Kenyataan Media : Ke Mana Hala 1 MDB?

1.  Malaysia Development Berhad (1 MDB) telah gagal melunaskan hutang RM 2 Billion yang sepatutnya dibayar pada penghujung Disember yang lalu. Kini, 1 MDB memohon untuk diberikan tempoh bayaran sehingga penghujung Januari pula. Jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan hutang RM5.5 bilion yang dijadualkan dan distruktur semula pada November 2013.

2. Difahamkan daripada RM 2 Billion hutang tersebut,58.99% adalah kepada Maybank, 32.41% kepada RHB, 4.06% kepada Alliance Investment Bank, 3.24% kepada Malaysia Building Society Berhad dan 1.29% kepada Hwang DBS Investment Berhad.

3. Pihak kerajaan sebelum ini begitu bersungguh memberi jaminan bahawa 1 MDB tidak gagal dalam membayar hutang sedangkan hakikat yang berlaku adalah sebaliknya.
4. Pemilikan utama Maybank adalah Permodalan Nasional Berhad manakala KWSP adalah pihak berkepentingan dalam RHB iaitu pegangan sebanyak 41.5 % dan 65% dalam Malaysia Building Society Berhad (MBSB).

5. Sehubungan dengan itu, akibat daripada kegagalan membayar hutang 1 MDB ini pasti memberi impak kepada PNB dan KWSP. Pihak kerajaan mestilah bertanggungjawab untuk memberi jaminan akan nasib pelaburan Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional serta wang KWSP yang melibatkan seramai 13 Juta orang pencarum.

6. Dengan pengumuman pelantikan CEO baru 1 MDB juga telah mengesahkan bahawa ia sedang dilanda masalah yang begitu kronik sehingga terpaksa mencari tokoh baru untuk mengemudi syarikat yang kian tidak jelas hala tuju dan masa depannya.


Dato’ Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS
13 Januari 2015

0 comments: