1. Sehingga ke hari ini, pihak Bank Negara, Maybank dan RHB masih belum membuat sebarang penafian terhadap dakwaan kegagalan 1MDB menbayar hutang sebanyak RM2 Billion. Ini bermakna ini kali ketiga 1MDB meminta 'extension' bayaran hutangnya kepada Maybank dan RHB. Malah hutang RM2 Billion ini sepatutnya dilunaskan pada tahun 2013 dan diberi kelonggaran sehingga 2014.
2. Di mana yang dikatakan pelaburan 1 MDB di Cayman Island sudah dibawa pulang ? Jikalau benar sudah Berjaya dibawa pulang, mengapa tidak digunakan untuk membayar hutang tersebut ? Yang menanggung beban hutang itu adalah Maybank dan RHB . Pemegang saham utama dalam Maybank adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB) manakala RHB pula adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Maka yang menanggung 'biawak hidup ' ini akhirnya rakyat Malaysia juga..!
3. Adakah Bank Negara hanya akan berpeluk tubuh sahaja dalam hal ini.? Adakah 1MDB ini diberikan hak istimewa berbanding pihak lain.? 1MDB ini akan menjejaskan bukan sahaja sistem perbankan negara, malah prestasi sistem kewangan dan ekonomi negara akan turut tercemar. Bayangkanlah selepas ini agensi-agensi rating antarabangsa seperti Fitch,Standard and Poor dan Moody menurunkan kadar rating negara?
4. Justeru, PAS dengan tegas mendesak agar Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed agar tidak turut berpeluk tubuh juga di dalam hal ini. Alangkah eloknya jika Pengerusi PAC berani menunjukkan kepada rakyat bahawa PAC masih mempunyai kewibawaan dengan mengheret 1MDB ini untuk memberi penjelasan di hadapan PAC agar segala kekusutan dan kontroversi yang berlaku itu dapat dirungkaikan segera. Usah menanti keadaan menjadi begitu parah kelak barulah kelam-kabut mencari penawarnya.
Dato’ Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
0 comments: