
Katanya, tindakan lawatan bagi mewakili organisasi OIC adalah satu langkah ke belakang, dan mempermainkan usaha berterusan umat Islam untuk membebaskan bumi Baitul Maqdis dari taklukan pihak Zionis Israel.
"Parti Islam SeMalaysia (PAS) melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan Iyad Madani.
"Tindakan lawatan berkenaan bukan sahaja bercanggah dengan pandangan majoriti ulama Islam dalam keadaan tanah berkenan dijajah dan ditadbir secara haram oleh rejim Zionis Israel, bahkan juga ianya seolah-olah mengiktiraf pendudukan pihak Zionis Israel.
"Apatah lagi suasana yang ada pada masa ini ialah penduduk Palestin di kawasan itu sedang dizalimi, ditindas dan dibunuh secara kejam oleh pihak Zionis Israel," ujarnya yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa dalam satu kenyataan.
Menurut Tuan Guru, tindakan lawatan itu juga telah mempersia-siakan tuntutan jihad yang menjadi fardhu ain terhadap umat Islam di negara sekitar Palestin dan seluruh dunia Islam untuk membebaskan Baitul Maqdis dari tangan Zionis Israel.
Jaga tegasnya, adalah tidak wajar perkara yang sunat didahulukan dari tuntutan kewajipan jihad membebaskan bumi Baitul Maqdis.
0 comments: