Penerbangan AirAsia Hilang Daripada Radar


BERNAMA | .




KUALA LUMPUR: Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501, dari Surabaya ke Singapura, hilang hubungan dengan pusat kawalan trafik pada 7.24 pagi ini.
    

Kejadian ini disahkan oleh AirAsia menerusi laman rasmi Facebook dan Twitter.
    
"Pada masa ini, kami tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai status penumpang dan anak kapal, namun kami akan terus memberi maklumat sebaik diperolah," kata syarikat penerbangan tambang rendah itu.
    
Pesawat yang hilang itu ialah Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran  PK-AXC.
    
AirAsia berkata pada masa ini operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan dan AirAsia bekerjasama sepenuhnya membantu usaha menyelamat.
    
AirAsia membuka Pusat Panggilan Kecemasan untuk keluarga dan rakan penumpang yang menaiki pesawat itu di +622129850801.
    
AirAsia akan menyiarkan lebih banyak maklumat sebaik ia diperoleh.
    
Maklumat terkini akan dimuat naik dalam laman web AirAsia www.airasia.com. - BERNAMA

0 comments: