Status Keputusan Semakan Penyelarasan Gaji Minimum

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia diminta menyatakan status keputusan semakan semula penyelarasan skim gaji minimum yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari 2013 namun ditangguhkan kerana dikatakan sebahagian besar majikan belum bersedia untuk melaksanakannya.



Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Nasrudin Hassan [PAS-Temerloh] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.


Pertanyaan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain sebagaimana di bawah.


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan punca-punca kegagalan Malaysia mencapai sasaran pingat emas dalam Sukan Komanwel 2014 termasuk kemerosotan sukan-sukan utama negara seperti hoki dan badminton.



Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan jumlah perbelanjaan Hari Belia Negara 2014 (Festival Belia Putrajaya) yang diadakan pada Mei 2014 dan sejauh manakah keberkesanan kepada pembangunan belia Malaysia dan nyatakan juga perbelanjaan sambutan hari belia di peringkat daerah dan negeri seluruh Malaysia. 


Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah rompakan yang berlaku di sekitar pengairan negara dari Januari 2014 hingga Ogos 2014.



Dr Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan:- 

(a) sejauh manakah usaha-usaha yang telah diambil oleh Kementerian dalam perancangan membina insinerator bagi tujuan pelupusan sampah domestik; dan 

(b) perancangan untuk menguatkuasakan Program Kitar semula, Pengurangan Sampah dan Guna Semula (3R) bagi setiap rumah. -HARAKAHDAILY 24/11/2014

0 comments: