Nelayan Lega Wakil Rakyat PAS Beri Sumbangan

Diterbitkan: 19 Januari 2015
Ditulis oleh Super User

DUNGUN – Selama lebih sebulan tidak dapat turun ke laut menangkap ikan nelayan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang menarik nafas lega sedikit dengan bantuan keperluan harian yang diterima.
ADUNnya Cikgu Alias Harun berkata sumbangan berkenaan adalah bukti kecaknaan pihak Pas bagi membantu meringankan bebanan kehidupan mereka.
“kita beri bantuan musim tengkujuh kepada nelayan di mana nelayan tak dapat pergi ke laut, kita akan beri bantuan bentuk makanan, bantuan tengkujuh“bagi mengurangkan bebanan kehidupan mereka,” katanya di kampung Seberang Pintasan di sini, selepas mengagihkan bantuan tersebut.
Selain nelayan, penoreh getah dan sebahagian petani kecil-kecilan dalam DUN Rantau Abang juga menerima bantuan yang sama.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly akan mengemukakan pertanyaan pada sidang Dewan Rakyat akan datang berhubung nasib petani kecil yang terabai.
Beliau berkata, nelayan dan penoreh getah ada diperuntukkan bantuan sara hidup masing-masing, tetapi para petani seperti penanam sayur tidak ada.
Selain itu, beliau menerima sungutan dari penoreh getah yang menghadapi kesulitan bagi mendapatkan bantuan ekoran kejatuhan teruk harga komoditi itu
“nelayan ada elaun sara hidup RM200 dan penoreh juga dilaporkan ada, tetapi para penanam sayur dan petani kecil menghadapi pelbagai masalah,
“mekanisme bantuna-bantuan ini juga sedikit sulit kerana beberapa prosedur yang dibuat tidak memudahkan penoreh getah untuk menuntut bantuan mereka,”ujarnya yang turut sama mengagihkan bantuan.
Sementara itu, para nelayan yang ditemui merasa gembira dengan sumbangan yang diberikan oleh wakil rakyat PAS itu.
Salah seorang penerima, Othman bin Mamat, 56 , berkata lebih 35 tahun sejak dia mencari sumber daripada laut ini dia tidak dapat lari dari menghadapi dan berdepan kesukaran musim tengkujuh ini.
“Situasi yang sama ini sering dihadapi hampir setiap tahun………. tidak dapat turun kelaut akibat angin dan ombak besar.
“Walaupun demikian kami tetap meneruskan pekerjaan ini kerana ini sahaja sumber pendapatan kami, katanya.
Menurut Othman, sebagai nelayan pantai pendapatan yang diperolehi tidak seberapa dan hanya cukup untuk keperluan harian sahaja.
“Alhamdulillah , syukur dan terima kasih dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian keluarga kami,” katanya.
Othman adalah antara 420 penerima bantuan keperluan harian sempena Program Tengkujuh anjuran Lajnah Buruh, Tani dan Nelayan dengan kerjasama Pusat Khidmat Adun Rantau Abang.

0 comments: