KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Kelantan Dato’ Ustaz Ahmad Yakob kesal kerana ada dikalangan orang Islam sendiri yang menolak undang-undang syariat.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Penghayatan HududuLlah yang diadakan disebuah hotel di sini pagi ini.
Beliau turut melahirkan kekesalan kerana media barat dan media ‘sekular’ tempatan memberikan gambaran buruk tentang undang-undang hudud dan qisas.
Ustaz Ahmad Yakob yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat bagaimana pun yakin, undang-undang akan dapat dilaksanakan, walaupun kini terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.
Katanya, negara Brunei Darussalam dan wilayah Acheh di Indonesia telah pun mula melaksakan undang-undang Allah itu.
“walau pun terdapat pelbagai halangan kita percaya satu hari nanti ia akan dapat dilaksanakan,
“negara Brunei Darussalam telah pun mengisytiharkan (perlaksanaan undang-undang Islam),”jelasnya, yang dimaklumkan tidak dapat hadir kerana mengiringi Sultan Kelantan menghadiri satu majlis.
Turut menjadi panel yang akan membentangkan kertas dalam Seminar tersebut adalah Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Sultan Sharif Brunei, Profesor Dr Abdul Muhaimin Noordin Ayus, Dekan Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Aceh, Profesor Dr Alyasa Abu Bakar.
Seminar Penghayatan Hududullah dianjurkan oleh PAS Terengganu bersama dengan beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam bertujuan mengekalkan ingatan dan kesedaran rakyat tentang peranan dan sumbangan kerajaan PAS 1999 – 2004, dalam pelaksanaan syariat Islam di Terengganu serta memberi kefahaman kepada masyarakat tentang syariat Islam.
Seramai 600 orang peserta hadir dalam seminar sehari itu yang akan di akhiri dengan ucapan penggulungan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Hadir sama dalam seminar itu adalah, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan seluruh kepimpinan PAS Terengganu.
0 comments: