MIRI - Penduduk
perumahan Desaras di Tudan sudah lama menanti sampai bila lampu jalan di
kawasan perumahan mereka dapat digunakan sepenuhnya kerana masalah lampu jalan
itu tidak menyala sejak ianya di pasang tahun lalu sehingga kini tidak
berfungsi seperti yang diharapkan. Antara kawasan lampu jalan yang
tidak berfungsi ialah Jalan Perdana.
Penduduk perumahan
juga mengadu banyak berlaku kemalangan di kawasan tersebut terutama pada waktu
malam yang gelap, para pemandu yang tidak berhati-hati mudah tergelincir ke
dalam parit berdekatan ketika waktu hujan lebat.
Tanpa lampu jalan
kawasan perumahan mereka jadi gelap dan ini akan memudahkan akitiviti yang
tidak sihat berlaku seperti remaja lepak, kecurian, pecah rumah mudah berlaku.
Pihak berkuasa seperti polis juga perlu sentiasa memantau di kawasan perumahan
Tudan kerana banyak kes seperti kecurian serta pecah rumah berlaku di kawasan
itu.
Penduduk perumahan
merasa takut akan keselamatan mereka terutama sekali suri rumahtangga dan
pelajar perempuan yang tinggal berseorangan di kawasan perumahan tersebut
ketika waktu malam. Dengan adanya lampu jalan dan juga kereta peronda polis
yang sentiasa memantau ke kawasan perumahan mereka sekurang-kurangnya
keselamatan mereka akan terjaga dari sebarang aktiviti jenayah yang semakin
menular sekarang ini dalam kawasan perumahan.
Kami mengesa pihak
yang berkaitan segera memasang dan menghidupkan lampu jalan di perumahan
Desaras Tudan demi keselamatan dan keselesaan penduduk perumahan tersebut.
Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah ini dengan segera
amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
0 comments: