4 PERKARA SEBELUM DAN SESUDAH BANGUN TIDUR







PENDAHULUAN 

Catatan ringkas ini ialah menukilkan hadis-hadis sahih dari Rasulullah SAW mengenai amalan beliau sebelum tidur dan apakah yang dilakukan oleh beliau sewaktu bangun dari tidurnya. Tidur dan bangun sebenarnya adalah perkara yang sangat penting, kerana ia adalah pemula kepada kehidupan seharian di samping kita berusaha untuk mengamalkan sunnah Nabi SAW. Semoga Allah melindungi kita dari ilmu yang tidak bermanfaat dan menambahkan ilmu yang bermanfaat kepada kita semua. 



SAHIH BUKHARI

1. Dari Abu Salim r.a : Nabi saw bersabda, “Kalau kamu tidur, jangan dibiarkan api menyala dalam rumahmu.” [1730] Dalam riwayat lain disebutkan juga agar mengunci pintu, tutup tempat simpanan air dan menyimpan makanan dan minuman (tidak terdedah). Terdapat juga anjuran agar mengibas-ngibaskan tempat tidur tiga kali sambil menyebut nama Allah.


2. Dari Huzaifah r.a, katanya : Nabi saw ketika membaringkan diri di tempat tidur di malam hari, beliau letakkan tangannya di bawah pipinya (mengereng ke kanan) kemudian beliau berdoa, “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa” (Ya Allah, dengan nama-Mu aku mati dan hidup). Setelah bangun beliau berdoa, (Terjemahan : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah dimatikan-Nya dan kepada-Nya kami akan bangkit kembali.” [1734] 


3. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kalau seorang wanita (isteri) tidur dengan menjauhkan diri dari suaminya, maka malaikat melaknati wanita itu sampai ia kembali kepada suaminya.” [1606] 


4. Sesiapa yang membacanya (Ayat Al-Qursi atau Surah Al-Baqarah : 255) ketika hendak tidur, dia akan dipelihara Allah dan syaitan tidak akan menghampirinya sehingga waktu pagi. [Al-Bukhari dalam Fathul Bari] 



SAHIH MUSLIM

1. Dari Al Bara’ bin Azib r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila engkau hendak tidur, maka berwudhuklah terlebih dahulu seperti wudhukmu untuk solat. Kemudian berbaringlah atas rusukmu yang kanan, kemudian berdoa : (Terjemahan : Ya Allah, Aku tundukkan wajahku di hadapan-Mu. Ku serahkan segala urusanku kepada-Mu. Ku serahkan diriku kepada-Mu dengan penuh harap (akan pahala-Mu) dan takut akan siksa-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat melepaskan diri melainkan kepada-Mu jua. Aku iman dengan kitab-Mu yang Engkau turunkan dan dengan Nabi-Mu yang diutus). Dan jangan berkata-kata lagi sesudah itu. Jika engkau mati malam itu, maka engkau mati dalam keadaan fitrah (suci). [2332] Terdapat banyak lagi doa-doa yang dianjurkan tetapi satu sudah memadai dan ini lafaz yang terdapat berwudhuk terlebih dahulu sebelum tidur. 


SAHIH ABU DAUD

1. Dari Naufal r.a : Nabi saw berkata kepadanya, “Bacalah (Surah Al-Kafiruun) kemudian tidurlah ketika sampai pada akhirnya (baca sehingga habis). Sesungguhnya itu ada pembebas dari perbuatan syirik.” [5055] 


2. Dari Aisyah r.a katanya : Nabi saw apabila hendak beranjak ke tempat tidurnya setiap malam, beliau menyatukan kedua tapak tangannya lalu meniupkan keduanya dan membacakan keduanya Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Kemudian beliau mengusap dengan keduanya bahagian mana sahaja semampunya. Beliau memulainya dari atas kepala dan wajahnya dan bahagian belakang dari badannya. Beliau melakukan perkara itu tiga kali.” [5056] 


3. Dari Ubadah bin Somit r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa terbangun di sebahagian malam dan ia mengucapkan ketika ia terbangun; Laa ilaha illallaah (Tiada tuhan selain Allah), Wahdahu laa syariikalah (Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya), Lahulmuluku wa lahulhamdu wa huwa ‘alaa kulli syai-ingg qadiir (Miliknya semua kerajaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu), Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaha illallaah, wallahuakbar, Walaa ‘haula walaa quwwata illa billah (Tiada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan Allah). Kemudian ia berdoa, ‘Rabbighfirlii’ (Ya Rabb, ampunilah aku). Al-Walid berkata, ‘Atau ia berkata, “Ia berdoa maka akan dikabulkan doanya. Apabila ia bangun dari tidurnya kemudian berwudhuk untuk solat, maka solatnya diterima.” [5060] 4. Dari Ali r.a : ....(Diringkaskan dimana Nabi saw berbicara kepada Aisyah r.a) “Mahukah kalian aku khabarkan sesuatu yang lebih baik dari yang kalian minta apabila kalian hendak beranjak tidur? Bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali dan ucapkanlah Tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan ucapkanlah takbir (Allahuakbar) 34 kali, itu semua lebih baik dari seorang pembantu.” [5062] 



SAHIH IBNU MAJAH

1. Dari Aisyah r.a : Nabi saw jika hendak pergi ke tempat tidurnya, maka beliau akan meniupkan pada kedua telapak tangannya dan membaca surah al-Mu’awwidzatain (Surah Al-Falaq dan An-Nas), kemudian beliau usapkan badannya dengan kedua tangannya tersebut. [3138] 


2. Dari Muadz bin Jabal r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah seorang hamba tidur di malam hari dalam keadaan suci, kemudian terbangun di tengah malam lalu ia memohon sesuatu kepada Allah dari perkara dunia mahupun perkara akhirat, nescaya akan diberikan kepadanya (dikabulkan permintaannya) itu.” [3145] 



SAHIH AN-NASA'IE 

1. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian bangun dari tidurnya lalu berwudhuk, maka hendaklah ia menghirup air ke dalam hidung lalu mengeluarkannya kembali sebanyak tiga kali kerana syaitan tinggal (bermalam) di dalam batang hidungnya.” [0090] 


2. Dari Abdullah bin Abu Qais r.a, dia berkata : Aku bertanya kepada Aisyah, ‘Bagaimana Rasulullah saw tidur (adakah) dalam keadaan junub? Apakah beliau mandi sebelum tidur? Atau tidur sebelum mandi? Aisyah menjawab, ‘Semua dilakukan oleh Rasulullah saw. Kadangkala beliau mandi dulu sebelum tidur dan kadangkala (hanya) berwudhuk lalu tidur.” [0402] Tambahan : Jika Rasulullah saw dalam keadaan junub, jika beliau tidak mandi wajib beliau akan berwudhuk terlebih dahulu kemudian baru tidur. 


3. Dari Abdullah bin Zaid bin Ashim, dia pernah melihat Rasulullah saw (tidur) terlentang di masjid dengan meletakkan salah satu kakinya di atas kaki yang lain. [0720] Tambahan : Tiada masalah untuk tidur di dalam masjid, tetapi sangat menghairankan terdapat papantanda di beberapa masjid yang tertulis ‘Dilarang Tidur Dalam Masjid’. Mungkin ada sebab-sebab tertentu larangan itu tetapi ubahlah perkataannya agar tidak menyalahi sunnah Rasulullah saw. Contoh, ‘Hormatilah Masjid’ atau “Allah Melihat Apa Yang Kamu Kerjakan’ atau lain-lain yang tidak menyalahi sunnah. 


4. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’. (a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan. (b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan (c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu). Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606] 


Dalam riwayat lain terdapat juga agar membangunkan juga isterinya, anak-anaknya, menantunya atau ahli keluarganya yang lain untuk solat malam. Penutup Ini hanya sedikit sahaja doa-doa dan amalan dari Rasulullah saw dan banyak lagi yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang lain. Sekiranya kita tidak mampu buat semua perkara di atas, janganlah pula kita meninggalkan semuanya. Berusahalah buat sekadar yang termampu. Mengenai fadhilatnya, ada yang Rasulullah saw menjelaskannya dan ada pula tiada penjelasan mengenainya. Namun apa yang patut kita sedari adalah, fadhilat terbesarnya adalah pahala mengikut Rasulullah saw dan menjadi umat Nabi Muhammad saw yang mencintainya dan melaksanakan sunnahnya. 


Cukup firman Allah Subhana wa Ta’ala sebagai pedoman dalam Surah Al-Anfaal [8], ayat 24 yang bermaksud,
"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan."


Surah An-Nisaa' [4] : 69 "Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu : Nabi-nabi, para siddiiqiin (orang-orang yang jujur atau amanah), orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. 


Perlu diingat, dalam beberapa riwayat terdapat hadis mengatakan, jika kita hendak tidur dan cuba untuk mengamalkan sunnah Rasulullah saw di atas, syaitan akan datang dan melekakan kita sehingga kita tertidur tanpa melaksanakan sunnah tersebut. Wallahu’alam.


0 comments:

Berjuang Menobatkan Pemerintahan Islam

Photo: ‎Nasihat Agama & Wasiat Iman
Ahad 7 Safar 1436 H /  30 Nov 2014

Berjuang Menobatkan Pemerintahan Islam

1. Perjuangan Islam ialah untuk menggantikan sistem pemerintahan Jahiliyah dengan sistem pemerintahan Islam.

2. Rib'i ibnu Aamir dalam misi pembukaan kuasa dan perluasan dakwah Islam berkata di hadapan Rustom pemimpin besar Rom menegaskan 3 misi:
 
"Allah mengutuskan kami untuk kami keluarkan sesiapa yang Allah kehendaki daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada Tuhan Rabb Pencipta, Pemilik dan Pengurus manusia, daripada kezaliman pelbagai anutan kepercayaan kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan Akhirat".

3. Keadilan akan dikecapi oleh umat manusia apabila sistem politik pentadbiran, ekonomi dan sosial Islam mendasari sesebuah pemerintahan. Sistem Islam ini pula diterajui oleh jiwa-jiwa yang mempunyai aqidah dosa dan pahala di samping mempunyai keperibadian baik dengan akhlak mulia Islam berhadapan dengan manusia.

4. Kepincangan pemerintahan, kebocoran pengurusan kewangan dan pembaziran, kronisma, nepotisma, rasuah, penguasaan ekonomi oleh segolongan elit, pengurusan ekonomi yang gagal, kerosakan alam sekitar, kepincangan akhlak, peningkatan jenayah harta dan kemanusiaan dan kerosakan pemikiran adalah simpton dan penyakit-penyakit yang bakal dibenih dan dilahirkan sama ada cepat atau lambat oleh sistem pemerintahan Jahiliyah tidak berasaskan Islam.

5. Allah berfirman

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ

Maksudnya: "Sememangnya Kami bangkitkankepada setiap ummat itu seorang Rasul (untuk menyeru) hendaklah kamu semua mengabdikan diri kepada Allah dan jauhilah Taghut. Maka ada kalangan diber hidayah oleh Allah dan ada pula yang tetap atas dirinya kesesatan". 
Surah al-Nahl ayat 36

Taghut sebagaimana yang ditafsirkan oleh para Sarjana Tafsir ialah sebarang sembahan dan  orang yang diberikan ketaatan pengabdian diri kepadanya selain daripada Allah dan juga pihak yang menyeru ke arah kesesatan dan yang berlawanan dengan Islam.

6. Tugas kita ialah menyeru manusia meninggalkan Taghut yang bercanggah dengan Islam.

7. Moga kita terus istiqamah memperjuangkan sebuah pemerintahan Islam yang pasti adil dan berkebajikan untuk semua.

Nukilan al-Faqiiru ilaLlah;

Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
www.drtakiri.blogspot.com‎

Nasihat Agama & Wasiat Iman
Ahad 7 Safar 1436 H / 30 Nov 2014

Berjuang Menobatkan Pemerintahan Islam


1. Perjuangan Islam ialah untuk menggantikan sistem pemerintahan Jahiliyah dengan sistem pemerintahan Islam.


2. Rib'i ibnu Aamir dalam misi pembukaan kuasa dan perluasan dakwah Islam berkata di hadapan Rustom pemimpin besar Rom menegaskan 3 misi:

"Allah mengutuskan kami untuk kami keluarkan sesiapa yang Allah kehendaki daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada Tuhan Rabb Pencipta, Pemilik dan Pengurus manusia, daripada kezaliman pelbagai anutan kepercayaan kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan Akhirat".


3. Keadilan akan dikecapi oleh umat manusia apabila sistem politik pentadbiran, ekonomi dan sosial Islam mendasari sesebuah pemerintahan. Sistem Islam ini pula diterajui oleh jiwa-jiwa yang mempunyai aqidah dosa dan pahala di samping mempunyai keperibadian baik dengan akhlak mulia Islam berhadapan dengan manusia.


4. Kepincangan pemerintahan, kebocoran pengurusan kewangan dan pembaziran, kronisma, nepotisma, rasuah, penguasaan ekonomi oleh segolongan elit, pengurusan ekonomi yang gagal, kerosakan alam sekitar, kepincangan akhlak, peningkatan jenayah harta dan kemanusiaan dan kerosakan pemikiran adalah simpton dan penyakit-penyakit yang bakal dibenih dan dilahirkan sama ada cepat atau lambat oleh sistem pemerintahan Jahiliyah tidak berasaskan Islam.


5. Allah berfirman

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ

Maksudnya: "Sememangnya Kami bangkitkankepada setiap ummat itu seorang Rasul (untuk menyeru) hendaklah kamu semua mengabdikan diri kepada Allah dan jauhilah Taghut. Maka ada kalangan diber hidayah oleh Allah dan ada pula yang tetap atas dirinya kesesatan". 
Surah al-Nahl ayat 36

Taghut sebagaimana yang ditafsirkan oleh para Sarjana Tafsir ialah sebarang sembahan dan orang yang diberikan ketaatan pengabdian diri kepadanya selain daripada Allah dan juga pihak yang menyeru ke arah kesesatan dan yang berlawanan dengan Islam.


6. Tugas kita ialah menyeru manusia meninggalkan Taghut yang bercanggah dengan Islam.


7. Moga kita terus istiqamah memperjuangkan sebuah pemerintahan Islam yang pasti adil dan berkebajikan untuk semua.



Nukilan al-Faqiiru ilaLlah;

Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

0 comments:

Mampukah Umno Pertahan Kampung Warisan?


KHAIRIL ABDUL RAHIM | .



BANDAR JENGKA: Akhirnya nasib, keluhan dan suara hati penduduk Matau di sini diserahkan melalui memorandum kepada pemimpin Umno pada perhimpunan agung parti itu pada Jumaat lalu melalui Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). 



Memorandum berkenaan antara lain meminta pemimpin-pemimpin parti pemerintah turut mempertahankan tanah warisan yang telah diteroka sejak berpuluh-puluh tahun lalu, daripada terlepas kepada kaum kapitalis terutama bukan Melayu.



Memorandum tersebut dirasakan tepat pada masanya di saat terdapat beberapa kerat perwakilan Umno yang begitu lantang mahukan kerajaan dan Umno sendiri mempertahankan tanah milik Melayu daripada terlepas ke tangan bangsa lain.




Seperti perjuangan mempertahankan Kampung Banggol Donas di Terengganu dan Kampung Chubadak di Kuala Lumpur, Matau yang kini dalam proses dimangsakan atas nama pembangunan juga turut menuntut perhatian pemimpin Umno.




Mengikut catatan sejarah, Matau ialah penempatan awal di kawasan Felda terbesar itu dan mula diduduki pada tahun 1969 oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat pembalakan dari Kanada yang beroperasi di situ. Selain daripada itu ada juga penghijrah-penghijrah berbangsa Melayu dari luar Pahang yang membuka tanah di situ.




Ketika Bandar Pusat Jengka dibangunkan sekitar 1980-an di kawasan Jengka Tiga Segi merangkumi tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut, penduduk Matau sudah pun bermastautin dan mengusahakan pelbagai aktiviti perniagaan.




Bermula pada tahun 1986 penempatan di Matau telah diiktiraf oleh Majlis Daerah Maran (MDM) dan penduduk telah dikenakan bayaran TOL (cukai pendudukan tanah sementara). Bagaimana pun pada tahun 2000 ketika penduduk ingin menjelaskan bayaran tol seperti biasa, tiba-tiba tidak diterima oleh MDM tanpa sebarang penjelasan. Pada tahun 2003 pula MDM mengisytiharkan kawasan Matau sebagai milik MDM.




Permasalahan penduduk Matau yang tidak mendapat geran tanah dan ketiadaan bekalan air paip telah lama diperjuangkan mereka dan mendapat perhatian pemimpin politik terutama dari Umno sehingga sering kali berjanji untuk menyelesaikan permasalahan penduduk setiap kali pilihan raya.




Terdapat hampir 600 penduduk Matau dengan seratus peratus Melayu daripada 101 buah rumah termasuk 33 premis kedai di kawasan seluas 27 ekar itu.




Akhirnya MDM telah mengeluarkan notis arahan kepada penduduk supaya mengosongkan premis dan tapak di kawasan tersebut. Alasannya MDM telah menandatangani satu perjanjian dengan pemaju Mentiga Corporation Bhd.




Bagi penduduk, mereka tidak boleh menerima apapun alasan untuk pembangunan berkenaan kerana di pekan Sungai Jerik, iaitu juga dalam daerah Maran, diizinkan pula peneroka awal bukan Melayu meneruskan perniagaan mereka. Begitu juga dengan Gambang dan Sri Jaya.




Perkembangan terkini menyaksikan sudah banyak premis dirobohkan dan tanah diratakan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan tersebut.




Difahamkan pemaju akan membina lot kedai bangunan tiga tingkat dengan harga menjangkau setengah juta ringgit setiap unit.




Penduduk telahpun membawa kes berkenaan di mahkamah namun rayuan mereka untuk terus kekal menetap di situ telah ditolak.




“Kita mungkin tidak dapat lagi untuk mengembalikan tanah Matau kepada penduduknya, akan tetapi kita mahukan keadilan kepada mangsa-mangsa terutamanya peniaga,” kata salah seorang pejuang tanah Matau Mohd Syafie Mohd Isa.




“Apa yang dapat kita perjuangkan sekarang ialah menuntut kerajaan negeri memberikan pampasan setimpal yang sesuai dengan mereka.




“Umpamanya mereka perlu diberi tapak gantian yang sesuai sesuai kepada pengusaha-pengusaha kilang keropok, kilang sos, bengkel motosikal, tapak pasar mini, kedai runcit, kedai tayar, hardware dan lain-lain agar mereka dapat meneruskan perniagaan mereka seperti sedia kala.




“Mereka tidak minta jutaan ringgit sebagai tekanan atau pampasan tetapi yang mereka minta ialah tempat berteduh dan premis atau tapak yang sesuai untuk mereka meneruskan perniagaan,” katanya.




Menurut Syafie, pada masa ini perniagaan penduduk Matau terpaksa ditutup sedangkan mereka dapat menyaksikan tanah milik mereka sedang diagihkan kepada bangsa lain di atas nama pembangunan.




“Dengan itu kita minta siapa saja terutama wakil rakyat agar berbuat sesuatu demi sedikit keadilan untuk penduduk yang teraniaya ini,” keluhnya.




Tambahnya, sudah tiga generasi penduduk bermukim di situ dan setiap kali menjelang kali pilihan raya mereka dijanjikan dengan penyelesaian yang menang-menang. Namun pada hakikatnya, janji tidak pernah ditepati. - HARAKAHDAILY 30/11/2014

0 comments:

35,000 Rumah Selangorku Sebelum 2018 Realistik - Exco


HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Jumlah 15,000 unit Rumah Mampu Milik atau Rumah Selangorku yang diumumkan oleh Menteri Besar semasa Ucapan Belanjawan adalah sasaran di bawah insentif yang diumumkan dan mesti dibina pada tahun 2015.


"Walau bagaimanapun seperti yang saya telah umumkan pada hari pertama sidang kali ini bahawa terdapat 15,529 unit Rumah Selangor yang sama ada telah dibina, sedang dibina atau telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)," ujar Iskandar Abdul Samad.


Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan negeri itu berkata sebanyak 5,473 unit dibina oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri dan 9,786 unit oleh pemaju swasta.


Selain dari itu, ujarnya kerajaan negeri terus menerima permohonan dari pemaju-pemaju untuk membina Rumah Selangorku.


"Malah jawapan saya pada hari pertama sidang dewan tidak melibatkan projek-projek yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada minggu lepas. Ia merangkumi 4,346 unit Rumah Selangorku," katanya lagi.


Ini, jelas beliau bermakna bilangan keseluruhan Rumah Selangorku yang diluluskan setakat ini adalah 19,865 unit.


Oleh yang demikian, katanya sasaran agar 35,000 unit mula dibina sebelum tahun 2018 adalah sesuatu sasaran yang realistik.


Walau bagaimanapun, tambah beliau perlu ada pemantauan agar projek-projek yang diluluskan oleh MMKN mendapat kebenaran merancang (KM) secepat mungkin.


"Untuk memastikan ini berlaku, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku yang dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar sendiri," katanya.


Beliau menambah, ianya bertindak untuk membincangkan projek-projek Rumah Selangorku sebelum memasuki unit pusat setempat (OSC) di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).


Jelas Iskandar, PBT dan agensi-agensi yang terlibat akan dipanggil supaya apabila projek itu memasuki OSC, ia tidak mempunyai masalah untuk diluluskan.


Kerajaan negeri juga, kata beliau akan menghukum pemaju-pemaju yang mendapat kelulusan MMKN untuk membina Rumah Selangorku tetapi gagal membuat permohonan KM.


Tambahnya, tindakan menyenarai hitam (blacklist) akan dilaksanakan untuk pemaju-pemaju yang gagal. - HARAKAHDAILY 30/11/2014

0 comments:

Mahfuz Cabar Mukhriz Dedah Kontraktor Projek Lanskap


ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir agar memaklumkan kepada orang ramai kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap di kediaman rasminya di Seri Mentaloon.

Menurut Mahfuz, projek pengubahsuaian lanskap di Seri Mentaloon itu menelan belanja sehingga RM2.9 juta.

"Kita minta Mukhriz mendedahkan siapakah yang tender penanaman pokok kurma dan royal itu dan mohon diperjelaskan adakah projek berkenaan dalam pengetahuan UPEN dan adakah ianya melalui JKR?

"Saya minta dia jelasnya kepada umum dalam tempoh seminggu.Selain itu saya minta dia maklumkan juga berapa belanja penanaman sebatang pokok kurma dan royal palm sehingga peruntukan RM2.9 juta dibelanjakan," kata beliau kpeada pemberita dalam sidang media, semalam.

Menurutnya lagi, kebanyakan pokok kurma dan royal palm yang ditanam di Malaysia diimpot dari Thailand dan dalam pengetahuannya, kos sebatang pokok kurma sehingga selesai urusan hanya RM1000 dan royal palm antara RM500 hingga RM600 sahaja.

Justeru beliau meohon supaya Mukhriz bersikap telus memaklumkan hal demikian kerana jumlah peruntukan yang besar itu tidak munasabah sama sekali serta tidak berpadanan dengan jumlah pokok yang ditanam di kediamaan rasminya itu.

"Saya dimaklumkan dalam tempoh empat tahun kurma itu dijangka mengeluarkan buah dan kononnya dapat menampung keperluan orang ramai menjelang bulan Ramadan. Tapi belum tentu ianya berbuah dan mengeluarkan hasil sedangkan jumlah yang dikeluarkan terlalu tinggi serta tidak senilai dengan keperluan yang dikatakan.

"Rakyat Kedah bukan mengharapkan kurma dari Seri Mentaloon, setiap tahun mereka boleh beli di Pekan Rabu tapi rakyat memerlukan kebajikan yang lain dan jangan sewenang-wenangnya menggunakan duit rakyat pada perkara yang tidak terlalu diperlukan oleh rakyat," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau merasa amat kesal akan sikap Mukhriz yang cuba berselindung perkara sedemikian dan sebaliknya mencanang projek pengubahsuaian Seri mentaloon diberikan kepada 'abang Ahli Parlimen Pokok Sena' seperti yang didedahkan semasa penggulungan perbahasan bajet Kedah 2015 minggu lalu.

"Perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan saya kerana projek berkenaan diberi kepada abangnya melalui tender yang dikeluarkan oleh JKR.

"Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat sokongan agar abang saya memperolehi tender berkenaan, tetapi yang dipertikaikan ialah apakah keperluan rumah itu di ubahsuai sedangkan perkara yang sama telah dibuat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dulu.

"Tahun 2011, rumah tu sudah di baikpulih untuk dijadikan istana tetamu menyambut Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Brunei. Apakah tak cukup lagikah segala kelengkapan yang diubahsuai?" soal Mahfuz.

Mukhriz juga dibidas kerana berbohong di dalam Sidang Dun tersebut ini dengan mengatakan kedua-dua projek berkenaan diberi kepada abang beliau sedangkan menurut Mahfuz kedua-dua tender berkenaan diberi kepada kontraktor yang berbeza.

"Saya minta dia jawab. Kalau dia tak jawab, saya akan maklumkan. Saya tahu siapa kontraktor tanam pokok kurma dan royal palm tu. Tapi saya nak dia jawab dulu," ujarnya.

Harakahdaily dimaklumkan bahawa kos pengubahsuaian di Seri Mentaloon membabitkan kos RM4.3 juta iaitu rumah kediaman sebanyak RM1.4 juta dan bahagian lanskap sebanyak RM2.9 juta.

Dalam sidang media yang sama, Mahfuz yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat, mengharapkan Kerajaan Kedah mengikuti langkah Selangor yang memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk Adun Pembangkang walaupun disifatkan sebagai satu penghinaan kepada mereka.

"Sebenarnya, Pakatan Rakyat Kedah juga mempunyai perancangan, andainya diberi mandat oleh rakyat sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, akan memberi peruntukan kepada Adun Pembangkang untuk membantu menyelesaikan urusan-urusan berkaitan kebajikan rakyat. Jadi saya harap kerajaan sekarang bolehla meniru macam apa yang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor buat," tambah beliau.

Terdahulu, Mahfuz telah menyempurnakan Program Santuni Denyutan Rakyat (Sedara) di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Lam sun, Telok Wan Jah di sini.

Hadir sama dalam program tersebut Adun Derga, Tan Kok Yew dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

0 comments:

PAS Akan Terus Perkasa Majlis Presiden Pakatan Rakyat

KUALA KANGSAR: PAS akan terus memperkasakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bagi meningkatkan persefahaman dan kebersamaan dalam parti.

Timbalan Presiden PAS‎, Mohamad Sabu berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa di dalam Pakatan Rakyat.



"Perbezaan pendapat itu perkara biasa, semua pihak mempunyai pendapatnya sendiri tetapi itu bukan masalah utama, malah menguatkan kita.

"PAS akan terus memperkasakan majlis presiden bagi menjadikan Pakatan Rakyat terus kuat dan mantap serta diterima masyarakat umum," ucap beliau ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.

Kata beliau lagi, PAS perlu bersedia dengan pelbagai isu yang ditimbulkan Barisan Nasional (BN) terutama perkauman.

"Isu perkauman merupakan senjata utama Umno bagi menakutan orang Melayu dan kaum lain.

"Mereka (BN) akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menyebarkan isu perkauman ini dan kita dari PAS perlu peka agar tidak terperangkap dalam permainan mereka," kata beliau.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menegaskan PAS akan terus menentang kempen perkauman yang ditimbulkan BN dan membawa sebuah politik baru untuk semua lapisan kaum.

Beliau berharap himpunan sambutan 63 tahun PAS itu akan dapat dimanfaat sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

0 comments: