KUALA
LUMPUR: Bajet 2015 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak pada 10 Oktober lalu dilihat terdapat kepincangan dalam soal
pengurusan terutamanya dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
serta kegagalan kerajaan mencari sumber baru untuk menampung pendapatan negara.
Bagi
mencungkil segala kepincangan yang terdapat di dalam bajet tersebut,
Harakahdaily dengan kerjasama MyHarakah Bazaar bagi siri kedua sekali lagi
menganjurkan program Bicara Harakah dengan tajuk 'Bajet 2015: Di mana
Pincangnya'
Program
tersebut akan diadakan pada 23 Oktober (Khamis) mulai jam 2.30 petang hingga
3.30 petang bertempat di MyHarakah Bazaar (Hadapan Hospital Tawakal, Jalan
Pahang).
Panel yang
akan dijemput bagi mengupas kepincangan Bajet 2015 itu nanti adalah Naib
Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang
juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.
MyHarakah
Bazaar turut menyediakan cenderahati termasuk 30 peratus potongan harga
pembelian buku-buku kepada mereka yang hadir pada program tersebut.
0 comments: