Perbicaraan Kes Saman Malu ke atas Presiden PAS Pusat No Kes : 22NCVC- 39- 12-2013

Diterbitkan: 16 Disember 2014

Ditulis oleh Super User

Pada 15 Dis 2014 jam 1110 -1140, Perbicaraan Kes Saman Malu ke atas Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Presiden PAS Pusat oleh Mohd Syamsul  bin Mat Amin - Bekas calon PKR DUN Bukit Besi (plantif) di hadapan YA Dato' Mohd Yazid bin Mustafa - Hakim Mahkamah Tinggi KTR.

Presiden PAS diwakili oleh Peguam Asmuni bin Awi (Ttn. Awi &.co), manakala Mohd Syamsul bin Mat Amin diwakili oleh peguam Vesudevan (Ttn. Vesudevan A &.co).

Hadir seramai 80 orang yang terdiri daripada peguam kedua - dua belah pihak, kepimpinan PAS negeri dan Kawasan manakala diluar mahkamah lebih 100 orang ahli / penyokong PAS yang tidak dapat masuk ke dalam mahkamah.

Keputusan:
YA Dato' Mohd Yazid bin Mustafa - Hakim Mahkamah tinggi Ktr memutuskan pihak defendan ( Presiden PAS Pusat) tidak bersalah dan mengarahkan pihak plaintif (Mohd Syamsul bin Mat Amin) membayar RM10K untuk kos guaman bagi pihak defendan.
Sepanjang perbicaraan berlangsung situasi berada dalam keadaan terkawal.

Alasan penghakiman:
1. Plaintif tidak bercakap benar sebab tidak hadir di tempat ceramah
2. Pihak Plaintif gagal utk buktikan kata2 Defendan ditujukan kepadanya.
3. Kenyataan Defendan adalah secara umum dan mempunyai niat terlindung yangg bertujuan kepentingan kepada Pakatan Rakyat yg mementingkan calon-calon berintergriti.
4. Defendan sebagai Presiden PAS berhak untuk menyuarakan pandangan demi kepentingan moral, agama dan parti dan kenyataannya adalah berniat baik.
5. Tuduhan Plaintif bersifat andaian, tanpa buktikan kenyataan tersebt ditujukan kepadanya, dan bertujuan menjatuhkan moralnya.
6. Tambahan pula, kenyatan defendan adalah berdasaran risikan parti.
Oleh yang demikian, mahkamah menolak tuduhan/ tuntutan Plaintif. dengan kos RM10.000.

0 comments: