SUKARELAWAN MAHIR MEMBAIKI KENDERAAN (MEKANIK) & JURU-ELEKTRIK DIPERLUKAN

KENYATAAN MEDIA
SUKARELAWAN MAHIR MEMBAIKI KENDERAAN (MEKANIK) & 
JURU-ELEKTRIK DIPERLUKAN

3 JANUARI 2015

Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh Sukarelawan samada yang telah turun mahupun yang sedang berkhidmat ketika ini. Tidak dilupa juga kepada para dermawan yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan barang keperluan kepada mangsa banjir.

Bagi memenuhi KEPERLUAN SEGERA di lokasi bencana ketika ini (selain meneruskan bantuan kewangan dan barang harian), Pemuda PAS Malaysia menyeru agar :-

1) Individu-individu yang mempunyai kepakaran membaiki kenderaan (kereta dan motor) dan pendawaian elektrik (wiring) agar menawarkan diri sebagai Sukarelawan Amal untuk membantu mangsa banjir di Kelantan; dan

2) Meminta agar Pemuda-Pemuda PAS Kawasan di seluruh negara untuk membawa rakan-rakan ini ke dalam pasukan atau rombongan masing-masing.

Sesungguhnya, keadaan di sini benar-benar memerlukan khidmat kepakaran teman-teman dalam bidang ini.

Untuk mendaftar sebagai anggota sukarelawan tersebut, rakan-rakan dijemput untuk mendaftar secara online di:-


ATAU; memghubungi Bilik Operasi Pemuda PAS Malaysia di talian:
011-1066 4101 (Call & SMS)
013-318 5263 (Whatsapp Sahaja)



Besarlah harapan Pemuda agar tenaga-tenaga mahir dalam kedua-dua bidang ini dapat memaksimumkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa di sini.


Di kesempatan ini juga, Pemuda ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat di negara ini. Semoga ulangtahun kelahiran Junjungan Besar ini mampu meningkatkan kesungguhan kita untuk membantu rakan-rakan yang sedang dilanda kesusahan dan lebih memerlukan. Bagi rakyat Malaysia yang prihatin dan budiman, tuan/puan boleh terus menyumbang ke akaun :-

TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA
Maybank 5640 2540 0100
"Kalau bukan kita, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila?"



Yang benar,
ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS
Setiausaha
Pemuda PAS Malaysia


Syukran jazilan.

0 comments: