
KENYATAAN MEDIA
1. PAS Sabah merasa sangat terkejut dengan kenyataan Gabenor Utara Kalimantan, Dr H Irianto Lambrie bahawa tidak ada tempat-tempat pemeriksaan yang teratur dibuat oleh kerajaan Malaysia di Serudong and Sungai Ular yang mengakibatkan dadah diseludup masuk ke Indonesia melalui dua lalui sempadan tersebut. Kenyataan ini dikeluarkan dalam suratkhabar tempatan isu 28.1.2015.
2. Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr H Irianto Lambrie kerana membangkitkan isu ini. Ini adalah satu pendedahan yang menakutkan. Sabah sebagai tempat transit bagi pengedaran dadah? Saya tidak pernah memikirkan sebegitu tetapi dengan pendedahan terbaru ini, saya berpendapat ia adalah satu isu yang sangat serius yang mesti dihadapi oleh kerajaan pusat dan negeri dengan segera. Isu ini memberi kesan buruk kepada reputasi negara kita terutamanya Sabah. Saya tidak meragui bahawa Malaysia mempunyai undang-undang berkenaan pengedaran dadah yang sangat ketat, yang saya sokong. Lihat sahaja Akta Dadah Merbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati kepada pengedar dadah yang didapati bersalah. Tetapi pendedahan yang dibuat oleh sahabat Indonesia kita menunjukkan ada kelemahan yang jelas dalam usaha kita menentang masalah pengedaran dadah.
3. Apa yang mengganggu saya ialah fakta bahawa Malaysia telah bersetuju untuk membuat tempat-tempat pemeriksaan tadi 15 tahun lepas. Apa sudah jadi dengan janji itu? Siapa yang bertanggungjawap terhadapnya? Adakah Malaysia akan menunaikannya?
4. Saya dengan ini mendesak kerajaan persekutuan dan negeri untuk mendirikan tempat-tempat pemeriksaan yang telah dipersetujui dengan kadar segera. Sekiranya perjanjian tersebut dibuat secara bertulis, saya berpendapat tidak ada keperluaan bagi Presiden Indonesia untuk bertemu dengan Perdana Menteri kita bagi membangkitkan isu ini. Tidak ada juga keperluan bagi wakil dari Indonesia untuk bertemu secara rasmi dengan Ketua Menteri kita berkenaan dengannya. Saya percaya mereka sudah membaca suratkhabar tempatan atau telah dimaklumkan tentang isu ini. Sekarang adalah menjadi tugas mereka untuk melaksanakan perjanjian tersebut.
5. Nota terakhir. Saya mesti memuji agensi-agensi penguatkuasaan terbabit di Sabah yang telah melaksanakan tugas mereka dengan baik sekali dalam usaha menentang masalah pengedaran dadah di Sabah. Ini boleh dilihat melalui tangkapan-tangkapan berkenaan dadah yang membabitkan rakyat tempatan dan orang asing dalam beberapa tahun ini.
6. Terima kasih.
HAMID ISMAIL
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah
28 Januari 2015
0 comments: