Resipi Memilih Sahabat Dunia Akhirat


1.    Pilih yang BERIMAN

Sabda Baginda bermaksud: “Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang BERIMAN dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.” [HR Abu Daud dan at-Tirmizi]



2.    Pilih yang BERKATA BENAR

Ubaidah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah BERKATA BENAR di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” [HR Muslim]



3.    Pilih yang MELEPASKAN KESEMPITAN

Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan MELEPASKAN satu KESEMPITAN daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.”
[HR Bukhari dan Muslim]



4.    Pilih yang BAIK CARA HIDUP

Sabda Baginda lagi : “Seseorang itu berada atas CARA HIDUP kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” [HR Tirmizi dan Abu Daud]



5.    Pilih yang WAJAH dan KATA

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat WAJAHnya, kamu teringat akan Allah, mendengar KATA-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”



  
Wallahua'lam,
Semoga manafaat.



USWAH

0 comments: