BUKAN DARI PRESIDEN PAS



Oleh IZWAN ABDUL HALIM




KUALA LUMPUR: Tulisan mengaitkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan peringatan berkaitan banjir yang meluas tersebar di media sosial ketika ini, hakikatnya sama sekali bukan penulisan atau ucapan beliau.


Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


"Tulisan itu sama sekali tidak bersumberkan dari Tuan Guru (Presiden PAS). Sebaran tulisan sebegini yang dikaitkan dengan Tuan Guru secara salah adalah amat dikesali.


"Kenyataan rasmi dari Tuan Guru mestilah dirujuk disumber dan sebaran rasmi  parti. Harap maklum," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas pada 28 Disember.


Tinjauan Harakah mendapati terdapat sekurang-kurangnya lima akaun palsu yang diwujudkan pihak tidak bertanggung jawab atas nama Presiden PAS dengan memuat naik pelbagai status dan sebaran.


Sementara itu, Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Mohd Shuhaimi Embong mengingatkan semua pihak agar memastikan kesahihan maklumat disebarkan di media sosial.




Katanya, terdapat banyak maklumat palsu, termasuk juga pihak yang menyamar di mana penyebar dan penerima mesti memastikan kesahihan simpang siur maklumat tersebut.

0 comments: