HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada layanan istimewa kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dalam isu perjanjian penstrukturan semula industri air negeri itu.
Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri membuka ruang kepada Splash untuk tidak memuktamadkan perjanjian air pada September lalu, lapor Selangor Kini.
“Itu tidak betul, kita telah muktamadkan perjanjian dengan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bulan lepas.
“Manakala Splash, berdasarkan perjanjian asal diberi tempoh setahun (sehingga 12 September 2015) untuk memuktamadkan perjanjian itu dengan kerajaan negeri dan itu ditandatangani sendiri oleh Tan Sri Abdul Khalid,” katanya ketika ditemui pemberita, di Shah Alam hari ini.
Sebelum ini, Khalid menerusi laporan berita portal The Malay Mailmendakwa kerajaan negeri memberi layanan istimewa kepada Splash kerana syarikat itu masih lagi tidak memuktamadkan perjanjian air pada September lalu.
0 comments: