Statistik Masalah Disiplin, Gejala Sosial Pelajar Sekolah



HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan diminta menyatakan statistik masalah disiplin, ponteng, gangsterisma dan gejala sosial yang melibatkan pelajar di peringkat Sekolah Rendah, Menengah dan Menengah Atas di seluruh negara serta cadangan penyelesaiannya.    



Demikian soalan daripada Siti Zailah Mohd Yusoff [PAS-Rantau Panjang] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.



Lain-lain ahli parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan sebagaimana di bawah.


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan langkah untuk memperkembangkan lagi program-program seperti Digital Campus 2014 (DC 2014) yang dilihat berupaya meningkatkan minat belia untuk bersaing dalam industri teknologi.    

Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan membuat penyemakan semula ke atas kadar bayaran insurans kenderaan bermotor yang membebankan pengguna pendapatan rendah dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang.    


Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-    
(a) tindakan-tindakan yang dibuat bagi meningkatkan kesesuaian kursus yang ditawarkan dan dipelajari di universiti dengan kehendak semasa industri; dan  
(b) peluang-peluang kerjaya bagi kursus yang ditawarkan.   


Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah isu-isu utama yang akan diperjuangkan oleh Kerajaan jika kita menang kerusi Ahli Majlis Keselamatan PBB.    


Dr Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status Program 6P dan sejauh manakah kejayaan Kerajaan mengurangkan jumlah PATI di Malaysia.  
 

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah status LPT 2 sekarang setelah diberi pengesahan pada sesi Parlimen awal tahun 2014 ianya akan siap sepenuhnya pada September 2014.    


Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan hala tuju polisi campuran bahan api (fuel mix policy) untuk pembekalan elektrik pada masa hadapan dan apakah perancangan Kementerian untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil seperti gas asli dan arang batu.    


Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-    
(a) adakah Kerajaan akan membuaka semula pejabat pendaftaran negara dan Pejabat Imigresen Cawangan Sungai Pelek yang telah ditutup di Bandar Baru Salak Tinggi; dan  
(b) adakah Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan balai polis di Putra Perdana.

HARAKAHDAILY 13/11/2014

0 comments: