Pra Syarat 1
Memiliki Aqidah Perjuangan
4. Islam merupakan cara hidup yang disyariatkan oleh Allah swt kepada manusia. Ia adalah satu - satunya cara hidup yang sejahtera, adil dan tenang untuk manusia sejagat. Justeru itu Islam selayaknya dijadikan dasar dan perlembagaan hidup, samaada secara individu, bermasyarakat mahupun bernegara.
5. Bertolak dari noktah inilah setiap individu muslim wajib memperjuangkan Islam sehingga ia benar - benar diletakkan pada suatu tempat yang selayaknya. Namun begitu suatu hal yang wajib disedari bahawa menganut, mengamal dan mendaulatkan Islam memaksa kita berjuang menempoh mehnah dan ibtila' (tribulasi) yang direntang oleh anasir atau agen musuh Allah swt dihadapan kita.
6. Pra Syarat ~ 1 : 1 : Merentasi Tribulasi
Tribulasi dalam perjuangan adalah menepati ujian dari Allah swt sebagai proses saringan kelayakan untuk menyandang status seorang pejuang. Firman Allah swt :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang orang-orang yang benar - benar berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang benar - benar sabar (dalam menjalankan perintah Kami); sedang Kami tahu kedudukan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
Surah Muhammad : 31
Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat
0 comments: