HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak layak untuk menjadi pengerusi bersama Jawatankuasa Tetap seperti disyorkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, ini kerana Zahid menyatakan bahawa ‘projek IC’ yang menjadi punca masalah 40 tahun di negeri itu tidak wujud.
Katanya, bagaimana Zahid boleh menjadi pengerusi bersama jawatankuasa tetap untuk bertindak terhadap dapatan RCI Sabah, padahal beliau bersikap berat sebelah dan menolak penemuan RCI paling penting mengenai ‘Projek IC’.
Lim dalam satu kenyataan berkata, dengan menegaskan ‘Projek IC’ tidak pernah wujud, Zahid menolak dapatan RCI Sabah dalam hal salah satu terma rujukannya yang paling penting.
Beliau mendedahkan bukti ‘Projek IC’ itu jelas dalam kandungan laporan tersebut, antaranya kenyataan Kee Dulkifli Kee Abdul Jalil seorang kerani pendaftaran yang bekerja dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Kinabali pada tahun1994.
Difahamkan sekitar 40,000 kad pengenalan diproses dan ditandatangani empat orang pegawai dalam masa satu bulan, dan dilamina sebelum dibawa pulang ke Sabah untuk diambil pemegang yang sepatutnya.
Kata Lim lagi, pengakuan puluhan saksi dalam sisatan RCI Sabah menunjukkan wujud motif ‘Projek IC’ yang cuba dinafikan Zahid.
Tambahnya, laporan RCII turut mendapati oengakuan ramai bekas pegawai JPN itu yang menyokong keterangan masing-masing dalam butir-butir material dan mengakui keterlibatan mereka secara kolektif dalam sesetengah perincian, serta membuat tuduhan serius terhadap beberapa tokoh politik yang berpengaruh.
“Dalam hal ini, (Zahid) kehilangan hak untuk menjadi Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tetap untuk bertindak ke atas dapatan RCI Sabah,” tegas Lim.
0 comments: