Diterbitkan: 16 Januari 2015 Ditulis oleh Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 16 Januari: PAS Pulau Pinang akan menafaatkan lawatan Presiden, Tuan Guru. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dewan Harian PAS. Pusat pada 31 Januari 2015 untuk mendapatkan Info terkini bagaimana perancangan PAS meningkatkan produktiviti kepimpinan di negeri ini.
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Haji Mohamad Sabu kepada Harakah pagi tadi.
Beliau memberitahu Pulau Pinang merupakan rangka lawatan PAS terutamanya kepimpinan Dewan Harian yang ke empat selepas Perlis, Kedah dan Perak.
Selepas mendapat Info berguna tambah beliau, semua PAS Kawasan wajar mengeratkan PAS Cawangan supaya lebih agresif selari dengan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
" PAS cuba mendapatkan Info yang hendak dipraktikan supaya negeri ini mempunyai kekuatan PAS menjadi luar biasa. Satu kerusi belum mampu berdaya saing dengan parti PKR dan DAP, " tegas beliau yang ditemui selepas penangguhan kes Mat Indera oleh Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth.
Sementara itu, Wakil Rakyat tunggal PAS, Dato'Salleh Man menambah, tugasanya makin berat kerana terpaksa menjalankan berbagai tugasan lain termasuk lawatan ke luar negara bersama kepimpinan negeri untuk penambahan pelaburan.
Jika PAS dapat tambah dua lagi kerusi Alhamdulillah terangnya, baru PAS Pulau Pinang dapat melaksanakan banyak aktiviti di samping memajukan Kerajaan Negeri supaya tidak jatuh lagi ke tangan Barisan Nasional (BN).
0 comments: