Catatan Dhuha
Memang sukar untuk melatih diri kita mengutamakan jamaah daripada kepentingan peribadi. Inilah pengorbanan yang paling tinggi Allah menguji seseorang yang terlibat dalam Amal Islami. Syaitan sering membisik di dalam hati kita, usah pedulikan kepentingan jamaah. Bukankah aku seorang yang cerdik, kenapa perlu aku pentingkan jamaah. Syaitan membisik lagi, kamu akan menjadi jumud kalau kamu pentingkan jamaah. Kamu tidak boleh berfikir pantas kerana disekat oleh kepentingan jamaah. Oleh itu latihlah diri kita supaya sayangkan jamaah, selagi jamaah kita tidak menyeleweng.
Ustaz Idris Hj Ahmad
28 Rabiul Awal 1436/ 19 Jan 2015 Isnin.
Catatan Dhuha
Selama mana kita sentiasa melaksanakan kerja-kerja perjuangan dan kita sentiasa mengiktikadkan bahawa semua kerja kita adalah untuk merebut Mardatillah selama itulah kita akan dimuliakan oleh Allah, dan jamaah yang menjadi wadah perjuangan kita ini akan digeruni oleh musuh-musuh Allah. Bekerjalah, kerana ruang Amal Islami begitu luas dan balasan pahala yang disediakan oleh Allah bagi pendokong dan penggeraknya sedang menunggu di akhirat nanti.
Ustaz Idris Hj Ahmad
27 Rabiul Awal 1436/ 18 Jan 2015 Ahad.
0 comments: