Ketua Ulamak PAS Perak Meninggal Dunia


MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .



IPOH: Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Kamaruddin Awang Basir meninggal dunia kira-kira jam 9.00 pagi tadi di Hospital Taiping, Perak.



Allahyarham yang berumur 66 tahun meninggal dunia akibat serangan angin ahmar dan jangkitan kuman sejak minggu lalu.




Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Batu 14, Batu Kurau selepas solat Asar nanti sebelum dikebumikan.




Menurutnya anaknya, Ustaz Akmal Kamaruddin ketika dihubungi berkata, bapanya itu dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu.




"Kondisinya semakin lemah selepas beberapa hari dengan mengharapkan bantuan pernafasan," katanya.




Kamaruddin Awang Basir sebelum ini pernah dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Perak sekitar tahun 90'an dan selepas itu beliau terus istiqamah memegang jawatan di dalam PAS dan yang terakhir iaitu Ketua Dewan Ulamak PAS Perak. - HARAKAHDAILY 21/11/2014

0 comments: