Produk Disahkan Halal Sahaja Untuk Umat Islam

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah usaha Kerajaaan untuk memastikan produk yang disahkan halal sahaja berada di pasaran untuk dipasarkan kepada umat Islam dalam negara kita dan apakah cabaran utama setakat ini.


Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.



Pertanyaan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain seperti di bawah.

Dr Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan:-
(a) langkah yang diambil untuk menyekat keruntuhan harga getah yang menjejaskan kehidupan pekebun kecil getah; dan
(b) usaha khusus membantu pekebun kecil secara berterusan bagi meningkatkan pendapatan mereka.


Dr Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Perdana Menteri menyatakan Bajet Tahunan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan bermula Mei 2013 sehingga Mei 2014 iaitu dari segi emolumen dan juga pembangunan infrastruktur.


Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan pendirian Kerajaan terhadap penggunaan pukat tunda.


Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan keberkesanan penguatkuasaan terhadap pelaksanaan gaji minima kepada pekerja-pekerja swasta dan apakah tindakan terhadap majikan yang tidak mematuhi arahan tersebut.


Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa jumlah sekolah menengah baru yang akan didirikan di Parlimen Sepang dan di manakah sekolah-sekolah itu akan dibina dan bila kerja-kerja pembinaan akan dimulakan.


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas]minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan perancangan untuk membendung keganasan penyokong bola sepak yang dilihat terus menerus berleluasa. -HARAKAHDAILY 18/11/2014

0 comments: