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat yang telah sedikit sebanyak terhakis akibat dari krisis tersebut.


Oleh yang demikian, adalah tidak perlu membawa krisis yang berlaku di luar ke negeri Selangor. Kami di Selangor tidak perlu disibukkan dengan perkara tersebut.





Janganlah juga mengelirukan rakyat negeri Selangor dengan membawa isu-isu luar. Satu kajian telah menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat telah meningkat. Maka janganlah pula ada yang menjadi pengacau kepada usaha-usaha untuk memperkukuhkan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Selangor.



Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor / Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan
27 Oktober 2014

0 comments:

JAUHI PASMA, PATUHI NASIHAT SYURA



Ahli-ahli PAS wajar mematuhi nasihat dari Majlis Syura Ulamak PAS agar mereka menjauhkan diri dari NGO Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma).



Walaupun Pasma merupakan sebuah NGO dan ahli-ahli PAS hanya dilarang menyertai parti politik lain tetapi dari laporan yang saya terima, program-program Pasma telah digunakan untuk menyerang pimpinan PAS secara terbuka.

Program Pasma telah turut digunakan untuk mendedahkan hal-ehwal dalaman PAS kepada umum.



Oleh yang demikian nasihat Majlis Syura agar ahli-ahli PAS menjauhkan diri dari Pasma adalah tepat malah ahli-ahli tidak sepatutnya memberi kerjasama kepada Pasma untuk menganjurkan program mereka.


Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
26 Oktober 2014

0 comments:

PAS Kesal Ada Orang Islam Tolak Hukum Syariat

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Kelantan Dato’ Ustaz Ahmad Yakob kesal kerana ada dikalangan orang Islam sendiri yang menolak undang-undang syariat.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Penghayatan HududuLlah yang diadakan disebuah hotel di sini pagi ini.
IMG_4500 (2)Ucapan beliau yang dibacakan oleh Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Serantau, Dato’ Ustaz Nasaruddin Daud.
Beliau turut melahirkan kekesalan kerana media barat dan media ‘sekular’ tempatan memberikan gambaran buruk tentang undang-undang hudud dan qisas.
Ustaz Ahmad Yakob yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat bagaimana pun yakin, undang-undang akan dapat dilaksanakan, walaupun kini terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.
Katanya, negara Brunei Darussalam dan wilayah Acheh di Indonesia telah pun mula melaksakan undang-undang Allah itu.

“walau pun terdapat pelbagai halangan kita percaya satu hari nanti ia akan dapat dilaksanakan,
“negara Brunei Darussalam telah pun mengisytiharkan (perlaksanaan undang-undang Islam),”jelasnya, yang dimaklumkan tidak dapat hadir kerana mengiringi Sultan Kelantan menghadiri satu majlis.
Turut menjadi panel yang akan membentangkan kertas dalam Seminar tersebut adalah Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Sultan Sharif Brunei, Profesor Dr Abdul Muhaimin Noordin Ayus, Dekan Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Aceh, Profesor Dr Alyasa Abu Bakar.
Seminar Penghayatan Hududullah dianjurkan oleh PAS Terengganu bersama dengan beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam bertujuan mengekalkan ingatan dan kesedaran rakyat tentang peranan dan sumbangan kerajaan PAS 1999 – 2004, dalam pelaksanaan syariat Islam di Terengganu serta memberi kefahaman kepada masyarakat tentang syariat Islam.
Seramai 600 orang peserta hadir dalam seminar sehari itu yang akan di akhiri dengan ucapan penggulungan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Hadir sama dalam seminar itu adalah, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan seluruh kepimpinan PAS Terengganu.

0 comments:

ISU FITNAH KE ATAS USTAZ AZHAR IDRUS



Seluruh pecinta ilmu dan ulamak merasa teramat berdukacita dengan insiden penyebaran video fitnah yang dikaitkan dengan daie kesayangan ummah dan dambaan jutaan pemuda, al-fadhil Ustaz Azhar Idrus (UAI). Rasa dukacita yang dimanifestasikan dengan pelbagai ekspresi oleh bermacam-macam pihak itu tanda bahawa Allah tidak mengizinkan makhluk yang dimuliakanNya itu dihina tanpa kehendakNya. Bahkan, suatu kehinaan pula ke atas pelaku fitnah itu.

Imej dan reputasi UAI yang sengaja dicalarkan dengan apa juga sebab musabab ini sangat merungsingkan kita semua. Sebelum ini, hanya para artis sahaja dikaitkan dengan skandal seumpama itu. Disusuli pula ahli politik menjadi sasaran, bertujuan menjatuhkan seteru politik sendiri. Suburnya perangai jahat ini, kini para ulamak dan agamawan pula cuba dibogelkan di hadapan khalayak ramai. Musibah sungguh umat kita dihinggap penyakit rosak ini yang merosakkan ramai orang dan ketamadunan ketimuran manusia kita di negara ini.


Jika dibiarkan, kelak tidak perlu lagi sesiapa pun membogelkan orang lain, mereka sendiri akan rela hati membogelkan diri mereka. Justeru, insiden ke atas UAI ini harus dipandang dan diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa. Siasatan perlu dilakukan dan tindakan perlu dikenakan. Kemaafan UAI suatu kepujian. Cegah mungkar suatu kewajipan.


Saya juga mendoakan agar daie sejuta ummah Ustaz Azhar Idrus sekeluarga akan tabah dalam menghadapi ujian ini dan terus istiqamah dalam menyebarkan ilmu dan membimbing ummah serta kerja kerja dakwah yang dilakukan selama ini.


MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Pemuda PAS Malaysia.

0 comments:

Jangan Guna Media Sosial Untuk Meruntuhkan Jamaah.



Oleh USTAZ IDRIS AHMAD
22/10/13

Zaman langit terbuka, siapa pun tidak boleh menghalang maklumat sampai kepada kita, kecuali Allah SWT. PAS sebagai sebuah gerakan Islam tidak dapat lari daripada perkara tersebut. Kedudukan PAS diperhatikan semua pihak. PAS tidak boleh lari daripada orang ramai. Segala gerak-geri diperhati.


Media sosial adalah salah satu medium yang boleh digunakan untuk menaikkan imej PAS di alam maya supaya orang ramai mengetahui perjuangannya. Oleh itu media sosial harus berperanan membawa kebajikan dan memperjuangkan yang lebih baik, bukan sebaliknya.


Ia mesti menjadi alat menyebarkan fikrah perjuangan, bukan alat menyebarkan fitnah sesama ahli dan pimpinan.


Media baru seperti Facebook, Twitter, whatapp dan blog yang semakin menjadi pilihan bagi mendapat maklumat dan berjaya membentuk persepsi dalam masyarakat dan jemaah.


Ahli PAS mesti bijak menilai sebarang maklumat yang disebarkan menerusi media sosial dengan dipastikan faktanya tidak tersasar.


Jangan kita mengguna media sosial sebagai medan untuk fitnah sesama ahli. Ingat, jika fitnah diulang berkali-kali akhirnya menjadi kepercayaan dalam jemaah. Paling kasihan ialah mangsanya yang tidak bersalah.


Ahli PAS apabila menerima maklumat dan laporan daripada media sosial, hendaklah teliti dan selidik bagi mengelak terpengaruh dengan fitnah.


Allah mengajar kita dalam Surah Al-Hujurat ayat 6, bermaksud: 

"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu berita yang dibawa oleh orang fasik maka hendaklah kamu selidik kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."


Ingat fitnah dan perkhabaran yang tidak betul tidak boleh menjadi budaya walaupun dengan musuh. Apatah lagi sesama ahli jemaah.


Mereka yang bersikap demikian tidak layak bersama dengan PAS. Apabila kita bertanya kenapa mereka memburukkan PAS melalui media sosial, jawapan mudahnya, pimpinan PAS tidak ambil perhatian teguran mereka.


Jawapan saya mudah, apa tujuan kita masuk PAS? Kita tidak boleh kecewa teguran yang tidak diambil peduli pimpinan. Pemimpin seperti ini tidak kekal lama dalam PAS jika dia bersikap demikian. Orang yang seperti itu nafas tidak panjang dalam perjuangan.


Mereka ini akan keluar sendiri atau dikeluarkan. Kita perlu sabar atas setiap teguran kita kepada parti dan pimpinan.


Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai orang yang beriman hendaklah kamu sabar dan bersabarlah dan bertakwalah kepada Allah."


Tidak perlulah kita paksa jemaah ikut kehendak kita. Kadang-kadang pimpinan melihat lebih luas daripada apa yang kita nampak. 


Orang seperti ini kita bimbang dipengaruhi nafsu, atau menjadi alat musuh yang bertopengkan ahli PAS. Atau pun jenis hobi mereka ialah mengkritik kerana itu ialah profesion mereka. Orang seperti ini dia tidak ada cawangan. Celik mata terus buka komputer hentam PAS dan pimpinan PAS yang bekerja.


Sepatutnya kita gunakan media sosial untuk mengukuhkan PAS dan berikan maklumat perjuangan untuk orang lain. Kita tidak kisah jika yang buat kerja ini bukan ahli PAS. Kita tidak boleh halang mereka berkelakuan demikian.


Nasihat ini saya tuju juga pada diri saya, supaya tidak menjadikan media sosial sebagai medium untuk memburukkan parti yang saya sayang.


Sekarang zaman baru, kita mesti mencari pendekatan baru selain pendekatan konvensional seperti ceramah, kuliah iaitu teknik bersemuka. Mungkin dengan suasana kehidupan masyarakat hari ini yang sibuk dengan kehidupan dan kesuntukan masa untuk hadir program PAS, maka penggunaan media sosial menjadi jalan untuk menembusi tembok pemisah antara orang PAS dengan orang yang berminat dengan PAS. Terutama di kalangan golongan terpelajar dan elit pertengahan. Mereka merupakan penggunaan tegar media sosial.


PAS mesti mengambil peluang dengan ramainya rakyat Malaysia, iaitu 13,085,000 pengguna Facebook mengikut statistik Februari 2013. Jumlah itu lebih separuh daripada jumlah penduduk seramai 28,859,154 juta orang sehingga ke tarikh 18 Januari 2013 mengikut data World Bank.


Jumlah pengguna Facebook di Malaysia sudah mendekati 50 penduduk penduduk. Golongan belia berumur 18-24 tahun dan 25-34 tahun merupakan dua kategori umur paling ramai menggunakan Facebook di Malaysia. Dari segi ukuran jantina golongan lelaki merupakan pengguna Facebook paling ramai, iaitu 54%, manakala selebihnya (46%) adalah perempuan.


Ahli PAS perlu sedar perkembangan teknologi maklumat terlalu pantas. Jika kita tidak mengambil peluang, PAS akan ketinggalan medium ini. Sebagai pimpinan pula perlu aktif dan agresif menjawab tohmohan di dalam media sosial jika ia merupakan fakta yang tidak betul.

0 comments: