
Tajuk :
Pemuda PAS Ialah Pemuda Ansorullah
(14 November 2014)
Oleh
Ust Syarhan Humaizi
Ketua Pemuda PAS Selangor
* Perjuangan PAS Mengikut Perjuangan Para Nabi S.A.W.
* Allah Turunkan Ansorullah, Ketika Zaman Umat Bani Israil. Golongan Yang Degil.
* Kumpulan Anak Muda Ansorullah Pada Zaman Nabi Isa, Mengikut Riwayat Ada 8, 10, & 12.
Tidak Ramai, Tetapi Kualiti Mereka Sangat Hebat.
* Pemuda Ini, Diseksa Dengan Dahsyat, Tetapi, Terus Bersama Islam.
* Mati Dalam Taat Pada Allah, Lebih Baik Dari Hidup, Maksiat Pada Allah.
* Sheikh Abdullah Nasih Ulwan:
1. Nabi S.A.W Titik Beratkan Persoalan Membina Orang Muda. Yang Membantu Nabi, Tergolong Daripada Orang Muda. Anak Muda Berperanan Menyebarkan Islam.
2. Sesungguhnya Pada Setiap Zaman, Yang Mempelopori Kebangkitan Islam Ialah Anak Muda.
* Akhlak Pemuda PAS, Mesti Beza Dengan Akhlak Pemuda Umno. Mesti Akhlak Mahmudah.
"Sesungguhnya Allah Kagum Dengan Anak Muda Yang Tidak Rosak Akhlaknya"
(Hadis)
* Pemuda Mesti Jadi Pemuda Yang Taat Pada Allah.
"7 Golongan Yang Akan Dapat Lindungan Daripada Allah Di Akhirat : Salah Satunya Ialah, Anak Muda Yang Taat Pada Allah"
(Hadis)
* Mus'ab Bin Umair:
- Masuk Islam Zaman Makah. Seorang Anak Muda Yang Punyai Keluarga Kaya. Meninggalkan Kemewahan Untuk Bersama Islam. Bila Bersama Islam, Beliau Duduk Susah. Nabi Bersabda, Tidak Aku Lihat Anak Muda Yg Tinggalkan Kekayaan, Kemudian Hidup Susah, Melainkan Mus'ab, Kerana Cinta Akan Allah. Beliau Syahid.
- Tiada Sebab Untuk Anak Muda Sekarang, Tidak Berjuang Untuk Islam. Org Kaya Yg Muda, Sanggup Bersama Islam, Tinggal Kekayaan.
* Ikrimah Abu Jahal
- Sebelum Islam, Menolong Bapanya Merancang Membunuh Nabi. Dendam Bila Bapanya Mati Di Perang Badar. Merancang Utama Membunuh Nabi Di Perang Uhud. Tak Pernah Berjaya. Akhirnya Bertemu Nabi, Peluk Islam, Menjadi Sahabat Nabi. & Beliau Syahid.
- Org Jahat Macam Mana Pun, Boleh Bersama Islam. Bila Dah Taubat, Dapat Hidayah, Terus Berjuang Bersama Islam. Jangan Buka Buku Lama, Kejahatan Lama Yang Dibuat.
* Bukan Kita Sahaja Yang Berjuang Islam. Tetapi Sahabat- Sahabat Di Zaman Nabi Telah Berjuang Islam. Kita Merupakan Mata Rantai Perjuangan, Menyambung Perjuangan Para Nabi & Para Sahabat.
* Perjuangan Islam Sangat Mencabar, Ditentang, Difitnah. Nabi Juga Difitnah. Kisah Saidatina Aishah Difitnah.
* Pemuda PAS Mesti Menjadi Pemuda Yang Ditarbiah & Pemuda Yang Tidak Lekang & Melakukan Kerja Amal Islami. Jadilah Pemuda Yang Hadir Dalam Setiap Program Tarbiah & Melakukan Kerja Amal Islami. Pemuda PAS Mesti Menjadi Pemuda Yang Membantu & Mempertahankan PAS.
0 comments: