Pil kuda: Saman Terhadap Presiden PAS Ditolak Dengan Kos



HARAKAHDAILY | .





KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menolak saman yang difailkan oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan kos.



Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.




Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.




Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. - HARAKAHDAILY 15/12/2014

0 comments: