SARINA ISMAIL | .
Dalam sidang media yang diadakan hari ini, beliau berkata projek berkenaan telah diberikan kepada kontraktor yang didaftarkan pada 4 Januari 1990 yang beralamat Daimond Square Off Jalan Gombak sementara alamat perniagaannya pula di Sungai Ramal Luar, Kajang, Selangor.
Sehubungan itu, Mahfuz meminta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi penjelasan kenapa projek lanskap yang turut membabitkan penanaman pokok kurma dan royal palm itu diberi kepada kontraktor dari luar negeri Kedah.
"Kenapa tidak diberikan kepada kontraktor dari Kedah sendiri tetapi kepada orang luar? Adakah kontraktor Kedah tak pandai atau tak layak?
"Yang menjadi persoalan di sini adakah sudah tiada kontraktor sedemikian di Kedah sehinggakan kerajaan mengambil kontraktor luar untuk projek tersebut.
"Walaupun saya tidak bersetuju projek itu diteruskan kerana lanskap yang sedia ada masih elok dan cantik tetapi memberi projek tersebut kepada kontraktor luar seolah-olah tidak mengiktiraf kebolehan orang tempatan. Bodoh sangatkah orang Kedah?" soalnya pada sidang media pagi tadi seusai Program Jom Shopping bersama anak-anak yatim anjuran PAS Kawasan Pokok Sena.
Mahfuz sebelum ini mempertikaikan peruntukan besar untuk projek terbabit mencecah RM2.9 juta yang tidak munasabah memandangkan kos pengurusan sebatang pokok kurma hanya sekitar RM1,000 dan pokok royal palm dalam lingkungan RM600 hingga RM700.
Beliau juga meminta kerajaan negeri memaklumkan berapa batang pokok yang ditanam untuk tujuan tersebut sehingga menelan belanja sebegitu besar.
"Bila saya bangkitkan hal ini, mereka kaitkan pula dengan projek ubahsuai rumah kediaman di Seri Mentaloon yang diberi kepada abang saya. Saya tak terlibat dengan urusan itu dan saya juga tidak bersetuju pengubahsuaian rumah itu dibuat kerana ianya telah dilakukan pada tahun 2011 yang lalu.
"Jadi tak ada kaitannya kritikan saya ini dengan abang saya," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 16/12/2014
0 comments: