
KENYATAAN RINGKAS DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SABAH
1. Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS) menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar mengarahkan semua masjid-masjid mendirikan solat hajat dan munajat khususnya selepas solat jumaat hari ini dan waktu-waktu yang lain, memohon agar Allah SWT menyelamatkan negara kita khususnya mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.
2. Selain itu diharapkan masjid-masjid, surau, jabatan kerajaan, swasta, NGO, para korporat dan orang perseorangan agar menghulurkan bantuan berupa kutipan wang atau keperluan bersesuaian untuk para mangsa yang ditimpa musibah ini.
3. DUPNS juga menggesa semua pihak sama ada kerajaan negeri, swasta atau mana-mana pihak membatalkan semua acara hiburan khususnya menjelang tahun baru 2015 dan diganti dengan program munajat dan yang seumpamanya.
Ustaz Babbar Abas
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah
26 Disember 2014.
0 comments: