ARAK DALAM PEMBAYARAN TIKET MAS MESTI DIHENTIKAN SEGERA




Kenyataan Media MAPIM

17 November 2014

ARAK DALAM PEMBAYARAN TIKET MAS MESTI DIHENTIKAN SEGERA 


Majis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM) mendesak supaya kerajaan segera merubah polisi yang sedia ada mengenai hidangan arak dalam pesawat MAS. Pendedahan di Dewan Rakyat bahawa harga setiap tiket yang dibeli penumpang adalah termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam peswat MAS termasuk arak sangat tidak wajar dan mesti diubah serta merta.



Pendedahan yang dibentang oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dalam Dewan minggu lalu menjelaskan lagi bahawa polisi syarikat MAS perlu diperbetulkan untuk diselaraskan dengan syariah.


Kami berpendapat sangat pelik ketika MAS sudah berumur lebih 50 tahun , polisi mengenai arak dan pakaian pramugari maseh tidak dapat ditentukan oleh kerajaan yang diterajui oleh pengurusan yang beragama Islam. 


Alasan bahawa khidmat MAS untuk semua penumpang termasuk yang bukan Islam menjadi sebab hidangan arak diizinkan adalah tidak wajar. Syarikat penerbangan antarabangsa yang membawa penumpang bukan Islam juga setakat ini dikenali tidak membenarkan arak dihidang adalah Saudi , Kuwait , Iran , Bahrain , Teluk, Pakistan dan Brunei. Juga terdapat yang lain yang dinyatakan sebagai syarikat penerbangan yang tidak ada arak iaitu Afriqiyah airlines , Air Arabia , Jazeera Airline dan India (untuk penerbangan domestik) .


Kami menegaskan alasan meraikan pelanggan bukan Islam dalam negeri dan antarabangsa tidak seharusnya diterima kerana keselamatan penerbangan adalah keutamaan , bukan hanya mahu melayan kehendak pelanggan yang boleh membahaya penumpang yang lain.


Oleh kerana itu sangat pelik MAS maseh mahu mempertahankan kewajaran menghidang arak dalam knidmatnya sedang ada syarikat penerbangan yang boleh mengendalikan syarikat tersebut tanpa arak dan tidak mengalami masalah.


Memaksa orang Islam membeli tiket yang didalamnya termasuk kos hidangan arak adalah suatu penipuan yang sangat berat implikasinya kepada orang Islam. Sudah tentu sekarang penumpang Islam akan merasa sangat tidak selesa bila mengetahui mereka mensubsidi arak untuk penumpang lain. Harus diingat ada ramai orang bukan Islam yang tidak suka arak tetapi terpaksa juga membayarnya dalam tiket penerbangan MAS.


Kami berpendapat pihak kerajaan sendiri perlu membuat keputusan untuk mengumumkan perberhentian polisi membenarkan hidang arak didalam pesawat MAS. Oleh kerana Menteri hanya sebagai pengawas kepada pengurusan MAS , jamaah Menteri Kabinet perlu mengeluarkan keputusan supaya polisi yang berkaitan diubah.


Penumpang tidak sepatutnya menanggung beban memberi saham kepada syarikat arak bila tiket yang dibeli dari MAS memasukkan harga arak sekaligus.


Kami mengesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berkaitan dengan isu ini supaya pelanggan Islam tidak terus bersubahat dalam hidangan arak dalam sistem penerbangan MAS bila membeli tiket dari syarikat tersebut.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

0 comments: