Back To School’ PAS Bintulu Di Tg.Kidurong


Back to school’ PAS Bintulu  di Tg.Kidurong

BINTULU, 11 Januari 2015- PAS Bintulu berasa bangga kerana kehadiran mereka di rumah-rumah panjang sekitar Bintulu disambut baik oleh penduduk, malah ada dikalangan warga rumah panjang yang terharu kerana mendapat sumbangan daripada PAS seperti projek ‘Back To School’.


Seramai lebih kurang 60 penerima termasuk kanak-kanak menerima agihan tersebut. Rata-rata mereka gembira dengan sumbangan tersebut dan mereka percaya kehadiran PAS di arena politik Sarawak sangat diperlukan kerana mereka sanggup turun padang apatah lagi ke kawasan non-muslim.


"Saya percaya jika PAS menjadi wakil rakyat kami, kami akan memberi sokongan selagi mana mereka terus membantu kami"- kata salah seorang penduduk rumah panjang.


Menurut  Zharudin Narudin Pengarah Program UMS (UntukMu Sarawak) PAS Bintulu sebelum ini telah mengagihkan sumbangan ke seluruh Dun Jepak dan kini mereka mengagihkannya di Tg. Kidurong  yang terletak dibawah Dun Samalaju dalam persempadanan semula.


PAS Bintulu berterima kasih kepada semua penyumbang dan mohon agar terus diberi sokongan. Untuk keterangan lanjut layari laman web kami di www.untukmusarawak.com atau like FB Page kami Untukmu Sarawak-PAS Sarawak Official.



Oleh; Media UMS

0 comments: