Minggu ni agak terganggu dengan isu gadis Melayu kemaruk K-Pop yang diibaratkan bangkai gajah yang tidak boleh lagi ditutup. Alhmdulillah subuh ini bertemu ayat tadabbur yang sangat memberi kesan untuk panduan kita semua terutama ibubapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya serta mengharapkan kebahagiaan dunia akhirat.
Bimbingan Rabbani Menuju Rahmat Dan Keampunan Allah Menerusi Perkahwinan
(وَلَا تَنْكِحُوا الْمُشْرِكَاتِ حَتَّىٰ يُؤْمِنَّ ۚ وَلَأَمَةٌ مُؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِنْ مُشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ ۗ وَلَا تُنْكِحُوا الْمُشْرِكِينَ حَتَّىٰ يُؤْمِنُوا ۚ وَلَعَبْدٌ مُؤْمِنٌ خَيْرٌ مِنْ مُشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ ۗ أُولَٰئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ ۖ وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ ۖ وَيُبَيِّنُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ) [Surat Al-Baqara : 221]
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
1. Al-Qur'an memberikan jalan penyelesaian penyakit seksual ummah.
2. Penyakit seksual ummah hanya dapat dicegah dan dirawat dengan bimbingan Qur'ani menerusi pergaulan dan perkahwinan syari'e.
3. Pergaulan dan perkahwinan yang mampu merawat penyakit seksual ummah ialah perkahwinan dan pergaulan atas dasar keimanan kepada Allah dan bermatlamatkan keampunan serta kebahagiaan abadi di syorga akhirat.
4. Pergaulan dan perkahwinan untuk melempiaskan tuntutan seksual semata tanpa menghiraukan batas iman dan syirik dijanjikan Allah dengan azab neraka.
5. Ummah ini semakin celaru dan keliru dalam menjaga batas pergaulan dan dalam urusan perkahwinan kerana semakin jauh dari bimbingan al-Qur'an.
6. Ramai umat Islam yang tidak meletakkan prinsip keimanan dalam memilih pasangan dan dan di dalam pergaulan.
7. Ramai juga umat Islam yang terpedaya dengan kecantikan, keindahan dan kemasyhuran walaupun pun bergelomang dengan kesyirikan, kekufuran dan kefasikan.
8. Ramai juga umat Islam yang menolak kebaikan atas dasar keimanan kerana mahu menjaga status diri, menonjolkan kehebatan dan kemasyhuran serta terpedaya dengan runtunan nafsu yang dihiasi kebaikan dan keindahan.
9. Golongan musyrikin dan kafirin sentiasa mencari jalan untuk menarik orang Islam melakukan kejahatan dan kekufuran yang menjerumuskan ummah ke dalam jurang api neraka.
Anak remaja muslim perlu dibimbing agar menolak sebarang unsur kekufuran, kesyirikan dan kefasikan seawal dari dalam rumah sendiri
Dari UsWah
0 comments: