Kes Mat Indera Tangguh Lagi


Diterbitkan: 16 Januari 2015
Ditulis oleh Mohd Sabri Said


BUTTERWORTH, 16 Januari: Kes Mat Indera membabitkan Timbalan Presiden PAS,  Haji Mohamad Sabu ditangguh lagi kepada tarikh baru 26 Februari 2015.
Kali ini disebabkan saksi pendakwaan Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim tidak hadir ke Mahkamah Sesyen Butterworth pagi tadi.
Hakim Mahkamah berkenaan, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi terpaksa membatal dan menanggung pembicaraan ekoran saksi penting tidak hadir.
Sejurus keluar dari bangunan mahkamah Haji Mohamad diwakili Peguam Hanifa Maidin. Aminudin Zulkifli ,  Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, Dato ' Saleh Man dan ramai lagi bertemu pula beberapa individu keturunan India di sebuah restoran.
Hj Mohamad Sabu dan Hanifa Maidin sedang berbincang sesuatu dengan beberapa orang India 
Ketika ditemui beliau berkata, sepatutnya kes membabitkan sejarah tidak boleh di bawa ke mahkamah kerana ia adalah bahan yang telah diiktiraf oleh negara.
"Di luar negara peristiwa sebegini tidak berlaku. Cuma di Malaysia saja sesiapa yang bercakap bertentangan dengan apa yang kerajaan tidak suka walaupun ia fakta sebenar ia tetap dibicarakan " jelasnya.
Haji Mohamad Sabu bersalaman dengan orang ramai di salah sebuah kedai makan selepas kesnya ditunda.
Kes Mat Indera tiba-tiba menjadi heboh apabila Haji Mohamad mendakwa pejuang kemerdekaan itu bukanya komunis sebagaimana yang difahami ramai ketika tragedi serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepung, Johor.
Semasa peristiwa tahun 1950 Mat Indera bertempur dengan Polis British bukanya Polis Malaya atau Malaysia yang menyebabkan beliau dianggap penderhakaan kepada Yang Dipertuan Agung.
Beliau dan barisan peguan bergambar dengan beberapa orang India selepas berbincang beberapa perkara membabitkan masyarakat 
"Pada tahun 1950 Malaysia belum ditubuhkan mana dia bukti yang mengata saya derhaka pada Yang Dipertuan Agung, " tegas beliau.
Haji Mohamad berceramah di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011 jam 10.00 malam.

0 comments: