Risalah Dakwah Siri 067: We Are Allah's Children? Vol 1


1. Isu "we are Allah's Children" kini terlaris di pasaran. Ramai pihak cuba mengulas dan terdapat sebahagiannya turut menyampuk dalam keadaan jahil. Akhirnya masyarakat keliru dan dirinya terjerumus. Lebih parah apabila terdapat muslim yang membenarkan ungkapan itu lalu justify bahawa ia bukan perkataan yang membawa syirik sebaliknya ia mempunyai maksud yang berbeza iaitu "we are Allah's children" bermaksud "kami adalah makhluk ciptaan Allah" bukan "kami semua adalah anak Allah"


2. Secara literalnya, we are all Allah's Children memberi maksud kami semua adalah anak Allah. Persoalannya boleh kah ungkapan itu diduga sebagai maksud "kami adalah ciptaan Allah" ? Menurut pandangan syara' dan feqh Islam, ungkapan "we are all Allah's children" adalah salah. Ungkapan itu adalah syirik yang membatalkan aqidah ummat Islam. Justeru penegasan Allah swt di dalam Surah Al Ikhlas bahawa ia adalah Zat yang Maha Esa. Allah swt adalah tempat bergantung dan Ia tidak beranak serta tidak diperanakkan. Firman Allah swt:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

اللَّهُ الصَّمَدُ

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".



Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah

0 comments: