Kenyataan Media
1MDB Cirit Birit
Dalam masa 5 tahun 1MDB telah
mendapat khidmat tiga orang Pengarah Eksekutif, tiga auditor dan dua Pengerusi Syarikat. Pertukaran- pertukaran ini tidak melambangkan sebagai sebuah syarikat
yang sihat, sebaliknya ia menunjukkan betapa runcing dan tenatnya 1MDB.
Sebagaimana Perdana Menteri yang menghadapi jangkitan E coli yang boleh membawa
penyakit ciri birit, 1MDB juga sedang mengalami cirit birit. Kebimbangan dan
ketakutan saya cirit birit 1MDB mungkin akan berjangkit kepada Maybank dan RHB
Bank. Kalau ini berlaku sudah pasti cirit birit 1MDB akan merayap kepada PNB
dan KWSP kerana kedua institusi tersebut adalah merupakan pemegang saham
terbesar dalam Maybank dan RHB Bank. Sudah tentu yang akan menerima kesannya
ialah mereka yang melabur dalam saham amanah dibawah kelolaan PNB dan golongan
pekerja yang mencarum dalam KWSP.
Ini bermakna 1Malaysia mengalami cirit birit daripada PM sampai kepada
semua rakyat Malaysia. Cuma yang bezanya kumannya bukan E coli tapi cirit birit
1Malaysia kumannya ialah U corupsi (Umno corupsi). Satu suruhanjaya diraja
perlu disegerakan untuk menyiasat ke akar umbi bagi mengenal pasti masalah apa
yang terjadi pada 1MDB.
YB Dato' Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat.
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.
0 comments: