Mangsa Kecederaan Terbakar Mendapat Perhatian dari Projek UntukMu Sarawak


MIRI - Baru-baru ini, PAS Miri bersama dengan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Nik Zawawi Salleh, mengadakan lawatan ke rumah seorang kanak-kanak yang malang akibat terbakar di Kpg Api-api.


Lawatan tersebut dianjurkan bersama PAS Miri dalam program UntukMu Sarawak untuk bahagian utara Sarawak. Pada majlis tersebut Ustaz Nik Zawawi menyampaikan kerusi roda bagi pihak PAS Miri kepada Mohd Khazemi dengan harapan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga beliau.


Mohd Khazemi adalah mangsa kebakaran ketika ayahnya cuba menghidupkan genset dihadapan rumah mereka yang digunakan untuk sambungan aliran elektrik ke rumah mereka beberapa tahun yang lalu. Masa kejadian dia baru berumur 5 tahun dan sekarang dia belajar dalam darjah 1 di Sekolah Rendah di Lutong.


Menurut ibu mangsa, kejadian berlaku terlalu pantas di mana tiba-tiba percikan api keluar dari genset dan api menyambar mangsa dan juga ayahnya ketika ayahnya cuba hendak menghidupkan genset itu. Ayah mangsa cuma cedera disebahagian kaki tetapi Mohd Khasimi terkena hampir keseluruhan badan akibat api yang terbakar dari genset tersebut.


Akibat kejadian tersebut beliau sukar untuk bergerak bebas seperti kanak-kanak lain. Dengan adanya kerusi roda itu sekurang-kurang mudah bagi beliau bergerak tanpa perlu bergantung sangat dengan orang lain.


Program UntukMu Sarawak telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan penduduk miskin dan mereka yang memerlukan bantuan. Sumbangan orang ramai untuk membantu menjayakan program UntukMu Sarawak amat dihargai.


Kita juga mengesa pihak kerajaan memberi kerjasama kepada program kebajikan dengan memberi bantuan kewangan kepada program yang memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.


Kerjasama dengan semua pihak yang berkenaan dan orang ramai yang ingin menyumbang program untukMu
Sarawak amat dialu-alukan.


Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web kami di www.untukmusarawak.com atau LIKE Facebook Page kami: Untukmu Sarawak - PAS Sarawak Official.


Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


0 comments: