Kaunter Bantuan Barangan Sumbangan Mangsa Banjir Bintulu Mendapat Sambutan Luar Jangkaan

28 Januari 2015 - Bintulu



Masuk hari kedua kaunter untuk barang-barang sumbangan mangsa banjir di bahagian ini telah mendapat sambutan diluar jangkaan. Orang ramai dari pelbagai latar belakang kaum dan agama tampil menghulurkan bantuan, inilah semangat permuafakatan kita semua kaum di Sarawak.

Kaunter kutipan yang dianjurkan oleh Jabatan Amal Bintulu dengan kerjasama Project team Untukmu Sarawak (UMS) dan PAS Bintulu itu telah dibuka di hadapan pasaraya besar Sing Kwong Bintulu.

Kaunter ini akan terus dibuka sehingga malam ini dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kewangan juga boleh menyalurkannya melalui Tabung Untukmu Sarawak seperti yang tertera.

Menurut Zharudin Narudin yang bercakap bagi pihak Projek UntukMu Sarawak kepada media malam tadi, Jabatan Amal akan meneruskan fasa bantuan ini untuk keperluan mangsa banjir sehingga mereka kembali ke tempat masing-masing.

Sebanyak 867 orang mangsa terjejas banjir dari kawasan Ulu Segan dan Sg.Sebemban  yang ditempatkan di dua buah Pusat penempatan sementara iaitu di Stadium Muhibah dan Dewan Masyarakat Jepak. Kemungkinan peningkatan jumlah mangsa banjir dan keadaan air akan surut juga belum dapat dipastikan.

Orang ramai diminta terutamnya yang berada berdekatan kawasan mudah banjir agar berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pihak berwajib seperti Jabatan Amal (seperti no. yang tertera di Poster) sekiranya kawasan sekitar dalam keadaan yang membahayakan keselamatan penduduk. Selain itu Jabatan Amal Bintulu dan Team UMS telah mengatur aktiviti dan bantuan pasca banjir Bintulu nanti.

Dalam pada itu, PAS Bintulu sangat mengharapkan agar wakil rakyat dan  kerajaan negeri perihatin dengan menyediakan plan tindakan pasca banjir dan dibentangkan kepada penduduk nanti. Bantuan seperti membaik pulih kediaman amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan aktiviti harian mereka nanti tidak terjejas.

Untuk terus menyumbang boleh rujuk akaun yang tertera dan layari laman web kami www.untukmusarawak.com dan like FB Page kami Untukmusarawak-PAS Sarawak Official.


Dari Unit Media UMS




English Edition

Counter Of Goods Donations To Help Bintulu Flood Victims Receiving Overwhelming Response

January 28, 2015 - Bintulu


On the second day the counter for donation of goods to flood victims in this section has got unexpected response. People of various ethnic and religious backgrounds come forward to help, this is the spirit of consensus we all races in Sarawak.

Counter collection organized by the Department of Amal Bintulu in collaboration with the Project team for you Sarawak (UMS) and PAS Bintulu was opened in front of hypermarkets Sing Kwong Bintulu.
This counter will remain open until tonight and people who want to extend financial assistance can also be channeled through the Fund for you Sarawak as shown.

According to Zharudin Narudin speaking on behalf of the Project For you Sarawak  to the media last night, Amal Department will continue this relief phase to the needs of flood victims until they return to their respective places.

A total of 867 people in flood affected victims of the Ulu Segan and Sg.Sebemban placed in two temporary placement center of the Stadium Muhibah and Jepak Community Hall. The possibility of increasing the number of victims and water conditions will recede also could not be ascertained.

People who are kindly requested especially near flood-prone areas to be vigilant and immediately report to authorities such as the Department of Amal (such as no. Indicated in Poster) if the surrounding area in circumstances which endanger the safety of the population. In addition, the Department of Amal Bintulu and UMS Team has arranged activities and post-flood assistance Bintulu later.

In the meantime, PAS Bintulu anxious for elected representatives and the state government concerned with providing post-flood action plan and presented to the people later. Assistance such as repairing homes are needed to ensure the continuity of their daily activities will not be affected.

To continue to contribute may refer the account indicated and visit our website at  Web www.untukmusarawak.comvisit and like our FB Page Official Untukmusarawak-PAS Sarawak.


From UMS Media Unit


0 comments: