
#HLS: Help > Share > Like
Twitter:@medm_pas
KEMASKINI : AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)
Dikeluarkan pada : 06:00am pada 09 Januari 2015
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH):
Dikemaskini pada: 06:00 pagi pada 09-01-2015.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Pekan & Rompin) & Johor (Daerah Mersing) dijangka berterusan sehingga Jumaat, 09 Januari 2015.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA):
Dikemaskini pada 06:00 pagi; 09-01-2015.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di negeri Johor (Daerah Kota Tinggi, Segamat & Kluang), Pahang (Daerah Kuantan & Jerantut), Terengganu (semua Daerah), Kelantan (Daerah Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas & Tumpat) & Sarawak: Bahagian Sarikei & Sibu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 9 Januari 2015.
SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR:
Dikemaskini pada 06:00 pagi; 09-01-2015.
Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang & Kuala Langat), Johor (Daerah Ledang, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulaijaya & Johor Bahru) & Sarawak : Bahagian Mukah , Bintulu & Miri (Daerah Miri) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat 9 Januari 2015.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
0 comments: