
Kenyataan Media MAPIM
29 hb Disember 2014
ATASI KELEMAHAN YANG MENYEBABKAN BANJIR,
PERBAIKKI MEKANISME PENGURUSAN BANTUAN
MAPIM menyeru pihak kerajaan memulakan langkah berkesan dari sekarang untuk mengatasi kelemahan yang ujud bagi mengenalpasti punca banjir di negara ini Sebagai negara yang berada dalam rantau yang mempunyai kadar hujan yang tinggi , ramalan dan jangkaan banjir sepatutnya dapat dikeluarkan jauh lebih awal.
Kami mengesa tumpuan diberi kepada faktor yang menyumbang kepada ketidakupayaan meminimakan kesan banjir akibat salah urus projek-projek pembangunan yang tidak mengambilkira kesan kepada alam sekitar.
Sejak dari banjir besar yang berlaku terakhir di Johor (2006-2007) , Kedah (2010) dan Pahang (2013), pihak berkuasa sepatutnya boleh mengenalpasti bentuk dan kepadatan pembangunan yang boleh menyebabkan banjir yang berlipat kali ganda kesannya , yang akhirnya mengakibatkan kemusnahan yang sangat serius kepada kawasan kediaman , infrastruktur awam dan kawasan pertanian.
Banjir besar dilihat semakin berulangkali berlaku jika model pembangunan maseh kekal seperti yang ada sekarang iaitu pemusnahan bukit dan kawasan tinggi , tambakkan kawasan pantai , pemusnahan kawasan tanah lembab serta pembangunan bandar yang tidak terkawal.
Sementara sekarang tumpuan harus diberi kepada menguruskan bantuan kepada lebih 200,000 mangsa banjir , kami berpendapat adalah sangat penting kerajaan menilai semua aspek pembangunan di negara ini. Ini adalah kerana mahu tidak mahu corak pembangunan yang tidak menjaga kestabilan alam seperti kawasan hutan yang dimusnahkan oleh pembalakkan , pasti skala banjir akan menjadi lebih parah.
Pihak berkuasa perlu mengambil tanggungjawab melaksanakan semua langkah mitigasi banjir yang lebih bersifat memelihara pemusnahan kestabilan alam sekitar , bukan hanya dengan projek berjuta ringgit bersifat struktural semata-mata.
Kami berpendapat bahawa kesan banjir boleh diminimakan jika corak pembangunan benar-benar terkawal . Pemendapan sungai yang telah rosak akibat kawasan tinggi yang telah terhakis dan diikuti pula pembangunan yang padat telah mengurangkan daya menampung sungai dan serta laluan air berlebihan.
Pengurusan bantuan kepada mangsa juga seharusnya menggunakan pndekatan berasaskan komuniti . Koordinasi dengan semua badan sukarelawan adalah cara yang terbaik untuk menghadapi situasi seperti banjir . Di negara ini sudah subur dengan kerja sukarelawan yang sangat baik. Apa yang perlu ialah pihak agensi kerajaan dan semua Ngo mengatur koordinasi yang berkesan dari aspek logistik , pengumpulan bantuan , pengagihan , komunikasi serta operasi cari dan selamat.
Apa yang perlu ialah keberkesanan bekerjasama yang boleh mencapai matlamat untuk membantu mangsa. Semua pihak harus mengelakkan dari operasi yang tidak terselaras dan pembaziran yang merugikan.
Kami berpendapat selain bantuan kecemasan , pengurusan bantuan selepas banjir reda sangat perlu dipersiapkan . Keadaan pasca banjir inilah yang mencabar sebab kehidupan terpaksa bermula untuk kembali normal. Tidak semua mangsa mempunyai keupayaan segera untuk memulihkan kehidupan dalam masa yang sengkat.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
0 comments: