Timbalan Ketua DPP Negeri Kedah, Ustaz Izzat Kembali Ke Rahmatullah

Al Marhum Ustaz Ahmad Izzat kembali ke sisi PenciptaNya diusia muda, tahun 1997 ana mula menjadi guru di Madrasah At Taklimiah Tok Keling dia baru tingkatan 5. Al Marhum pelajar cerdik dan petah berpidato. Setahun selepas itu Al Marhum lanjutkan pelajaran ke Mesir. Jika balik bercuti Madrasah Taklimiah tempat khidmatnya. 


Begitu juga selepas tamat pengajian di Mesir sehingga dipilih sebagai ADUN Bukit Lada tahun 2008. Al Marhum adalah kebanggaan madrasah sebab dia anak sulung Madrasah yang diasaskan pada tahun 1992. 


Al Marhum kembali ke sisi PenciptaNya ketika menjawat pelbagai jawatan dalam jamaah antaranya: 

1. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS  Negeri Kedah 
2.Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah
3. Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Kedah
4. Ketua Dewan Pemuda PAS Pokok Sena
5. Pengerusi  Lembaga Tadbir Smidu 
6. Pengerusi Lembaga Tadbir Sridu
7. Penolong Setiausaha, Lembaga Tadbir Madrasah At Taklimiah
8. Guru di Makarimul Akhlak.
9. Guru Umumi di seluruh negara.


Amanah yg begini banyak dipikul menggambarkan tingginya komitmen beliau kepada jamaah dan tinggi juga keyakinan jamaah kepadanya. Amanah sebagai pendidik di sekolah dan dalam masyarakat bukti tingginya ilmu dan keupayaannya. Jam 11.10 malam ini PAS Kedah kehilangan anak muda yg sukar dicari ganti. Pemuda Kedah dan Pokok Sena kehilangan pemimpin. Ummah juga kehilangan guru umumi yg disegani. Anak murid di sekolah kehilangan pembimbing. Apatah lagi ahli keluarga dan 5 anak yg menjadi yatim. 


Namun jasa Almarhum akan terus dikenang di sisi manusia. Kebaikannya akan diganjarkan balasan terbaik di sisi Allah. Selamat jalan wahai sahabatku, taman-taman syurga menanti mu.


YB Ust Ahmad Yahya

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kedah


0 comments: