Berikutan penganjuran Expo Malaysia 2014 di Cairo Festival City yang dianjurkan oleh Embassy of Malaysia, kita dikejutkan dengan penonjolan budaya yang bertentangan dengan Islam yang dipaparkan oleh pihak Kedutaan Malaysia.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) berasa kesal dengan tindakan yang boleh merosakkan pandangan umat Islam Dunia terhadap syiar umat Islam Malaysia yang ditonjolkan melalui budaya yang bertentangan dengan Islam.
Dengan tema kepelbagaian budaya dan kaum Malaysia, banyak lagi persembahan yang boleh dibuat tanpa merosakkan kempen untuk menonjolkan Malaysia di pentas dunia.
Namun pemilihan tarian dan penonjolan artis wanita yang tidak menutup aurat serta ditonton pula kepada pelajar pelajar pengajian Islam dan masyarakat setempat di bumi Mesir adalah sesuatu yang menghinakan kepada asas ilmu dan pelajar yang dihantar ke sana.
Dalam hal ini, Pemuda PAS Selangor mengambil berat akan penonjolan imej sebegini yang bertentangan dengan hasrat pihak berkuasa Islam di Malaysia yang mahu menolak aliran aliran fahaman sekulerisme, pluralisme dan liberalisme. Penolakan hendaklah dituruti dengan perlaksanaan bukan setakat kata semata mata bagi menarik sokongan melayu Islam.
Kejujuran memperjuangkan Islam yang tulen perlu dibuktikan di dalam dan luar negeri.
Sebagai penutup, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sekali lagi menegaskan kecaman akan pembudayaan yang bersalahan dengan Islam yang cuba ditonjolkan oleh wakil Malaysia di Kaherah, Mesir. Kami jugak akan menghantar memorandum ke Wisma Putra atas bantahan tersebut dan memohon agar kecaman ini diambil sebagai nasihat dan ketegasan dalam membina umat Islam yang punyai integriti dan ciri ciri yang tertentu yang tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja.
ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM
Syarhan Humaizi Abdul Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
15 Disember 2014
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
15 Disember 2014
0 comments: