KUALA LUMPUR, 12 Jan - Sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban mangsa banjir,PAS Wilayah Persekutuan(WP) telah mengambil inisiatif menganjurkan Free Market atau Pasar Percuma. Menurut Pengarah Operasi Bantuan Banjir PAS WP,Dr Rosni Adam yang juga Timb.Pesuruhjaya 3 PAS WP,Free Market atau Pasar Percuma adalah satu program yang menyediakan pakaian baru dan terpakai seperti pakaian lelaki,pakaian wanita,pakaian kanak-kanak dan pelbagai lagi.Mangsa banjir hanya perlu datang,memilih mana yang sesuai dan terus bawa pulang tanpa sebarang bayaran dikenakan. Segalanya adalah percuma.
Program ini telah diadakan selama 2 hari.Hari pertama di Kg Paya Pulai,Temerloh dan hari kedua di Chenor,Maran.Sambutan yang diterima adalah sangat luar biasa.
Orang kampung yang kebanyakkannya adalah mangsa banjir datang berpusu-pusu untuk memilih pakaian untuk dibawa pulang.
"Program ini sangat bagus dan saya berasa sangat terharu kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung untuk membeli pakaian baru.Terima kasih banyak-banyak" menurut salah seorang mangsa banjir yang hadir, yang tidak mahu namanya dikenali.Ketika ditanya beliau sedang sibuk memilih baju untuk 7 orang anaknya.
Pakaian-pakaian Free Market ini adalah sumbangan dari orang ramai yang dibawa khas dari Kuala Lumpur.
Menurut Dr. Rosni lagi,selain Free Market,PAS WP juga menganjurkan Operasi Cuci Rumah,Back To School,servis motosikal,rawatan homoepathy dan perubatan secara percuma.Semua ini diadakan sebagai tanda prihatin PAS WP kepada semua mangsa banjir.
Dr. Rosni mengucapkan jutaan terima kasih pada semua petugas PAS yang sudi membantu tanpa mengenal penat lelah dan juga tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Dr. Rosni juga mendoakan agar semua mangsa banjir sentiasa tabah dan berlapang dada di atas ujian yang diberikan oleh Allah ini.
0 comments: