Temerloh, 18 Januari : Jabatan 'Alimat Dewan Ulamak Pas Pusat telah menghantar sekumpulan petugas misi operasi pasca banjir ke negeri Pahang. Misi ini melibatkan operasi membersihkan rumah mangsa banjir di sekitar parlimen Temerloh. Jabatan 'Alimat DUPP turut menyerahkan sumbangan wang tunai serta kit solat wanita berjumlah RM6k kepada mangsa-mangsa banjir di Temerloh. Misi ini diketuai oleh Ustazah Norshina Mamat dan disertai oleh sepuluh orang 'alimat yang terdiri daripada 'alimat negeri Selangor, Wilayah, Terengganu dan Pahang.
Rombongan Jabatan 'Alimat telah disambut baik oleh YB Us.Hj.Nasrudin bin Hassan selaku ahli Parlimen Temerloh dan Ajk PAS Kawasan Temerloh.
Ketua Jabatan 'Alimat DUPP Ustazah Mastura Bt. Hj. Ismail serta seluruh AJK jabatan ini mengharapkan agar sumbangan kecil ini dapat meringankan sedikit bebanan yang dirasai oleh mangsa banjir di Temerloh. Beliau juga berharap agar usaha ini mendapat keredaan Allah SWT dan dikira sebagai amal soleh di sisi-Nya.
Pihak Jabatan 'Alimat DUPP menyeru kepada seluruh mangsa banjir, agar reda dan menerima ujian Allah swt ini dengan tabah dan sabar. Teruskan usaha menta'abbud, mendekatkan diri serta sentiasa berdoa kepada Allah kerana hanya Allah SWT sahaja tempat kita bergantung dan memohon pertolongan. Terlalu banyak hikmah disebalik setiap ujian dan musibah sebagai tanda kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya yang dikasihi."
0 comments: